بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Rahsia Disebalik Warna Buah Dan SayuranAssalamualaikum dan salam sejahtera. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan rupa. Rasanya juga pelbagai...ada yang manis, masam, pahit, kelat, lemak dan berbagai lagi. Begitu cantik, bervariasi dan unik sekali ciptaan Ilahi ini untuk kita nikmati.

Warna-warni buah-buahan dan sayur-sayuran bukan bukan sahaja cantik di pandangan mata tetapi juga memberi petunjuk akan kandungan khasiat di dalamnya dan boleh dijadikan panduan memilih pemakanan kesihatan kita.

Ya...Warna-warna yang pelbagai pada setiap buah-buahan dan sayur-sayuran sebenarnya juga menjelaskan kepada kita akan kandungan serta khasiat yang terkandung didalamnya. Oleh itu mudah untuk kita memilih serta memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan dengan hanya melihat melalui warnanya.

Mari kita ketahui manfaat dan kandungan khasiat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran hanya melalui warna-warnanya.

berkhasiat dan cantik
Pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran yang diasingkan mengikut warna

Khasiat Disebalik Warna

  • Mengandungi Lycopen yang bertindak sebagai anti oksida untuk badan selain itu kandungan zat seperti asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas yang berbahaya. 
Berwarna Oren
  • Mengandungi Beta-carotine (salah satu sumber vitamin A) yang di perlukan oleh tubuh badan sebagai bahan immunisasi melindungi kulit dan sel-sel badan dari pencemaran bahan kimia dan alam sekitar.
Berwarna Kuning
  • Mengandungi vitamin C yang melindungi daripada jangkitan dan selesema, meningkatkan imunisasi badan serta pertumbuhan dan pembaikan tisu. Selain itu ia juga mengandungi potassium yang juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.
  • Mengandungi Folate yang membina sel-sel tubuh selain Indoles dan Lutein yang membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, kesihatan retina dan penglihatan. Ia juga mengandungi Allyl Sulfides yang bertindak menyerang sel-sel kanser
Rahsia Disebalik Warna Buah Dan SayuranRahsia Disebalik Warna Buah Dan SayuranRahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran

Berwarna Putih
  • Mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko penyakit usus besar, payudara, dan kanser prostat serta menjaga keseimbangan hormon dan mengurangkan risiko kanser.
Berwarna Biru
  • Mengandungi Anthocyanins pula membantu untuk ­melindungi mata daripada ­zarah bebas yang berbahaya, melegakan mata yang letih dan memperbaiki peredaran darah.
Berwarna Ungu
  • Mengandungi Resverator yang mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.
Berwarna Coklat/Brown
  • Mengandungi Fiber yang bertindak seolah-olah seperti span di dalam badan, menyerap segala bahan-bahan yang tidak dikehendaki - kolesterol jahat, lemak degil, lebihan gula (diabetes), dan juga lebihan asid urik (gout), dan lain-lain lagi. Dengan kata ringkasnya, Fiber sangat bagus untuk melawaskan sistem penghadaman kita. 

Rahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran

Keperluan Vitamin Dan Kesihatan Diri

Hampir setiap buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan. Vitamin merupakan keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan untuk sentiasa sihat. Oleh itu jangan sesekali abaikan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin yang secukupnya untuk kesihatan tubuh badan.

Rahsia Disebalik Warna Buah Dan SayuranPilihlah makanan yang berkhasiat mengikut keperluan. Buah-buahan dan sayuran segar adalah sebahagian dari makanan keperluan yang di perlukan oleh tubuh badan anda. Makanlah ia sekadar perlu dan jangan berlebihan dan membazir kerana ia akan membawa kemudaratan.

Ingatlah...Tubuh badan yang sihat menjana otak yang cerdas serta kehidupan yang aman dan bahagia. Kesihatan boleh diperolehi melalui sumber pemakanan yang seimbang, berkhasiat serta halal disampil mengamalkan gaya hidup yang sihat. Akhir sekali... Jangan lupa bersyukur kepada Ilahi atas limpah nikmat kurnianNya...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :
Artikel : Rahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran (Entri republish 22.1.13)

23 comments - "Rahsia Disebalik Warna Buah Dan Sayuran"

satu perkongsian yang menarik, terima kasih di atas rahsia warna buah dan sayuran ni BM...he he he...

mselim3 delete icon 5:43 PTG

Assalammualaikum.. BM,

menarik betul .. buah2 an tu... dan apa yang penting khasiatnya ..kan.

mselim3

pls: suka pisang,kiwi dan betik...

Tanpa Nama delete icon 6:27 PTG

Info sihat terbaik..:)

paridah delete icon 7:00 PTG

subhanllh Allah Mahkay Mahaindah Mahamengetahui...kejadian-Ny tiad satu yg serupa walau jisim r hablur...

Unknown delete icon 7:55 PTG

kena mkn semua kaler utk lbh byk manfaat kan ...

Blog diujungislam dan binmuhammad2 tu blog BM jugak ke? Entrynya sama!!

BinMuhammad delete icon 9:21 PTG

Blog diujungislam tu blog dr indonesia yg copy & paste 100% entri blog Relaks Minda tanpa kebenaran!
Blog binmuhammad2 tu memang blog saya... xaktif pun, sekadar buat utk test template.

BinMuhammad delete icon 9:26 PTG

Bel gak tu... kita makan semua! ")

Unknown delete icon 9:29 PTG

Terima kasih kongsi ilmu yg baru diketahui....
baru sedar warna sesuatu boleh digroupkan dan ada persamaan.

Bunda_nora delete icon 9:39 PTG

Cantik gambar2 tu...satu jenis pelbagai warna...kalau lah betul2 ada macam tu...sehari dah cukup 7 warna... hehe..

BinMuhammad delete icon 9:43 PTG

Terima kasih Farah... :) hehehe...

BinMuhammad delete icon 9:44 PTG

Waalaikumsalam mselim,
Semuanya punya khasiat...kita makan semuanya! hehe

BinMuhammad delete icon 9:45 PTG

Thanks SP... Anda memang terbaik!

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

Benar kak Paridah... Betapa besarnya anugerah Allah kpd kita...

Pha Is delete icon 12:21 PG

perkongsian yg mermanfaat.. moh ler kita lepas ni banyak makan buah-buahan dan sayuran...

fyna delete icon 2:09 PTG

baru fyna tahu. thanks untuk informasi.

perkongsian yang sgt menarik....br tahu warna buah memainkan peranan.

Hebatnya kekuasaan Allah. Dalam warna terselindung khasiat utk kebaikan insan. T kasih atas perkongsian ini BM.. :)

ZaridaIshak delete icon 10:10 PG

selalunya warna merah yang menarik perhatian... bagus ada entri ni... boleh buat rujukan.

Unknown delete icon 10:38 PTG

terima kasih..perkongsian yang menarik..kak nah hanya tahu sayur hijau..hihi rupanya lepas ni kena makan warna warni... untuk tubuh yang sihat..

Tanpa Nama delete icon 9:40 PTG

Semua berkhasiat..

Yana Yani delete icon 5:11 PTG

habis tu dalam banyak2 warna tu
warna mana yang bagus BM
saya bab sayur ni, memang telan aje walau digelar kambing...hehe

Saya kalau demam atau selesema selalu cari buah atau jus oren, betik, mangga atau lain-lain buah yang berwarna kuning dan oren. Dengan izin Allah sihat cepat tanpa ke klinik beli ubat. Alhamdulillah... Memang betul ada rahsia di sebalik warna pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Macam pisang, bukan kuning atau hijau, sebab itu kulitnya, tapi warnanya putih baik untuk penghadaman, prostat, payudara, dll seperti dinyatakan di atas.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap