بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kini suasana semakin sunyi... kedengaran bunyi-bunyi serangga dan sesekali bunyi katak memecah sedikit kesunyian. Kami berjalan umpama jalan raya itu kami yang punya. Ketengah ketepi, sekejap berlari... sekejap terduduk... dah macam orang gila pun ada...
Ikuti semula kisah terdahulu Idea Gila ini di sini :
“Macam mana ni Meng? Tak de satu pun kereta nak berhenti... Kalau macam ni memang tak boleh sampai on time, kaki aku pun dah lenguh ni!”. “Ye lah...pelik jugak aku... Gaya macam nak berhenti tapi lepastu gerak terus, macam nampak kita ni hantu jer!” Ameng membalas persoalanku. “Tapi kan... Siapalah yang nak tumpangkan dua budak gila berjalan kaki tengah malam ni... Kalau ada yang berhenti tu memang gila juga la... haha!” Aku pun tergelak sama mendengar kata-kata ameng. “Betul juga...” kata hatiku.
Tiba-tiba tanpa kami sangka sebuah van berhenti. “Assalamualaikum, anak berdua ni nak kemana malam-malam ni?”, Seorang lelaki berkopiah di tempat duduk sebelah pemandu bertanya. “Waalaikumsalam... Kami nak ke Tapah Pakcik” Jawab ku. “Hah! Jom! Cepat.. Cepat masuk!”. Ujar pemandu van pula... “Hah! Apa lagi...Cepat lah masuk!” ulang lelaki berkopiah tu pula. Pucuk dicita ulam mendatang... Segeralah kami berdua masuk dalam van tersebut.
“Berani korang jalan di waktu malam macam ni! Korang ni tak takut ke? Korang berdua ni nak kemana sebenarnya?” Kami pun menceritakan kisah kami dari mula sampai lah ke saat ini. “Korang ni memang dah gile apa! Kalau jadi apa-apa kat kamu berdua, siapa yang susah! Dahlah mak bapak kamu tak tahu. Ish!Ish! Memang kerja gila!” Bukan setakat itu sahaja, Pakcik berkopiah tersebut terus meleteri kami... malah Pakcik yang memandu van tu pun turut menyampuk sekali sekala. Apa lagi... Kami hanya tunduk diamlah.
“Kamu tau tak, masa kamu berdua berjalan tadi ada benda yang mengekori kamu” Ujar pak cik berkopiah. Tersentak kami dibuatnya! “Benda apa pak cik?” Tanya ku. “Benda apa lagi! Benda tu lah!...” “Benda apa pak cik!” Serentak aku dan Ameng bertanya. “Bayang-bayang kamu lah... haha!” Serentak juga pakcik berkopiah dan pemandu van tu ketawa. Kami tercengang-cengang... Nak ketawa juga tapi terkedu... Dah lah kena leter...lepas tu terkena pula. Panas jer...tapi sabar jer la.
“Pakcik nak ke Cenderong Balai, tapi sebab kamu nak ke Tapah... Pakcik hantar kamu dulu, tapi sampai Tapah saja lah ye...” “ Tak menyusahkan pakcik ke? nak kena berpatah balik tu... “ Tanya ku. “Apalah... kome ni, Pak cik bukannya jalan kaki macam kamu...haha!”. Menyirap jer bila dengar jawapan pakcik pemandu van tu. “Terima kasih pakcik”...balas ku.
Dalam perjalanan, pakcik berkopiah tu beritahu yang mereka berdua dari Sabak Bernam. Mereka dalam perjalanan nak ke masjid di Cenderong Balai kerana ada perhimpunan jemaah tabligh di situ. Apa lagi... lepas tu dengar syarahan agama lah pula. Tak henti-henti pakcik berkopiah tu bercerita hingga tak sedar dah sampai kat pekan Tapah. Mereka turunkan kami di depan masjid Pekan Tapah.
“Tak jauh dah pekan Chenderiang tu...tapi kalau jalan kaki jauh juga le!” “Kamu berdua duduklah kat masjid ni dulu, tunggu siang barulah sambung perjalanan. Risau pula pakcik.” Nasihat pakcik berkopiah tu kepada kami. “Terima kasih pakcik kerana bersusah payah hantar kami sampai ke Pekan Tapah ni. InsyaAllah... Terima kasih ya” Ujar aku dan Ameng. “Assalamualaikum...” itu lah kata-kata terakhir dari dua orang pakcik tersebut lalu meninggalkan kami berdua... “Waalaikumsalam...”
Jauh juga perjalanan yang kami dah tempuhi. Mujurlah ada yang nak bagi tumpang... kalau betul-betul berjalan, tidak mungkin kami akan sampai di Pekan Tapah sekarang ni. Kini tinggal lebih kurang 20 km sahaja lagi untuk sampai ke destinasi.
“Macam mana ni Meng? Nak teruskan ke atau nak tunggu hari siang?” “Aku rasa... baik kita teruskan je lah. Dah dekat pukul 4 pagi ni...kalau kita teruskan boleh sampai on time ni!” Ameng melontarkan idea gilanya. "Betul juga tu... Jom!" Aku setuju dengan idea Ameng dan kami pun meneruskan perjalanan gila ini.
Nampaknya misi gila kami sudah ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan. Dari pekan Tapah ke simpang jalan Cenderiang tidak jauh, hanya kurang dari 10 km. Disepanjang perjalanan juga tidak terasa sunyi sangat namun amat merbahaya sekali kerana pada waktu itu banyak lori-lori besar bergerak. Kalau dilanggarnya kami....memang mati katak le...
Perjalanan Idea Gila ke Lata Kinjang |
“Meng, kita rehat minum kat gerai tu...” Aku nampak ada sebuah warung kecil yang masih buka. Kelihatan juga ada dua orang lelaki sedang minum disitu. “Tapi pelik juga...takkan warung ni dah buka, awal sungguh! Ahh... tak kesahlah, asalkan dapat rehat sekejap dan pekena air panas.” Hatiku berkata. Kami terus sahaja duduk dan terus mengorder... “Pakcik...teh tarik dua ya!”.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Perjalanan Idea Gila Diteruskan
26 comments - "Perjalanan Idea Gila Diteruskan"
akak dah lama tunggu sambungan cerita perjalannan gila ni tau BM....:)
La.... nasib baik kakak terjumpa N3 sambungan ini. Kakak ingatkan dah lama habis dah kisah perjalanan gila. Tapi itulah tersekat lagi ceritanya. Jangan-jangan warung tu warung hantu haha...
err..tetibe sejuk..serammm...
Ada sambungan lagi tak? Best pula baca macam ni menyeramkan pun ada. Baru lepas baca buku fixi - Kacau.
hmmm... entah2 tu warung bunian tak.... huhuhu
- Mia Liana -
hmm suspen seramle pulak....
dah lama saya tunggu cerita ini...nak tau lagi sambungannya..
suka berhenti kat part suspen ... blh karang novel ni . buat pembaca tertanya2 n x sabar nak tggu sambungan ...
best.....
Oh Ye ke... Tak sangka pula ianya menarik minat..
Selagi belum sampai... belum abis le citenye... :)
Seram sejuk? Pekena air panas ok lah tu...
InsyaAllah... ada lagi...
Mia singgah...:) terima kasih membaca cerita yg tak seberapa nya ini.
Saya tak sebagus akak mengarang cerita... sekadar cuba2 je
Dah lama tak lihat nama kakiblog... :)
Biasalah tu kan...hehe...
Thanks MKL
macam ngeri je dengar..
apasal lah aku rasa cerita ni menghala ke arah misteri nusantara... ishhhh
aku pernah buat kerja gila..drive sorang-sorang tengah malam buta..dalam pukul 12 tengahmalam lebih kot..aku drive dari bukit besi melalui jalan jerangau-jabor
waaaaaaa... siap ada sambungan lagi gitu.
owh! ada ke lagi sambungannya?
alahai BM, bersambung lagi ke?
sikit punya lama tunggu sambungan ni..ishh
ni bila nak sambung lagi ni? bestlah cite ni BM!
boleh masuk cite x-file ni...hehe
tapi part ada benda ikut tu, kelakarlah
nak guna benda yang sama sakat adik-adik...hehe
Alamak..nape terhenti di situ? Uwaaaa...
Teringat balik entri yg sblum ni.. mmg kerja gila. Ada lalu perkampungan bunian ke ni huhu.. :D
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”