بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Idea Kreatif Dan UnikAssalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap orang dikurniakan kelebihan, kebolehan, kemahiran atau bakat semulajadi yang tersendiri. Ianya terpulang kepada individu tersebut bagaimana hendak mencungkil keluar dan dipergunakan untuk apa sahaja tujuan sama ada untuk diri sendiri mahupun orang lain.

Anugerah keistimewaan yang diberi itu terserah kepada kita sama ada mahu digunakan untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya. Ianya adalah diatas keputusan serta tanggungjawab diri sendiri.

Sesetengah orang diberi anugerah keistimewaan dengan bakat serta idea kreatif dan unik yang mampu mereka cipta sesuatu benda atau karya seni yang unik dan menarik. Kehebatan hasil ciptaan mereka ini selalunya berjaya menarik perhatian orang ramai melalui ciptaan yang agak luar biasa dan terserlah keunikannya.

Melalui hasil ciptaan dan karya hebat mereka ini ianya menjadi tarikan buat orang lain untuk mengikuti mahu pun memiliki setiap apa jua yang dihasilkan oleh mereka.

Idea Kreatif Dan Unik

Idea Kreatif Dan UnikIdea Kreatif Dan Unik
Hasil rekaan meja yang kreatif dan unik dari kayu terbuang

Cara terbaik untuk menyerlahkan kemahiran serta bakat semulajadi anda adalah dengan mencabar diri untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza dan pelik. Telah terbukti... melalui kreativiti unik ini akan dapat mencipta satu fenomena, memberi publisiti meluas dan mampu menyerlahkan bakat serta potensi diri.

Kreativiti Hebat - Kek Budu

Contoh terbaik, Inilah yang dikecapi oleh seorang pengusaha kek yang juga seorang blogger iaitu Puan Mieza Jhaa K di mana beliau kini telah menjadi bualan ramai hasil dari karya hebatnya menghasilkan Kek Budu! Mendengarnya sahaja sudah tertarik... masakan budu boleh dijadikan kek!?

Rupa-rupanya idea kreatif rekaan hebat kek beliau yang berbentuk semangkuk budu, sungguh menarik dan unik telah bikin kecoh satu Malaysia dan mendapat respon yang amat positif! Nak tau lebih lanjut ceritanya... Terus sahaja Blog cinta25hb.blogspot.com

Maka... Jika anda mahukan kek berbentuk unik, menarik tetapi sangat enak dimakan, ingatlah kedai Kek Cinta Dungun!  Anda pasti yakin dan puas hati!


Sedapnya Kek Budu
Kek Budu hasil idea kreatif Mieza Jhaa K

Maka cungkil dan serlahkan kelebihan, kebolehan, kemahiran atau bakat semulajadi yang ada dalam diri anda. Ianya bukan sahaja mampu menjadikan anda seorang yang istimewa namun mampu mengubah serta mencorakkan masa depan hidup yang cerah andai ianya dieksploitasi dan dikembangkan melalui cara dan jalan yang tepat serta betul.

Note : Kréatif bermaksud mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru serta asli - kamus dewan edisi keempat.

p/s: Semoga perniagaan Mieza akan bertambah hebat, maju dan dikenali ramai... Bilalah agaknya dapat merasa kek Mieza ni... :)

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

18 comments - "Idea Kreatif Dan Unik: Sedapnya Kek Budu!"

Unknown delete icon 3:13 PTG

hehehe..
rasanya kek MJ ni mmg trending lepas nie.

Yana Yani delete icon 4:10 PTG

memang memerlukan kreativiti untuk menghasilkan
benda seperti tu lebih-lebih bagi memenuhi permintaan customer
saya ingatkan bila sebut kek budu, kek tu rasa budu
rupanya bentuk kek tu yang dibuat seolah budu =)

Unknown delete icon 9:20 PTG

Haha..terim kasih BM.. terharu sgt dgn entry ni . Terkejut sy td. Smlm dh terkejut dgn kek budu yg menular kt FB..hari ni dpt kejutan dr BM pulak..terima kasihhhhh

paridah delete icon 10:29 PTG

bakat n kreativiti perlu seiring insyaAllah pasti ada ke jayaannya...tahniah Mieza Jhaa K

Unknown delete icon 10:46 PTG

hanya org yg berseni kreatif sahaja dapat berimaginasi sebegitu ... hebat !

mmg real mcm budu kek tu..haha kreatif la si pembuatnya..

kreatifnya..

Bunda_nora delete icon 1:30 PTG

memang kreatif..

BinMuhammad delete icon 9:31 PTG

Memang dah jadi trending pun! Hebat kan...

BinMuhammad delete icon 9:36 PTG

Mendengar nama kek sahaja sudah mengundang keterujaan nak mengetahuinya... Sukar rupanya nak penuhi permintaan pelanggan...kena pula yg pelik2 begini.

BinMuhammad delete icon 9:36 PTG

Betul sekali MKL!

BinMuhammad delete icon 9:38 PTG

For u Mieza Jhaa K... Anda memang hebat dan berbakat! Semoga segala urusan berjalan lancar :) Kejayaan dah semakin dekat dengan mu...

BinMuhammad delete icon 9:46 PTG

Jika mahu mencabar diri, pasti akan terserlah bakat keistimewaan diri! Tahniah Mieza!

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Bakat anugerah Allah telah digunakan sebaiknya...hebat kan Mieza!

BinMuhammad delete icon 9:58 PTG

Tidak pernah terbayang akan ada kek budu! Kini dah realiti! Mieza memang kreatif

Unknown delete icon 11:02 PTG

tak terfikir pun kek budu..memang kreatif ..

Tanpa Nama delete icon 9:49 PTG

Luar biasa kreatif..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap