بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahukah anda bahawa setiap tahun pada tarikh 11hb November merupakan hari Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan ini pula telah mula diperkenalkan di negara ini bermula pada tahun 2000 bertempat di pasaraya Mid Valley, Kuala Lumpur dan ianya masih lagi berterusan hingga kini.

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014
Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014)

Untuk tahun 2014, Majlis Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014) ini akan diadakan pada 15hb November 2014 dengan tema, “Kitar Semula Tanggungjawab Bersama”. Majlis HKSK 2014 ini akan dilangsungkan di Taman Tasik Sri Serdang, Serdang Selangor. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dibawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Matlamat Dan Aktiviti KPTK 2014

Tujuan utama penganjuran acara tahunan ini adalah sebagai acara kemuncak bagi program-program kesedaran kitar semula yang dianjurkan di seluruh negara disamping memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pihak dalam mengamalkan kitar semula iaitu melalui aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle). 


Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014
Aktiviti Kitar Semula - 3R

Majlis ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu :

1. Majlis Pelancaran HKSK 2014; Perasmian dan pengenalan maskot Hari Kitar Semula Kebangsaan dan juga penyampaian anugerah kepada pihak-pihak yang aktif mengamalkan aktiviti kitar semula.

2. Pameran dan persembahan di tapak sambutan HKSK 2014. Antara program-program yang akan berlansung di tapak pameran (terbuka kepada kunjungan orang ramai) adalah:
  • Pameran booth oleh Jabatan-Jabatan kerajaan, NGO dan pihak swasta yangbersifat interaktif dan menawarkan hadiah/cenderahati yang menarik;
  • Penjualan barangan/pakaian terpakai (bundle);
  • Persembahan daripada Malaysian Buskers, percussion dan sebagainya; dan
  • Persembahan silap mata oleh ‘Helmi The Magician’

3. Program pertandingan pencarian harta karun ‘Green Hunt 2014'. Pertandingan pencarian harta karun ‘3R Hunt’ adalah program kerjasama antara JPSPN dan Malaysian Environment NGO’s (MENGO). Program ini terbuka penyertaannya kepada rakyat Malaysia dan menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenang. Untuk maklumat lanjut aktiviti ini, anda boleh terus ke Laman web MENGO (http://mengo.org/greenhunt/registration).

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014

Untuk aturcara lengkap program HKSK 2014 ini anda boleh rujuk melalui file pdf berikut : Aturcara HKSK 2014.pdf

Status Terkini Amalan Kitar Semula Negara

Berdasarkan  Kajian   Kesedaran   Awam   2009 dan 2012 yang telah dijalankan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), menunjukkan peningkatan dari segi peratus yang mengamalkan kitar semula daripada 58.0% kepada 68.8%.

Kesedaran masyarakat membudayakan aktiviti kitar semula meningkat ekoran daripada pelbagai aktiviti dan kempen berterusan yang telah dilaksanakan oleh KPKT melalui PPSPPA dan mengadakan kaloborasi dengan pelbagai pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta serta lain-lain agensi dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan aktiviti kitar semula dalam melindungi alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sumber - Laporan oleh KPTK dalam Mesyuarat Dewan Rakyat, Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen ketiga belas (2014)

p/s: Ye ke? Macam kurang tepat je kajian ni...

Amalan Kitar Semula Dalam Kehidupan

Semoga dengan berlangsungnya Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan (HKSK 2014) ini akan meningkatkan kesedaran betapa pentingnya amalan membudayakan kitar semula dalam kehidupan dan aktiviti setiap individu, masyarakat, penguasa tempatan, pihak swasta serta kerajaan.

Sumbangan kita walaupun sekecil mana dalam melakukan amalan dan aktiviti kitar semula ini sebenarnya memberi impak yang besar terhadap alam sekitar demi kehidupan yang lebih sihat, selamat dan aman sejahtera dimasa kini dan akan datang.

Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014

"Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran." - JPSPN

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

25 comments - "Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan 2014"

Program ni bagus untuk mendidik anak2..amalkan kitar semyla untuk menjaga bumi...anak SA pun dh start buat...paling best kumpul brg2 kitar semula dan jual kat tempat pelupusan...at least dia simpan duit dlm tabung...

Salam. Moga objektif dari penganjuran Hari Kitar Semula ini dapat kita hayati sepanjang hayat, khalifah bumi, bertanggungjawab menjaga bumi Allah ini.

Mintalah yang buat persembahan silap mata berkaitan bahan kitar semula mesti menarik kakak rasa. Pusing-pusing tangan zam-zam-ala-kazam bum! Botol plastik terbuang semua terbang masuk dalam tong disediakan haa.... bagus kan:)

Tapi secara keseluruhan yg kita nampaklah BM kesedaran sivik penduduk negara kita masih rendah dlm hal penjagaan alam sekitar.

Tanpa Nama delete icon 11:15 PG

Dah lama program kitar semula ni tapi mcm dah tak semeriah seperti awal kemunculan. Iklan kat tv pun dah jarang keluar.

BM..akak pun tak perasan hari ni hari kitar semula dek kerana suramnya iklan dan penghebahan lain..

yangbaik delete icon 2:07 PTG

banyak manfaatnya kitar semula, cuma kita kadang2 malas nak layan...

Yana Yani delete icon 3:51 PTG

reduce, reuse, recycle ni anak dara saya
selalu dok sebut walau dalam bahasa dia
tapi metaliti masyarakat di malaysia tentang perkara ni
rasa masih rendah, kadang kempen pun pada saya macam sia-sia

Tanpa Nama delete icon 4:54 PTG

Hmmmm..program yg baik namun adakah mencapai matlamat..

kakiblog delete icon 6:03 PTG

semoga dengan sambutam hari kitar semula dapat memujuk kesedaran kepada perasaan cintakan alam sekitar

paridah delete icon 9:17 PTG

kitar semula ni penting demi kebersihan alam sekitar...

wahhh bagus kempen ni

Khir Khalid delete icon 7:44 PTG

Kempen yg sgt bagus utk kesedaran kita & generasi seterusnya dlm menghargai & menjaga persekitaran yg sihat serta alam sekitar yg baik utk terus diwarisi.

BinMuhammad delete icon 11:15 PTG

Bagus SA... Melentur buluh biarlah dari rebungnya! Teruskan ya...

BinMuhammad delete icon 11:16 PTG

Itulah kita harapkan... InsyaAlah

BinMuhammad delete icon 11:17 PTG

Dasyat betul permintaan akak ni... tapi kalau ada memang menghiburkan! :)

BinMuhammad delete icon 11:18 PTG

Ye la... promosinya amat kurang. Ia wajar diperhebatkan lagi.

BinMuhammad delete icon 11:19 PTG

Benar...memang agak suram

BinMuhammad delete icon 11:21 PTG

Kenapa agaknya yg byk manfaat malas nak layan tapi kalau tak bermanfaat selalu kita layan...kan...?

BinMuhammad delete icon 11:23 PTG

Jika ianya berterusan, insyaAllah... mulakan dari kecil dan generasi inilah nanti yg akan menjadikannya satu budaya. Biar lambat dari langsung tak ada...

BinMuhammad delete icon 11:25 PTG

InsyaAllah...ianya perlu dikekalkan, jika tidak sekarang...di masa hadapan mungkin berjaya.

BinMuhammad delete icon 11:30 PTG

InsyaAllah...semoga tercapai matlamatnya

BinMuhammad delete icon 11:31 PTG

Benar kak Paridah! Setuju!

BinMuhammad delete icon 11:32 PTG

Kalau ada masa...datanglah :)

BinMuhammad delete icon 11:33 PTG

Generasi mudalah yg mesti kita tumpukan...mereka boleh dilentur. Yg tua2 ni dah sukar nak berubah..

Unknown delete icon 3:22 PTG

rupanya ade juga hari kitar semula..nampak sangat kak nah tertinggal..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap