بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda memahami keperluan dan kepentingan SEO untuk blog anda, maka perlu untuk anda menukar template Blogger kepada yang lebih mesra SEO.
Mudah untuk menukar template Blogger kepada mesra SEO kerana banyak template percuma yang boleh anda gunakan. Namun jika anda sudah berpuashati dengan template yang anda gunakan sekarang ini, anda juga boleh jadikan ianya mesra SEO.
Ya! Semua template boleh diubah suai untuk menjadi lebih mesra SEO. Ia sebenarnya agak mudah tetapi perlukan sedikit ketelitian dan kefahaman sebelum anda melakukannya kerana anda perlu mengubah suai kod HTML template sahaja.
Sebelum anda melakukan sebarang perubahan, anda dinasihatkan supaya backup template anda terlebih dahulu kerana jika berlaku sebarang error atau kesilapan, anda masih boleh gunakan kembali (restore) template yang telah anda backup tadi.
Jika anda menggunakan template dari blogger, biasanya halaman Head HTML anda akan kelihatan seperti di bawah ini. Cari perkataan
NOTA PENTING :
1. Sila 'Enable' custom meta tag di search preference. (rujuk gambar dibawah)
2. Tukar Meta Verify ID anda (Jika tiada...delete sahaja semuanya dari Meta Verify Start hingga Meta Verify End) atau anda boleh register dan kemudian letakkan ID.
3. Gantikan perkataan "URL BLOG ANDA" (contoh, "http://relakssminda.blogspot.com")
4. Gantikan perkataan 'URL GOOGLE PLUS ANDA' (contoh, 'https://plus.google.com/u/0/+BinMuhammad/posts')
5. Gantikan perkataan 'NAMA ANDA' (contoh, 'Bin Muhammad')
6. Jika tiada error, Save Template.
Sekarang, template anda sudah pun mesra SEO. Selamat mencuba... Sebarang masalah anda boleh utarakan diruangan komen atau hubungi saya...
Note : Tapi mesti diingat! Ia bukanlah penentu kejayaan entri anda di SERP kerana ada banyak lagi faktor lain yang diambil kira oleh robot enjin carian. Kod ini hanyalah salah satu cara atau teknik SEO untuk memudahkan robot enjin carian mengenali dan memahami blog dan entri anda dengan lebih mudah.
Note : Tapi mesti diingat! Ia bukanlah penentu kejayaan entri anda di SERP kerana ada banyak lagi faktor lain yang diambil kira oleh robot enjin carian. Kod ini hanyalah salah satu cara atau teknik SEO untuk memudahkan robot enjin carian mengenali dan memahami blog dan entri anda dengan lebih mudah.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
41 comments - "Cara Tukar Kod Head HTML & Meta Tag Menjadi Mesra SEO"
Terus-teranglah BM kakak memang tak rajin utk buat ini semua
Tunggulah kalau kakak mahu jadikan blog sebagai sebahagian keutamaan..
akak dok tunggu lanjutan kisah idea gila BM tu..:)
Good tips BM. Tapi saya tak reti nak main dgn HTML kod ni. Takut hilang suma nanti. Buatkan boleh...ekekeke...
Takpe...ini buat mereka yang memerlukan sahaja... :)
Belum sempat nak draf pun lagi lah kak...
Jgn takut kalau dah backup. Nak buatkan...buleh, pm jer...
Perkongsian menarik dari BM..:)
akan dicuba nanti
jangan lupa buat backup fail dulu..silap coding bisa pening kepala jadinya..oh ya saya juga mahu belajar bab-bab ini..
Waaa huhuhuhu bab2 koding ni Lya fail sikit ...Pernah buat pastu hampehhh ..Kena banyak belajar lagi la kalau gini ..Kalau BM blh tg apa salahnyerr hehehe .........Pepandai jer nak mintak tlg ngan orang ..BM nak ke tolong kita huhu
Nak sangat belajar tapi masa tu tak sempat huhuhu..........Thanks ya BM sudi share tentang ni
nice sharing....blogwalking..
wowwww... terima kasih info ni... tapi terus terang sebab tak pandai... memang tak berani nak buat... karang silap jer habis terus...
nanti boleh cuba.. terima kasih kerana berkongsi BM
Tips menarik, nanti boleh guna untuk blog baru.. :)
Yes! Penting backup dahulu sebelum lakukan sebarang perubahan
Nak tolong xde masalah...buleh jer, FOC. PM saya melalui email atau FB
Kenalah yakin pd diri sendiri. Kalau dah backup...xde apa yg nak dirisaukan.
Cubalah... kalau nak dapat dr pakar seo mau kena bayar. Ini free jer... :)
terbaik perkongsian bro
saya amat menghargai perkongsian ini..semakin mantop la bro BM
BM tips yang bagus ni...tapi bunda ni bukan rajin sangat, kehendak tu ada tapi usaha kurang...bukan apa...bunda ni banyak benda bunda kurang dalam edit mengedit blog ni...sebab tu bunda takut ...takut tak menjadi dan apa2 hal pulak nanti dengan blog bunda...
Apa pun terima kasih tipsnya...
terima kasih atas peringatan ini..
Sekadar berkongsi ilmu yg ada...bukan hebat sgt pun... :)
BM tips yg menarik buat mereka yang memerlukannya..hihi tapi kak nah tak rajin nak cuba..
Lagi info yg bermanfaat.. SEO mmg penting buat blog walaupun menulis sebab suka2 sahaja kan.. Cuma bila belajar bab koding2 ni buatkan kita ada sampai tak tidur malam hehee. Lagi serabut bila koding2 jadi tak tentu arah.. haru biru jadinya klu tak buat back up terlebih dahulu. Tips yg mmg baik buat semua.. :)
saya dah gunakan!
terima kasih sebab berkongsi ilmu ni
appreciate sangat! =)
Menarik ni. Bermain dgn kod html mmg headache tp kalau jadi mmg best!
Saya try copy paste coding kat atas. Bila paste dalam html, ade 2 error.
Boleh beritahu dgn detail, apakah error yg berlaku?
BM..macamana nak register untuk dapat ID kat bahagian meta verify tu?
Kalau belum register, Kathy perlu apply satu persatu applikasi tersebut utk dapatkan id.
Jika sudah ada...boleh check disini :
Facebook ID : http://findmyfacebookid.com/
Alexa : Step 1: Go to Alexa.com Click on 'Site tools' and click 'claim your site'.
Bing : Tak tau mcm mana nak dapatkan semula id kalau dah register
Google Web Master : Pun tak tau mcm mana dak dapatkan semula id kalau dah register
Terima kasih, sangat membantu. Aspek SEO ni perlu dititikberatkan.
BM..kalau kita enable kan meta tags..terus hilang fungsi read more dalam entri. kenapa yer?
Enable meta tag atau apa sahaja coding di atas code [head] sebenarnya tidak mengganggu sebarang setting atau fungsi template sebab ianya hanya untuk optimasi SEO terutama utk arahan robot enjin carian.
guna coding robot ni tak ada masalah ka bro Bin Muhammad
InsyaAllah... Coding ini bertujuan untuk memudahkan robot crawling agar mendapat informasi yang tepat dan tertentu untuk optimize SEO
oh..iye ke? kathy dah dua kali cuba enable kan fungsi meta tag kathy tapi dua kali juga read more yang kathy pasang hilang. kathy kena disable semula meta tag tu. atau mungkin readmore kathy tidak sesuai kot. tq BM sebab sudi menjawab soalan kathy.
Terima kasih BM, kongsi tips seo.
Ok.....Jilapah dah try dah buat.....apa perbezaannya ek.....tak dapat nak cari. Nampak mcm laju jer
info yang sangat berguna..tQ
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”