بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Gangguan Prestasi TM Unifi Dan StreamyxAssalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pengguna TM UniFi dan Streamyx, kini anda semua sedang mengalami gangguan prestasi di mana akses yang perlahan ke Eropah kerana masalah kabel dasar laut SMW4

Menurut pihak TM, salah satu kabel dasar laut kini mengalami masalah yang akan memberi kesan kepada sebilangan besar pengguna internet di Malaysia.

Kali ini ianya adalah kabel pautan dasar laut Asia Tenggara - Timur Tengah - Eropah Barat (SMW4) yang menghubungkan Asia Tenggara ke Eropah melalui Timur Tengah.

Masalah ini mengakibatkan pengguna TM Unifi dan Streamyx akan mengalami akses prestasi yang lebih perlahan semasa melayari internet terutama :
  • Mengakses laman web dan pelayan yang dihoskan di Eropah
  • Membuat dan menerima panggilan VOIP ke Eropah atau sebaliknya
  • Kurang prestasi kelancaran permainan dalam talian yang menggunakan pelayan yang dihoskan di Eropah
  • Pelanggan yang menggunakan Virtual Private Networks (VPN) dan apa jua saluran aplikasi perniagaan berkait pelayan yang dihoskan di Eropah juga mungkin mengalami tahap degradasi perkhidmatan. 

Untuk mengurangkan kesan di atas, TM akan cuba mengalihkan trafik ke alternatif pautan dasar laut yang lain.

Gangguan Prestasi TM Unifi Dan Streamyx

Setakat ini pihak TM tidak diberikan apa-apa petunjuk akan tempoh masa pada kerja-kerja pemulihan. Beberapa bulan yang lalu, pautan dasar laut AAG antara Asia dan AS juga mempunyai masalah yang sama dan telah melumpuhkan akses internet bagi kebanyakan pengguna di mana ianya mengambil masa 3 minggu untuk dipulihkan.

Untuk mendapatkan maklumat semasa dan terkini, anda boleh terus ke akaun Twitter khidmat pelanggan TM @TMConnects

Sumber Informasi : TM Announcement

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

17 comments - "Gangguan Prestasi TM Unifi Dan Streamyx"

Saudara BM,

Terima kasih kongsi maklumat. Saya pelanggan TM Unifi....

Informasi berguna utk pengetahuan semua ni. Streamyx yg selama ni laju pun terkesan juga. Mudah2an dipercepatkan pembaikan & dipermudahkan segalanya. T kasih atas perkongsian info BM.. :)

Oh.. kakak baru tahu BM. Terima kasih atas info info ini, tapi buat masa ini akses internet kakak masih lancar lagi.

Unknown delete icon 8:59 PG

Patutla mcm siput sedut dah TM Streamyx kat umah ni

ZaridaIshak delete icon 10:06 PG

Baru saja berhenti langgan TM Streamyx...

mila delete icon 10:18 PG

semalam xleh on hpptv adakah berkaitan? tp internet ok je..cume tv xkuar apa2

Tanpa Nama delete icon 10:41 PG

Patut la agak lambat talian internet minggu ni.

Info yang sangat berguna :)..

adarain delete icon 2:28 PTG

Semoga cepat diatasi dengan segera. Tak boleh nak tggu lama kalau line macam ni. Laju macam siput siapa nak? hehehe

Salam Rabu BM..Terima kasih atas perkongsian ini .........

Unknown delete icon 10:42 PTG

patut tenet lambat..ingat sebab hujan...

Hero Borneo delete icon 6:33 PTG

talian unifi di pejabat tempat kerja dah lama condem!

Tanpa Nama delete icon 9:34 PTG

Info yang baik utk pelanggan unifi..

ibnu delete icon 12:06 PTG

terima kasih telah menyajikan artikel yang sangat bagus sukses selalu buat websitenya

Bunda_nora delete icon 4:20 PG

info yang baik untuk pengguna TM Unifi..

Yana Yani delete icon 5:13 PTG

saya tak gunakan servis mereka =)

di harap kerajaan malaysia menambah baik network backbone mereka nanti

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap