بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Relaks Minda di Akhbar |
Dalam sibuk tanpa disedari pada 29 Oktober yang lalu, satu pm di Facebook Page Relex Minda yang sangat mengujakan telah masuk.
Tidak pernah sesekali menjangkakan mahupun terlintas difikiran bahawa artikel di Relaks Minda ini mampu menarik minat orang lain untuk diulas dan diterbitkan semula. Maklumlah... blog picisan ini bukannya popular dan dikenali ramai. Siapa lah Bin Muhammad...
Kini, satu catatan sejarah dan pengalaman manis apabila buat pertama kalinya sebuah artikel di Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com mendapat perhatian dan diulas serta diterbitkan oleh sebuah akhbar di luar negara.
Akhbar Media Permata |
Artikel Relaks Minda Di Akhbar Media Permata
Sebuah rencana yang diterbitkan pada 30 Oktober 2014 oleh Media Permata, sebuah akhbar berbahasa Melayu utama di Brunei telah memilih sebuah artikel di Relaks Minda iaitu "Pasu Dan Bunga Bagaikan Irama Dan Lagu" yang diterbitkan pada 18 Jun 2013 untuk dijadikan topik dan ulasan melalui rencana bertajuk "Pasu Dan Bunga" diruangan 'Dekorasi' di akhbar tersebut.Jutaan terima kasih diucapkan terutama kepada penulis akhbar Media Permata yang dikenali dengan nama Matnor CM kerana sudi memilih dan mengulas sebuah artikel di Relaks Minda dan menerbitkannya untuk tatapan pembaca akhbar anda di Brunei. Amat-amat saya hargai...
Saya hanya mendapat satu salinan pdf rencana tersebut dari Matnor CM. Terima kasih diucapkan... dapatlah juga ianya disimpan sebagai kenangan maklumlah, nak dapatkan akhbar tersebut mungkin tak akan dapat... kat Brunei tu.
Semoga rencana tersebut dapat memberi sedikit manfaat dan pengetahuan kepada pembacanya. Kini matlamat 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' berada dilandasan yang tepat seperti yang disasarkan. Syukur, Alhamdulillah... Terima kasih kepada sahabat dan tetamu yang telah dan terus menyokong kewujudan blog ini...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
28 comments - "Artikel Relaks Minda Diterbitkan di Akhbar!"
tahniah! teruskan menulis artikel2 yg berkualiti..
Tahniah BM!
Itulah dah kakak kata BM punya blog bukan saja membuka minda dan mata masyarakat negara kita saja. Tetapi pihak luar juga nampak kematangan blog Relaks Minda ini.
Kalau dia boleh courier akhbar tu buat BM alangkah baiknya kan..
tahniah BM... semoga terus sukses
Tahniah BM, memang terbaik..:)
Tahniah BM..seronokkan bila ada yang mengulas tentang apa yang kita tulis..keep up the good work k...
tahniah..tahniah..tahniah...akak tumpang bangga dgn BM..:)
Saya turut berbesar hati. Tahniah...
Tahniah BM...memang cantik2 pun gambar2 yang BM up kan...terutama tentang recycle/diy bahan2 terbuang ..pemandangan dan tumbuhan seperti ini...
Dari mana BM dapatkan sumbernyer...cantik2 sangat...
Tahniah BM . semoga RM akan lebih dikenali nanti ...
tahniag BM...artikel berkualiti pasti jadi perhatian sesiapa saja...
Tahniah BM..
tahniah
Tahniah BM ..makin mengancam hehehe ..melangkah keluar negara hehehe ..Allthebest sahabat maya ...Teruskan berjuang untuk jadi yang terbaik dalam penulisan ...
Tahniah ☺
Tahniah abam BM..semoga terus berkarya
Tahniah tahniah tahniah.... susah orang nak dapat masuk paper negara ni lagi lagi lah paper luar.... tahniah sekali lagi
Alhamdulillah.. tahniah BM.. dan sy tumpang bangga sekaki.. erkk BM kenal Mieza takk?? Hahahaha
Kena buat makan makan nampak gayanya ni
Wah, ini sudah hebat! Tahniah, BM.
Assalammualaikum.. BM,
bagusnya.. tahniah BM .. suatu pencapaian yang membanggakan.. dan kami kekawan tunpang gembira jugak.. keep up BM.. moga artikel anda menjadi sumber inspirasi kepada pembaca2 di luar sana k... teruskan berkarya tanpa kenal penat dan jemu..
mselim3
Alhamdulillah tahniah BM.. satu kejayaan yg membanggakan. Saya pun turut bergembira membaca artiken tu. Tahniah & semoga terus berjaya... aamiin. All the best.. :)
Tahniah BM.
tahniah dan sewajarnya bro BM memang layak kerana mutu penulisan memang terbaik
Terima kesih kpd semua yang mengucapkan tahniah dan sentiasa bersama serta menyokong Relaks Minda... Anda semua amat2 saya hormati dan hargai :)
waaaa beznye. tahniah BM. beznye artikel masuk paper. tp mmg cantik dekorasi bunga tu
aritu dah baca artikel ni, tapi belum sempat nak meninggalkan jejak
tahniah BM! bukan senang dapat masuk akhbar
boleh dijadikan satu cerita dan kenangan di masa depan
tahniah sekali lagi ye =)
Tahniah dan syabas BM. memang layak pun belog RM ini mendapat penghormatan sedemikian.
wah..tahniah BM.kak nah tumpang gembira.. maju n terus maju..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”