بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Proton Iriz, model kereta terbaru Proton yang sedang hangat dipasaran, Jika dilihat dari segi rekabentuk, boleh dikatakan ini merupakan rekaan terbaik Proton. Ianya memang tampak menarik dan mengujakan tatkala dipandang. Rekaan rupabentuk yang moden dan terkini memenuhi citarasa di zaman ini.
Ada yang sudah membuat tempahan atau pun membeli Proton Iriz baru ini? Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi, harga dan varian Proton Iriz, anda boleh dapatkannya di SINI.
Namun yang pasti, anak-anak muda akan sukakan rekaan-rekaan ini...
Ada yang sudah membuat tempahan atau pun membeli Proton Iriz baru ini? Jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi, harga dan varian Proton Iriz, anda boleh dapatkannya di SINI.
Modifikasi Proton Iriz Mengujakan! |
Modifikasi Proton Iriz
Selalunya apabila sesebuah model baru keluar, pasti ada sahaja modifikasi dan eksesori tambahan yang diperlihatkan untuk mengubahsuai rupabentuk kepada lebih sporty dan menawan. Berikut adalah beberapa modifikasi Proton Iriz yang dilakukan secara grafik. Adakah ianya semakin menarik dari asal atau sebaliknya? Anda nilaikanlah sendiri...Namun yang pasti, anak-anak muda akan sukakan rekaan-rekaan ini...
Modifikasi Iriz 1 |
Modifikasi Iriz 2 |
Modifikasi Iriz 3 |
Modifikasi Iriz 4 |
Selain dari para pereka Proton, diluar sana memang banyak bakat-bakat terpendam yang mampu memberi idea buat proton untuk melihat dan membuka minda akan potensi yang ada terhadap model Proton Iriz ini. Pengubahsuaian merupakan satu strategi pemasaran lepas jualan yang menguntungkan dan sewajarnya Proton merebut segera peluang ini.
Mini SUV @ Crossover Proton Iriz
Pengubahsuaian biasanya hanya melibatkan pertambahan dan perubahan rupabentuk yang minima, namun ianya juga boleh diperluaskankan dengan menukar konsep dan spesifikasi kepada kenderaan segmen yang lain pula. Proton wajar melihat potensi ini jika ianya bersesuaian untuk model-model Proton seterusnya kerana ianya punya pasaran dan dapat mengurangkan kos.
Proton sebenarnya tidak ketinggalan malah telah membuat model modifikasi prototype untuk segmen Mini SUV atau Crossover dari rekaan asal Proton Iriz ini yang dikenali sebagai Iriz Active. Pereka Proton berjaya membuktikan bahawa rekaan mereka jauh lebih baik dan menarik dari model Mini SUV grafik yang dikeluarkan oleh pereka grafik automotif popular - Theophilus Chin.
Jika ianya punya potensi, Proton tidak boleh menunggu lama untuk merealisasikannya kerana masa itu penting. Industri automotive sangat kompetitif serta cepat berubah. Proton perlu merebut peluang yang ada dengan segera sebelum ketinggalan.
Proton Mini SUV @ Crossover - Iriz Active |
Iriz Mini SUV |
Proton Iriz Sedan
Bagaimana pula jika model Proton Iriz ini diperluaskan segmennya kepada model sedan? Adakah ianya mampu menarik perhatian pembeli? Kenapa tidak... Mungkin juga ianya boleh dijadikan model gantian buat Proton Saga yang sewajarnya sudah diganti dengan model dan rekaan terbaru.
Perhatikan modifikasi rekaan grafik yang menukar Proton Iriz ini kepada bentuk sebuah kereta sedan. Adakah ianya sesuai dan memikat hati anda? Jika ianya menjadi realiti, sekurang-kurangnya ada juga pilihan buat pembeli yang mahukan rekaan Iriz tetapi perlukan ruang bagasi yang lebih luas dan amat sesuai untuk kegunaan sebuah keluarga kecil.
Proton Iriz Sedan 1 |
Proton Iriz Sedan 2 |
Menarik dan mengujakan melihat bakat serta kepakaran pereka-pereka grafik ini yang berjaya mengubah (modified) bentuk dan rekaan sesebuah kenderaan. Tidak kiralah sama ada ianya menjadi lebih menarik atau sebaliknya tetapi ia berjaya membuka minda dan memberi bayangan yang hampir jelas dan tepat tentang rupabentuk sebenar. Bakat yang dikurniakan telah digunakan sebaiknya...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Modifikasi Proton Iriz Mengujakan!
25 comments - "Modifikasi Proton Iriz Mengujakan!"
cantik iriz ni...lebih sporty
Jom jemput ke blog saya ye http://www.cintavitamin.com
Proton iriz sedan 1 terbaik..
assalamualaikum BM
lamanya mama tidak menyinggah di sini, adakah daku sudah dilupakan? hikhik...
cantiknya Iriz, berwarna warni.... hihi
kecik..sesuai utk yg bujang/keluarga kecik...
cantik sgt iritz ni dpt sebiji best juga yer...
mak ai! nampak elegan betul!
minat pula hak yang SUV tu
dah ada kat pasaran ke ni?
Memang cun proton Iriz ni, bagi saya Modifikasi Iriz 3 dan Iriz Mini SUV berkenan sungguh di hati.Cam jatuh cinta pandang pertama pulak, kalo boleh dapat kedua-duanya sekali bagus jugak ni... kih2.
Salam Bm..lama tak terjah sini..huhuhu BM sihat ??...wahh proton iriz..cantik dan comel gtuu
I like SUV. Terbaikk!!
nice sharing....
wah ... mcm2 pesen ada ... cantik yg active tu .
Minat yg sporty2 ke Siti... :)
Terima kasih diatas jemputan ya...
Mama tidak dilupakan...samalah mcm mama, agak sibuk sikit. :)
Kalau jadi ada iriz sedan tu, pasti ada lebih pilihan kan...
SUV tu hanya model konsep...masih prototype. Xtahu lah kalau proton nak keluarkan...kita tunggu dan lihat.
Alhamdulilah sihat... terima ksih krn masih sudi terjah :)
Apa khabar cikgu...lama menyepi?
boleh jugak nak test drive menggantikan yg lama tapi Iriz jugak sangat bersaing ngan satu lagi tu kan
Sporty dan trendy la Iriz ni
Assalammualaikum... BM,
cantik kereta iriz nie... terbaik. Cuma sekarang mselim3 senang pakai kereta lama ... insaallah ada rezeki boleh ambik satu iriz nie...
mselim3
wah.. hebat juga kereta ni.. ada rezeki lebih boleh beli kereta baru.
semua pilihan warna pun menarik juga.. hati teringin juga mahu membelinya.. tahniah anda ada bolg yg banyak info.. kak suka baca blog anda.. jemput blogwalking..
cukup cantik dan ternyata mereka cukup kreatif
Kalu bunda minat yang Iriz Sedan tu...nak balik kampung selesa...
modifikasi yang cukup bagus kreatif
stylo modified iriz ni
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”