بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Jawatan Kosong Terkini - Temuduga Terbuka |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda sedang mencari Jawatan Kosong? Syukur... Alhamdulillah... Anda tidak perlu bersusah payah mencari lagi kerana anda akan dijemput menghadiri temuduga terbuka untuk mengisi beberapa jawatan kosong yang tersedia ditawarkan untuk anda.
Jika anda membaca iklan ini bermakna anda masih punya peluang untuk mengisi dan memilih jawatan yang anda inginkan.
Sebelum itu anda perlu menghadiri temuduga untuk menilai kelayakan untuk mengisi jawatan yang paling sesuai untuk anda.
Tidak perlu mendaftar kerana anda sudah siap sedia didaftarkan, hanya menanti masa dijemput hadir untuk ditemuduga. Pastikan anda punya kelayakan yang sepatutnya untuk memilih dan mengisi kekosongan jawatan yang disediakan. Baca dan fahami segala kriteria yang diperlukan.
Jawatan Kosong Dan Temuduga
Jawatan-jawatan kosong yang sedia untuk dipilih dan dipenuhi :
- Ahli Syurga Dari Awal.
- Ahli Neraka Dari Awal.
- Ahli Neraka Sementara .. Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
- Empat Ganjaran Lumayan (Hanya Khas Untuk Jawatan 1)
- Nikmat Kubur.
- Perlindungan Di Padang Mahsyar.
- Keselamatan Meniti Titian Sirat.
- Syurga Yang Kekal Abadi.
Tarikh Temuduga :
- Tiada tarikh ditetapkan. Anda akan dijemput untuk ditemuduga bila-bila masa sahaja selepas anda membaca iklan jawatan kosong ini
Lokasi Temuduga :
- Di dalam kubur (Alam Barzakh).
Kod Pemakaian :
- Hanya sehelai kain putih dan bersama haruman kapur barus.
Kelayakan :
- Sesiapa sahaja yang rohnya sudah tiada bersama jasad (meninggal dunia) layak ditemuduga. Tiada had umur, jantina, pangkat, kedudukan, darjat dan rupa. Tiada unsur rasuah dan pilih kasih.
- Sila bawa bersama sijil dan dokumen asal berikut sebagai sokongan :
- Iman
- Amal
- Sedekah Jariah
Panel Penemuduga :
- Mungkar Dan Nakir.
Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah enam soalan bocor yang akan di soal ketika sesi temuduga dijalankan :
- Siapa tuhan kamu?
- Apa agama kamu?
- Siapa nabi kamu?
- Apa kitab kamu?
- Di mana kiblat kamu?
- Siapa saudara-sudara kamu?
Cara Memohon Temuduga :
- Tidak perlu memohon kerana anda akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga ini. Wakil yang sangat berkaliber dan profesional bernama Izrail akan menjemput anda bila-bila masa (mungkin sekejap lagi!). Namun perwatakan beliau sukar dijangka, ada kalanya cukup lembut dan sopan tetapi boleh berubah menjadi bengis dan kasar...bergantung kepada keadaan orang yang dijemput.
Tips Menghadiri Temuduga:
- Buatlah persediaan sewajarnya mengikut pilihan jawatan yang anda inginkan dari sekarang. Jangan sampai anda menyesal kerana TIADA peluang sesi temuduga KEDUA untuk anda!
Sudah sedia untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan? Semoga kita semua lulus dengan cemerlang didalam sesi temuduga terbuka ini dan beroleh jawatan yang kita inginkan... Amiin. Terima kasih bersama Relaks Minda...
Diolah dari idea asal: Ustaz Azhar Idrus
Author by Bin Muhammad
29 comments - "Jawatan Kosong Terkini! Temuduga Terbuka Untuk Semua"
Sesungguhnya kita milik Tuhan, dan kepada Tuhan jualah kita kembali..
tersenyum di buatnya ^_^ terima kasih peringatannya
siapa yang bertuah agaknya :)
Moga tergolong dalam golongan yang beriman... Amin
muhasabah diri jap
Assalamualaikum BM, Subhanallah. Terima kasih untuk peringatan berguna ni.. singgah menabung digi sini~~~
Kita akan ditemuduga bila-bila masa sahaja..sama ada kita sudah bersedia atau pun belum kita tetap akan dipanggil..persiapkan diri..
Segala soalan utk ditemuduga sudah lama bocor. Sediakan jawapan sedari awal jgn lalai moga jawatan terbaik dpt disandang. Amin...
muhasabah diri...terima kasih bro dgn peringantan ini..
Assalammualikum...BM,
Terima kasih BM .. ingatan nie.. nice kekadang utk diri ini juga yg kekadang ada byk khilaf..
mselim3
insya Allah jawatan2 yg terisi mendapat ganjaran lumayan...
thanks for reminder. jom muhasabah diri
Renug2kan selamat beramal ...Perkongsian yg baik BM..Tq ..
Pada mulanya bila baca tajuk ingatkan temu duga apalah yang BM kongsikan ni. Rupa-rupanya... alhamdulillah satu perkongsian yang baik.
Subhanallah... mendalam maksudnya entri ni BM.. sungguh terkesan. T kasih atas peringatan.. semoga bersama2 kita semua beroleh ihsan & keberkatanNya... aamiin..
Daripada Allah kita datang dan kepada-Nyalah kita kembali, semoga entri ini berjaya membangkit semangat kita untuk lebih rajin berusaha demi mencapai redha Allah yang tak ternilai harganya.
terbaik....
tersengih kathy..seperti biasa pandai BM menarik perhatian pembaca..terima kasih atas peringatan ini..
Soalan dah bocor tp tetap x leh jwb jika amalan kurang...
salah satu sebab kak tak apply dg41 ialah kak tak suka ditemuduga (cam innocent sangat kan?). tapi kalau temuduga yang ini...nak tak nak kena tempuh
temuduga yg pasti dtempuhi setiap insan...bersediakah kita dgn segala jawapan..
Ermm.. tiba2 diri ini terasa banyaknya yang masih ketinggalan...
saya macam pernah terbaca iklan gini =)
saya sedang berusaha untuk melayakkan diri dengan jawatan tu
peringatan yg baik.. muhasabah diri, hisah sendiri sebelum dihisab kelak..
Jadi buatlah persediaan dari sekarang...jangan pernah bertangguh2 lagi...masa tidak akan menanti walaupun sesaat jua..
Sama-sama muhasabah diri...Salam hujung minggu BM..
Peringatan buat diri yang kadang2 alpa...
Muhasabah diri. Mekasih atas peringatan. Kita kena sentiasa update resume ni.
terima kasih sbb bagi peringatan nie
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”