بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


masalah dan kesan pencemaran cahayaAssalamualaikum dan salam sejahtera. Apa yang dimaksudkan dengan Pencemaran Cahaya? Pencemaran cahaya adalah cahaya berlebihan yang terlalu terang atau menonjol cahayanya terutama diwaktu malam.

Jika dulu kita boleh berjalan pada waktu malam walaupun di tengah bandar untuk melihat bintang dan gerbang bima sakti di langit malam tetapi kini ianya semakin sukar dilihat.

Dengan membiarkan lampu menerangi kegelapan malam lalu menghilangkan pandangan terhadap langit malam yang penuh dengan bintang, kita bagaikan kehilangan satu suasana alam yang semulajadi. Tiada beza antara malam dan siang telah menukar sikap dan emosi diri seseorang insan. Kita juga kehilangan hubungan dengan apa yang boleh memberi inspirasi dan panduan kepada generasi akan datang. Sudah tentu ada hikmah dan rahmat disebalik peraturan alam dimana siang itu terang dan malam pula gelap.

Malam Gelap, Langit Cerah

Kini, lebih dari separuh penduduk dunia menetap di bandar-bandar dan mengikut kajian, 3 dari setiap 4 orang di bandar-bandar tidak pernah mengalami keadaan hairan atau pelik apabila melihat langit gelap (diterangi cahaya disekeliling). Bagaimana kita hendak menerangkan kepentingan malam yang gelap dengan langit yang cerah apabila mereka telah tewas kepada pencemaran cahaya?

Bagaimana kita boleh membuat mereka sedar bahawa pencemaran cahaya merupakan masalah dalam pelbagai aspek diataranya, penjimatan tenaga, kos, kesihatan dan kesan ke atas hidupan binatang mahupun tumbuhan serta kemampuan kita untuk melihat bintang-bintang? Akhir sekali, bagaimana anda meyakinkan mereka bahawa segalanya itu penting dan berbaloi untuk diambil perhatian walaupun dengan langkah-langkah kecil untuk mengurangkan masalah pencemaran cahaya ini?

masalah dan kesan pencemaran cahaya

Kesan-Kesan Pencemaran Cahaya

Mungkin kita tidak nampak atau sedar akan kesan pencemaran cahaya ini. Namun perlu kita ketahui bahawa pencemaran cahaya sebenarnya memberi kesan yang amat buruk dalam aspek kehidupan, kesihatan dan emosi terhadap semua makhluk yang hidup dimuka bumi ini. Berikut adalah beberapa kesan akibat dari Pencemaran Cahaya.

    masalah dan kesan pencemaran cahaya
  • Pencemaran cahaya telah mengganggu ekosistem semua hidupan. Ia merupakan ancaman serius khususnya kepada hidupan liar pada waktu malam selain dari kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan fisiologi. Ianya boleh mengelirukan pola migrasi haiwan, mengubah interaksi kompetitif haiwan, mengubah hubungan pemangsa dan mangsa serta menyebabkan bahaya fisiologi.
  • Pencemaran cahaya menyebabkan burung dan haiwan lain boleh keliru dengan lampu tiruan, Ini akan menjauhkan mereka dari kawasan habitat dan mengganggu kitaran pembiakan.
  • Kitaran fotosintesis pokok juga telah terbukti terganggu kerana jumlah lebih besar dari lampu malam hari membuatkan pokok tidak seimbang masa dalam kitaran hariannya lalu membuatkan ianya mati.
  • Pencemaran cahaya memberi kesan kesihatan terutamanya kepada manusia. Kita bergantung kepada kitaran badan semulajadi yang dipanggil aliran circadian dan pengeluaran melatonin dimana ianya dikawal oleh cahaya terang dan gelap (siang dan malam). Jika manusia yang terkena cahaya semasa tidur, pengeluaran melatonin akan tergendala. Ini boleh membawa kepada gangguan tidur dan masalah kesihatan yang lain seperti pening, sakit kepala, keletihan, tekanan, masalah kegemukan dan meningkatkan perasaan cemas. 
  • Kesan pencemaran cahaya ini menjadi lebih bahaya apabila kajian mendapati kekurangan pengeluaran melatonin akan meninggikan risiko untuk terkena kanser payudara.
  • Pencemaran cahaya datangnya dari sumber tenaga dan ianya terbuang begitu sahaja. Ianya satu pembaziran dan menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dengan lebih pantas melalui penggunaan sumber semulajadi yang berlebihan sebagai sumber tenaga. 
  • Persatuan Dark Sky menganggarkan bahawa pencemaran cahaya di seluruh dunia pada setiap tahun telah menyumbangkan kepada pelepasan lebih dari 12 juta tan karbon dioksida serta gas-gas rumah hijau yang lain ke atmosfera yang membawa kesan kepada masalah pemanasan global. 
masalah dan kesan pencemaran cahaya


Malam Itu Gelap, Siang Itu Terang

Bukanlah bermakna untuk mengatasi kesan pencemaran cahaya kita perlu hidup bergelap di malam hari. Kita patut melihat kepada lebihan penggunaan cahaya yang tidak diperlukan seperti lampu-lampu hiasan, papan iklan dan sebagainya yang tidak diperlukan.

Cara kehidupan juga perlu kembali kepada fitrah kehidupan. Malam adalah masa untuk berehat, beribadat, tidur mahupun mencari ketenangan..Ianya bukan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti dan bekerja. Dengan ini pencemaran cahaya dapat diatasi dan mengurangkan risiko serta kesan-kesannya.

Malam dan siang itu telah ditetapkan aturan dan kejadiannya. Setiap makhluk juga telah ditetapkan aturan untuk mengikuti suasana dan aturan alam ini. Jika kita cuba melawan dan menukarnya, sudah pasti akan membawa kesan buruk berlaku kepada diri dan kehidupan.

masalah dan kesan pencemaran cahaya
Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

11 comments - "Masalah Dan Kesan Pencemaran Cahaya"

Alhamdulillah.. Nurul tidak pernah terfikir tentang ini sebelumnya, Nurul selalu mengkagumi cahaya2 yang cantik dibandar2 dengan limpahan lampu neon pelbagai warna yang bergantungan.. Terimakasih BM, membuka matahati Nurul tentang ini..

Hamidi SP delete icon 4:03 PTG

Pencemaran yang rasanya tidak mungkin kita mampu mengubahnya..

Shaiful Zaidi delete icon 10:04 PTG

Assalamualaikum BM...Kali pertama saya jumpa istilah 'pencemaran cahaya'. Kupasan yang menarik...

Allah jadikan Malam sebagai pakaian (Al-Naba':10). Malam itu gelap menutupi jagat raya seumpama baju yang menutupi badan.. Pencemaran cahaya akan menyebabkan manusia lebih suka melihat apa yang diciptakan manusia seperti warna warni lampu hiasan berbanding apa yang diperintahkan oleh Allah untuk melihat dan berfikir...Dalam riwayat menyebutkan bahawa celakalah bagi mereka yang melalui ayat ini namun tidak mahu berfikir.. Ayat apa?? Ali Imran:190-200. Sangat benar apa yang ditulis BM...

Yana Yani delete icon 12:09 PTG

saya baru tahu pasal pencemaran cahaya ni
terima kasih untuk info ni BM

Pencemaran cahaya pon ada..selamz ni tak tahu pon ..ingat pencemaran bunyi pencemaran alam je ..huhuu nsmpak sgt lya tak peka

Tak pernah sampai terfikir ada pencemaran cahaya, yang tau pembazira elektrik.

Langit kat kawasan kampung lebih indah dari langit di kawasan bandar. Bawak anak sesekali bawak ke kawasan kampung, asyik mendongak je kerjanya sebab kat Kolumpo ni susah nak nampak bintang. Kalau asap jerebu tu, dah biasa.

Vee Sandi delete icon 10:13 PTG

panjang lebar penjelasan ttg pencemaran cahaya . suka pandang kangit bila balik kg ...

Itulah kan kadang bila difikirkan balik seakan kita ni terpedaya dengan keindahan dan kerdipan cahaya yang indah berbagai warna itu...

Sebenarnya disebalik semua keindahan itu ada pula pencemaran...

Kathy R'bain delete icon 11:48 PTG

Pencemaran cahaya. Betul juga tu kan? Baru kathy tersedar..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap