بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari Jumaat adalah hari yang mulia, penghulu bagi segala hari. Sesungguhnya begitu banyak sekali keberkatan dan ganjaran berganda yang boleh kita nikmati pada di hari Jumaat ini.
Alangkah beruntung mereka yang tinggal di negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat ini sebagai hari cuti umum. Hari yang penuh berkat ini dapat dinikmati dengan aman dan tenang tanpa perlu terlalu terikat dan kelam kabut dengan tugas serta tanggungjawab duniawi.
Sebagai ingatan dan pengetahuan, dikumpulkan disini beberapa hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan hari Jumaat. Semoga ianya boleh dijadikan rujukan dan santapan rohani buat kita semua agar sentiasa mengingati akan kelebihan dan keistimewaan yang meletakkan hari Jumaat ini sebagai penghulu segala hari.
Alangkah beruntung mereka yang tinggal di negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat ini sebagai hari cuti umum. Hari yang penuh berkat ini dapat dinikmati dengan aman dan tenang tanpa perlu terlalu terikat dan kelam kabut dengan tugas serta tanggungjawab duniawi.
Sebagai ingatan dan pengetahuan, dikumpulkan disini beberapa hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan hari Jumaat. Semoga ianya boleh dijadikan rujukan dan santapan rohani buat kita semua agar sentiasa mengingati akan kelebihan dan keistimewaan yang meletakkan hari Jumaat ini sebagai penghulu segala hari.
Himpunan Hadis Hari Jumaat
hadis - Solat Jumaat
Dari Abu al-Ja`d ad-Dhamiri, r.a, bahawa rasul s.a.w bersabda:"Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak 3 jumaat dengan keadaan sengaja meringan-ringan dan mencuaikannya, nescaya Allah meterikan atas hatinya."
Hadis - Kelebihan Hari Jumaat
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :"Sebaik-baik hari jumaat yang terbit matahari ialah hari jumaat. Pada hari inilah Nabi Adam AS dicipta dan pada hari ini juga ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini juga ia dikeluarkan daripada syurga."
Hadis - Jumaat Penghulu Segala Hari
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."
Hadis - Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"
Hadis - Jangan Meniru Seperti Yahudi
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah saw. bersabda, maksudnya:"Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
Hadis - Keberkatan Hari Jumaat
Nabi s.a w bersabda:"Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati.maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seoarang kafir.
Hadis - Solat Sunat Sesudah Jumaat
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Apabila kamu solat Jumaat, maka kerjakanlah sesudah itu solat (sunat) empat rakaat."
Hadis - Kebaikan Malaikat
Daripada Abu Abdullah Jabir bin Samrah as-Sawa`I r.anhuma katanya Telah bersembahyang bersama Nabi s.a.w beberapa kali. Nabi bersembahyang dan berkhutbah adalah dalam keadaan sederhana (tidak pendek dan tidak panjang)Hadis - Kelebihan Berselawat
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:"Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."
Hadis - Biarpun Kecil, Besar Ganjarannya
Abayah bin Rifa'ah r.a mengkhabarkan bahawa dia bertemu dengan Abu Abbas ketika dia pergi Jumaat. Abu ˜Abbas berkata kepadanya bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda:"Siapa yang berdebu kedua kakinya kerana berjalan di jalan Allah nescaya diharamkan Allah baginya api neraka."
Hadis - Wajib Mandi Sekalipun Hanya Kerana Bermimpi
Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan bin Salim, daripada Ata' bin Yasar, daripada Abu Said al-Khudri, daripada nabi s.a.w bersabda baginda:"Mandi pada hari Jumaat itu wajib ke atas setiap yang bermimpi (keluar mani)."
Hadis - Nilai Korban dan Solat Jumaat
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah (mandi dengan membersih seluruh tubuh badan), kemudian dia pergi ke Jumaat (solat Jumaat) (sebagai orang yang pertama sampai) maka sama halnya seperti orang yang berkorban seekor unta; dan sesiapa yang datang sebagai orang kedua, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor lembu betina; sesiapa yang datang sebagai orang ketiga, sama halnya seperti orang yang berkorban seekor biri-biri bertanduk; sesiapa yang datang sebagai orang keempat, sama halnya dengan seorang yang berkorban seekor ayam; dan sesiapa yang datang sebagai orang kelima; sama halnya dengan orang yang berkorban dengan sebutir telur. Apabila imam telah menaiki mimbar maka para malaikat yang hadir juga ikut mendengar khutbah."
Hadis - Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:"Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?"
Amal Sunnah-Sunnah Rasulullah SAW
Selain dari hadis-hadis berkaitan hari Jumaat ini, kita juga ditinggalkan oleh Rasulullah SAW akan amalan-amalan sunnah yang mudah untuk kita amalkan bagi beroleh ganjaran istimewa hanya di hari Jumaat yang mulia ini.Rebutlah segala kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat ini kerana kita tidak tau sama ada kita akan beroleh atau bertemu lagi hari Jumaat yang seterusnya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang beruntung dan dijauhkan dari golongan yang rugi... Amiin...
Sumber Hadis - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
9 comments - "Himpunan Hadis - Hari Jumaat Penghulu Hari"
assalam...terima kasih berkongsi ilmu yg bermenafaat....
terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat BM... salam jumaat juga...
Begitulah betapa banyaknya ganjaran disetiap kebaikan dilakukan di hari Jumaat. Jumaat hari penuh keberkatan.
Salam Jumaat BM...Terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanafaat...
salam jumaat . terima kasih kerana mengingati ...
Salam Jumaat BM...
Banyak kita buat banyak ganjaran kebaikkan kita dapat...Allahuakbar...
salam jumaat BM..muga kita setiasa merebut kelebihan jumaat2 seterusnya..
Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw. T kasih atas perkongsian ini BM.. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.
Terima kasih atas nasihat ini...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”