بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai yang membicarakan tentang satu produk supplemen kesihatan ini iaitu Shaklee. Kenapa ianya begitu hebat sehingga menjadi produk supplement nutrisi no. 1 di Malaysia? Oleh itu kita perlu mengenali sejarah dan kehebatannya. Mari kita lihat bagaimana Shaklee ini bermula dan menjadi yang terbaik dalam kategorinya.

Shaklee adalah satu jenama produk kesihatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak memulakan operasinya di Malaysia pada 1995, jenama Shaklee terus unggul dan dipercayai sebagai pengeluar dan pengedar terulung produk vitamin untuk kesihatan, nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara terkemuka di Malaysia.

Tidak kira apa jua yang anda perlukan, Shaklee serba lengkap dan selamat untuk memberi kehidupan yang lebih sihat, tenang serta sempurna melalui produk kesihatan termasuklah peluang perniagaan yang ditawarkan disamping menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

Sejarah Shaklee

Pada tahun 1915 di mana konsep vitamin masih belum dikenali, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "Shaklee's Vitalized Minerals". Disinilah bermulanya sejarah Shaklee dan kemudiannya beliau bersama dua orang anaknya memulakan perniagaan pembuatan dan pemasaran produk nutrisi suplemen melalui syarikat Shaklee Corporation pada tahun 1956.

Shaklee memilih untuk menggunakan kaedah perniagaan secara 'Multi Level Markerting' atau MLM sebagai kaedah jualan walaupun pada masa itu ianya kurang dikenali tetapi beliau melakukannya demi menjaga kualiti dan status ekslusif produk.

Sejarah Dan Kehebatan Produk Vitamin Shaklee

Melalui falsafah "Living in Harmony with Nature®" Shaklee berkembang pesat dalam tahun 1970-an dan terus kekal sebagai peneraju produk kesihatan yang bermutu, selamat, dipercayai dan mesra alam demi kehidupan yang sihat dan bahagia sehingga kini.

Shaklee Corporation yang beroperasi di Pleasanton, California telah berkembang ke peringkat global di mana cawangan Shaklee kini terdapat di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, Taiwan, China dan Indonesia. Shaklee Malaysia memulakan operasinya pada Ogos 1995 di Subang Jaya, Selangor.

          

Kehebatan Produk Kesihatan Vitamin Shaklee

Lebih 50 tahun pengalaman dalam bidang pengeluaran produk kesihatan, sudah pastinya kemahiran Shaklee menjadi peneraju terunggul dalam bidangnya dan ianya tidak boleh dinafikan lagi. Shaklee mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja dan Sentiasa Hijau.

Ada pelbagai produk terbaik Shaklee diantaranya adalah makanan suplemen iaitu Vitamin. Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan kerana ianya telah terbukti keberkesanannya bukan sahaja melalui kepercayaan dari sejarah perubatan dan testimoni oleh jutaan pengguna dari generasi ke generasi tetapi juga melalui pengiktirafan secara saintifik dan pelbagai anugerah.

Kehebatan vitamin Shaklee telah membantu ramai atlet dalam temasya sukan Olimpik sehingga memenangi 54 pingat emas hasil dari pemakanan suplemen semulajadi ini telah membuktikan betapa efektifnya ia untuk kesihatan disamping meningkatkan stamina. Kesemua pingat tersebut juga diiktiraf tanpa sebarang bantahan berikutan produk Shaklee bukanlah produk yang mengandungi bahan terlarang. Disini jelas akan betapa bagusnya vitamin Shaklee ini untuk kesihatan dan memberi tenaga kepada tubuh badan untuk keperingkat optimum.

Hasil dari keberkesanan dan bagusnya produk Vitamin Shaklee untuk kesihatan semulajadi, maka ianya juga telah digunakan oleh NASA sebagai makanan suplemen untuk angkasawan mereka. Oleh yang demikian, tiada keraguan apabila anda memilih dan menggunakan produk Vitamin Shaklee dimana anda akan sentiasa dijamin selamat dan berkesan.

Berikut Adalah Diantara Produk Vitamin Shaklee :
  • Advanced Joint Health Tablet
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex 
  • Chewable Vita-C Plus 
  • DTX Complex 
  • ESP Soy Protein Isolate Powder
  • Garlic Complex 
  • GLA Complex 
  • Performance- Natural Orange 
  • Sustained Release Vita-C Plus 
  • Vita-E Complex
  • Vita-Lea Iron Formula 
  • Vivix 
  • Zink Complex 

Kualiti Tertinggi Vitamin Shaklee

Produk Shaklee yang berkualiti ini telah dihasilkan dari proses gabungan sains dan bahan sumber alam semulajadi yang mampu menjadi pemberi dan penawar terbaik untuk kesihatan. Dr. Shaklee telah mencipta produk suplemen pemakanan yang terbaik dan tiada jalan pintas untuk menghasilkannya.

Sejarah Dan Kehebatan Produk Vitamin Shaklee
Shaklee creating healthier lives
Setiap produk Shaklee yang dihasilkan mesti menggunakan campuran bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal untuk pengekalan kualiti yang tinggi. Ianya juga perlu menggunakan bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten ketepatan serta ketulenannya.

Produk vitamin keluaran Shaklee telah direka cipta untuk mengekalkan serta memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar. Oleh itu keyakinan pengguna akan terus yakin menggunakannya berikutan tahap keselamatan, keberkesanan dan nilai semulajadi produk tersebut malah ianya diperakui halal bagi umat Islam.

Shaklee Dan Alam Semulajadi

Oleh kerana semua produk Shaklee berasaskan bahan semulajadi maka kerana di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif. Oleh itu amat penting alam semulajadi dijaga dan dipelihara.

Tanggungjawab Shaklee dalam pemeliharaan Alam Sekitar tidak boleh disangkal lagi. Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai "Climate Neutral™" di mana di Shaklee, setiap pengeluaran karbon telah neutralkan tanpa menjejaskan alam sekitar.

Antara anugerah prestij berkaitan alam sekitar yang telah dicapai adalah :

  • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
  • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
  • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
  • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
  • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar - Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Sejarah Dan Kehebatan Produk Vitamin Shaklee

Shaklee Bagus Untuk Kesihatan dan Income

Tiada yang dapat menandingi akan keselamatan, kehebatan serta keberkesanan produk Vitamin Shaklee untuk kesihatan tubuh badan. Ia bukan sahaja menawarkan produk untuk kesihatan malah memberi peluang untuk menambah pendapatan melalui program perniagaan MLM. Setelah melihat sejarah, keberkesanan produk dan kehebatan pencapaian Shaklee maka tidak syak lagi... Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan. 


Note : Jangan lupa juga... Bantuan anda diperlukan untuk Share (G+1 dan Facebook) contest berikut di SINI. Kesudian anda membantu amat-amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

8 comments - "Sejarah Dan Kehebatan Produk Vitamin Shaklee"

selamat berjaya BM...keberkesanan produk ni tak perlu dipertikaikan lg..

Yana Yani delete icon 4:06 PTG

rasanya dah ada sebelum ni join kan

BinMuhammad delete icon 4:14 PTG

Ini bukan entri penyertaan...ianya adalah entri backup (pelampung) untuk kuatkan SEO entri penyertaan.

memang bagus nie bro...saya pun dah dapat idea..hehehe

Bunda_nora delete icon 5:28 PTG

Betul tu dimana2 pun orang bercakap tentang kebaikan produk supplemen shaklee...bunda pun sedang ambil shaklee juga...untuk tambah kesihatan...

Good luck BM sdmoga berjaya...

ZaridaIshak delete icon 10:15 PG

belum lagi mencuba kehebatan produk shaklee... tengok pada harganya boleh tahan juga

Tanpa Nama delete icon 9:44 PTG

Memang hebat produk ni..

Shaklee ni memang well-respected company sejak dulu lagi.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap