بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Percaya Dan Yakin Datang Dari Hati
Percaya Dan Yakin Datang Dari Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana anda percaya dan yakin akan sesuatu perkara atau benda? Sudah pasti jika ianya terlihat secara visual didepan mata barulah anda akan mempercayainya. Betul tak? Tapi benarkah apa yang anda lihat dan dengar itu semuanya adalah betul dan tepat?

Jika apa yang dilihat pun masih diragui dan sukar untuk dipercayai apatah lagi jika ianya hanyalah dari pengucapan, tulisan, gambar mahupun rakaman suara atau gambar, maka lagilah sukar hendak mempercayainya. Oleh itu bagaimana kita mampu untuk meyakinkan diri untuk mempercayai sesuatu berkara atau benda?

Kita hadir ke dunia ini disaat utusan Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW sudah tiada lagi di dunia ini. Tinggalannya hanyalah Al-Quran dan Hadis sebagai panduan untuk kita percaya dan yakin untuk menurut segala perintah Maha Pencipta seluruh alam semesta dan penghuninya. Bagaimana kita hendak meyakinkan diri akan kebenaran dan menunaikan segala arahan serta tanggungjawab sebagai seorang khalifah di muka bumi ini?

Percaya Dan Yakin Datang Dari HatiPercaya Dan Yakin Datang Dari HatiPercaya Dan Yakin Datang Dari Hati

Oleh itu percaya dan yakin kepada sesuatu perkara dan benda itu bukan hanya melalui apa yang jelas dilihat, didengar, diucap, difahami dan dilakukan. Percaya itu sebenarnya datang dari hati. Semua yang nyata itu hanyalah bukti namun jika hati berkata tidak, selagi itu kita tidak akan mengaku dan beroleh keyakinan serta kepercayaan.

Percaya Dan Yakin Datang Dari HatiPercaya Dan Yakin Datang Dari HatiPercaya Dan Yakin Datang Dari Hati

Akal dan fikiran adalah satu kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan kepada manusia. Akal mengumpul segala bukti dan maklumat untuk diproses dan diserahkan kepada hati bagi melakukan penilaian dan membuat keputusan. Oleh itu bukakanlah hati untuk melihat segala bukti dan kebenaran. Fahami dan lakukan dengan hati yang jujur dan ikhlas.

Setelah melihat segala kebenaran... maka percaya dan yakin lah dengan keputusan hati anda... Apabila hati telah yakin dan percaya, segalanya akan terserlah dengan tindakan dan reaksi sama ada melalui perlakuan mahu pun ucapan. 

Jangan sesekali membiarkan hati rosak dan keras membeku. Jagalah hati sebaik-baiknya dan berikan santapan dan rawatan selalu kerana hati adalah kunci kepada keyakinan dan kepercayaan.

Percaya Dan Yakin Datang Dari Hati


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

14 comments - "Percaya Dan Yakin Datang Dari Hati"

Unknown delete icon 4:43 PTG

ubat hati, kena ubat selalu sebelum jadi lebih kronik kan...

in syaa Allah...

sangat bermanfaat (^___^)

...ini ziarah kali pertama

Tanpa Nama delete icon 4:52 PTG

Betul tu BM. Hati kalau dah rosak maka rosak la segalanya..

maria delete icon 5:40 PTG

ala2 law of attraction...bila kita percaya kita boleh, in shaa Allah boleh.
sangkaan itu pun dikira sebagai doa juga...

ucapkan Astagfirullah...seikhlas hati..sekali diucap,satu titik hitam dalam hati kita akan terpadam..

Khir Khalid delete icon 7:42 PTG

Subhanallah.. dengan 5 ubat hati tersebut, in shaa Allah.. kepercayaan yg hadir dari hati adalah firasat yg terbaik buat diri. Semoga Allah sentiasa memimpin kita semua ke jln yg benar... aamiin. Salam Jumaat BM. :)

nak ubat hati perlukan kesedaran

paridah delete icon 9:29 PTG

TANDA KEIMANAN ITU KEYAKINAN DIRI YG TOTAL..INSYA ALLAH..WALAU HATI KITA BOLAK BALIK MOGA LANDASANNYA TIDAK LARI..

BinMuhammad delete icon 11:35 PTG

Terima kasih ditas kunjungan anda :)

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Sebelum rosak...ianya perlu dirawat. Tiada yg terlambat...
Terima kasih SP

Unknown delete icon 9:01 PTG

saya percaya kepada kemafaan . jika kita sentiasa memaafkan org lain , insha Allah hati kita akan melihat byk perkara dr sudut yg positif , tiada dendam dan tenang ...

Fiza Rahman delete icon 1:51 PTG

Betul tu. Sama² lah kita menjaga hati kita.

Unknown delete icon 3:16 PTG

ubatlah hati dengan zikirullah...In shaa Allah hati yg keras akan lembut..

Bunda_nora delete icon 7:52 PTG

Betul tu ubat hati hanya dengan zikirullah..

Yana Yani delete icon 3:16 PTG

gambar bunga tu buat saya terpegun kejab
maklumlah, minah bunga =)
apapun terima kasih untuk peringatan ni
manusia seperti saya kadang alpa, peringatan seperti ni memberi kesedaran

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap