بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bulan Oktober Dalam Kenangan
Oktober dalam kenangan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setahun ada 12 bulan... Dan kini telah pun berada di bulan ke 11 iaitu Bulan November 2014. Setiap bulan melihat prestasi blog, kadang kala naik dan selalunya tahap biasa sahaja.

Mengimbas kembali di bulan Oktober. Ianya bukanlah "Tragedi Oktober" seperti nyanyian Awie... Namun setiap bulan tetap memberikan satu kenangan yang menarik untuk dijadikan catatan sejarah sebagai rujukan dan panduan untuk menempuh bulan-bulan yang mendatang.

Pada bulan Oktober ini juga agak kurang memberi penuh perhatian kepada blog kerana kesibukan berikutan sedikit masalah dalam kerja. Namun cuba juga untuk menerbitkan entri tetapi tidak dapat untuk melakukan kunjungan dan membalas komen seperti selalu.

Terima kasih kepada sahabat yang setia dan sudi menitipkan komen, juga kepada tetamu yang berkunjung. Kehadiran anda semua amat-amat dihargai.

Blog Relaks Minda - Oktober 2014

Walaupun hanya sebanyak 27 buah entri yang berjaya diterbitkan disepanjang bulan Oktober, tetapi keseluruhannya blog ini masih dapat menerima kunjungan yang baik. Begitu juga tiada entri target trafik yang diterbitkan untuk melonjakkan pageviews.

Paten pengunjung agak stabil pada setiap hari, dimana tiada yang terlalu drastik kenaikan atau penurunannya setiap hari. Cuma di penghujung bulan Oktober, agak menurun mungkin kerana ada masalah dalam melayari blog ini akibat dari proses pertukaran template.

Prestasi Blog Relaks Minda - Data Google Analytic (Oktober 2014)
Prestasi Blog Relaks Minda - Data Google Analytic (Oktober 2014)

Entri Popular - Oktober 2014

Entri-entri lama terus menjadi tarikan dan sentiasa meraih kunjungan terbanyak. Tiada satu pun entri terbitan pada bulan Oktober berjaya berada dikedudukan senarai top 10 entri popular di bulan Oktober 2014. 

Jelas sekali, entri berkaitan Perodua Axia dan Proton Iriz terus menguasai carta dan menjadi entri carian tertinggi. Selebihnya entri-entri niche blog berkaitan kreativiti dan kitar semula kekal mendominasi senarai entri popular di blog ini.

Manakala masalah bekalan air yang berlaku di Lembah Klang pada pertengahan Oktober telah melonjakkan kembali carian berkaitan gangguan bekalan air.

Top 10 popular entri Relaks Minda - Oktober 2014
Top 10 popular entri Relaks Minda - Oktober 2014

Desktop VS Gadget

Pelayar internet yang menggunakan smartphone dan tablet terus berkembang dan kini mengusai lebih 60% daripada keseluruhan pengunjung blog ini. Oleh itu amat penting untuk blog ini melakukan perubahan template agar lebih mesra buat pengguna gadget ini.

Oleh itu. kepada blogger yang mahukan paparan terbaik blog untuk pengguna gadget, bertukarlah kepada responsive template.

Peratusan pengguna gadget melayari Relaks Minda - Oktober 2014
Peratusan pengguna gadget melayari Relaks Minda - Oktober 2014

Bulan November sudah pun bermula. Tiada target tertentu untuk bulan ini, cuma mengharapkan agar dapatlah diberikan lebih masa seperti selalu supaya dapat melakukan blogwalking ke blog para sahabat semua... InsyaAllah... 

Terima kasih kepada semua sahabat dan tetamu Relaks Minda yang sentiasa bersama dan memberi sokongan terhadap blog ini. Tanpa anda semua...tiada bermakna blog ini. Semoga di bulan November ini kita semua dapat melakukan peningkatan dan menjadi lebih baik dalam apa jua yang dilakukan untuk mencapai kebahagia di dunia dan akhirat...

Terima kasih Bulan Oktober Dalam Kenangan
Terima kasih dan teruskan bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

19 comments - "Bulan Oktober Dalam Kenangan"

Banyaknya viewers

Kakzakie delete icon 11:57 PG

Blog yg banyak info tak mustahil akan dikunjungi ramai BM

Fiza Rahman delete icon 12:01 PTG

Tahniah. PV tetap tinggi ☺

Hamidi SP delete icon 12:18 PTG

Semoga terus sukses BM..:)

hainom OKje delete icon 2:37 PTG

Tahniah yeh....dah femes tak yah susah susah nak bw pun mereka datangkan ...Tahniah sekali lagi!

hainom OKje delete icon 3:21 PTG

Opss sori terpublished...
Ha.... barulah senang sikit nak komen dengan kulit baru ni...friendly sikit

Nao Mei delete icon 4:09 PTG

Wah lama tak singgah uncle.....sibuk sebab tak de line semenjak dua menjak nie....asyik problem je eh....blog uncle memang port utama cik.akak walaupun tak tinggalkan komen...hihi...baca semestinya

paridah delete icon 4:10 PTG

moga BM terus sukses...

Apapun tetap terbaik berbanding dengan saya...

titan delete icon 7:21 PTG

cepatnya bulan oktober habis ehh..

dah november rupanya ye.

tiap entri ribuan viewers nya..tahniah BM...tumpamg bangga...

Etuza Etuza delete icon 12:29 PG

asalam..huuu!! terbaik BM..hebat blog ni, nampak semua..ternyata kita tak rugi berblog..teruskan usaha ya

Etuza Etuza delete icon 12:31 PG

tahnia memang blog BM very kreatif..lawa ..cara penyampain jug very nice tersusun

TAHNIAH!..blog berinformasi, banyak bahan yang boleh didapati disini...sudah tentu menjadi bahan rujukan pengunjung...

TAHNIAH2..

Congrats BM..keep up the good work k...

Yana Yani delete icon 12:08 PTG

ooo...tukar template
patut nampak lain =)

Tahniah BM..semoga terus maju dan berjaya dl bidang ini..

Vee Sandi delete icon 10:15 PTG

nak pengsan tgk angka2 tu ... tahniah !

Kathy R'bain delete icon 11:49 PTG

Template ini lebih mesra mobile..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap