بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Model Perodua Myvi Terbaru (Facelift) 2015Perodua melancarkan secara rasmi model Myvi Baru (Facelift) 2015 pada 15 Januari 2015. Terdapat beberapa peningkatan, penambahan dan perubahan dari sudut rekabentuk luaran serta dalaman, spesifikasi, variant, harga dan eksesori. 

Model kereta paling laris di Malaysia ini mendapat sentuhan kosmetik dari jurutera Perodua dengan penampilan rekabentuk terbaru yang lebih terkini dan menawan.

Beberapa perubahan luaran terutama dibahagian bumper dan lampu hadapan serta bumper belakang yang telah merubah sedikit penampilannya. Begitu juga dengan beberapa peningkatan dan penambahan eksesori dibahagian dalaman.

Perodua Myvi generasi kedua yang dilancarkan pada 16 Jun 2011 kini telah berwajah baru. Pastinya kemunculan Myvi terbaru ini akan meraih kembali perhatian pengguna setelah beberapa ketika agak dilupakan berikutan kemunculan beberapa model terbaru seperti Perodua Axia, Proton Iriz dan Honda Jazz. Satu strategi pemasaran yang bagus dari Perodua.

Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015
Malaysian Icon - New Myvi 2015
Variant Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015
Variant Perodua Myvi Baru (facelift) 2015


Penambahan Dan Peningkatan Myvi Baru (facelift)

Perodua Myvi Baru ini masih mengekalkan spesifikasi enjin yang sama iaitu 89 hp (117 Nm) 16V K3-VE 1.3 liter DVVT dan 102 hp (136 Nm) 16V 3SZ-VE 1.5 liter DVVT dengan pilihan transmisi manual (MT) dan automatik (AT).

Jika sebelum ini model Perodua Myvi ini terdapat dalam 6 varian, dimana setiap satunya mempunyai pilihan transmisi sama ada automatik (4 kelajuan) mahupun manual (5 kelajuan) tetapi Myvi Facelift Baru ini hanya ada 4 varian.
Selain dari perubahan rekabentuk luaran, sudah pasti juga terdapat beberapa eksesori tambahan dan peningkatan dibahagian dalaman Myvi terbaru ini.

Diantaranya adalah Projector headlamps berserta Guide Lights rekaan terkini, Cup Holder disebelah kanan panel meter, Anti Snatch Hook disisi kerusi penumpang untuk keselamatan barangan, sistem multimedia dan navigasi terbaru yang disertakan dengan reverse camera dan sensor hadapan untuk kemudahan/keselamatan semasa membelok.

Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015
Beberapa ciri istimewa untuk Myvi Baru ini

Namun kesemua ciri tambahan ini ditawarkan mengikut spesifikasi dan varian tertentu sahaja. Selain dari itu, Myvi Baru 2015 ini juga didatangkan dengan dua warna terbaru iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold sebagai pilihan tambahan dari warna yang sedia ada.

Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015
Spesifikasi Myvi Baru

Variant, Spesifikasi dan Harga Myvi Baru (facelift) 2015

Berikut adalah senarai harga rasmi serta spesifikasi bagi setiap variant Myvi Baru (facelift) 2015. (harga yang disenaraikan adalah harga di atas jalan  (OTR) termasuk dengan insuran.)

Myvi Standard G 1.3L (MT) - Harga RM41,500 Solid/ RM41,900 Metallic
Myvi Standard G 1.3L (AT) - Harga RM44,500 Solid/ RM44,900 Metallic

Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015 - Standard G 1.3L (MT/AT)
Myvi Standard G 1.3L (MT/AT)

Spesifikasi Varian Myvi Standard G :
  • 1.3 litre K3-VE DVVT engine with 89 hp and 117 Nm
  • Reflector headlights
  • LED rear lights
  • “Aerodynamic design” bumpers
  • 14-inch eight-spoke alloy wheels
  • Beige fabric seats, height-adjustable driver seat
  • ISOFIX child seat mounts
  • Tilt-adjustable steering wheel
  • All-black centre console
  • Beige door cards
  • Unpainted interior door handles
  • Amber-illuminated instrument cluster
  • Multi-info display with service info
  • Radio CD player with four speakers
  • Anti-snatch hook
  • Built-in tissue compartment
  • Two-motion remote control
  • Reverse sensors
  • Space-saver spare tyre
  • Luggage tray

Myvi Premium X 1.3L (AT) - Harga RM47,500 Solid/ RM47,900 Metallic


Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015 - Premium X 1.3L (AT)
Myvi Premium X 1.3L AT

Spesifikasi Varian Myvi Premium X (tambahan/ perbezaan dari 1.3L Standard G) :
  • Front corner parking sensors
  • Radio CD player with MP3/WMA, USB and Bluetooth
  • Black and silver centre console
  • Leather-wrapped steering wheel with audio controls
  • Blacked-out B-pillars
  • Electrically-retractable side mirrors
  • Front foglights
  • Chrome door handles (interior and exterior)
  • Round rear spoiler
  • ABS, EBD and BA

Myvi SE 1.5L (MT) - Harga RM50,500 Solid/ RM50.900 Metallic
Myvi SE 1.5L (AT) - Harga RM53,500 Solid/ RM53.900 Metallic



Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015 - SE 1.5L (MT/AT)
Myvi SE 15L (MT/AT)

Spesifikasi Varian Myvi SE (tambahan/ perbezaan dari 1.3L Premium X) :
  • 1.5 litre 3SZ-VE DVVT engine with 102 hp and 136 Nm
  • “Sporty design” bumpers, side skirts, rear diffuser
  • Chrome exhaust pipe
  • Projector headlamps with LED guide lights
  • Clear LED taillamps
  • Contoured rear spoiler
  • 14-inch spiral-themed alloy wheels
  • Red-illuminated instrument cluster
  • Silver centre console
  • Fabric semi-bucket seats
  • Solar and security window film

Myvi Advance 1.5L (AT) - RM58,500 Solid/ RM58,900 Metallic


Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015 - Advance 1.5L (AT)
Myvi Advance 15L (AT)

Spesifikasi Varian Myvi Advance (tambahan/ perbezaan dari 1.5L SE) :
  • Leather semi-bucket seats
  • Leather-wrapped steering wheel with red stitching
  • Leather-wrapped gear knob
  • Five-piece PVC coil mats
  • Touchscreen multimedia system with navigation and reverse camera

Makluman : Harga Myvi Baru di atas adalah untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk pasaran lain di Malaysia, sila rujuk link berikut : Harga New Myvi 2015


Dapatkan serta pandu uji Myvi Baru 2015 ini disemua pusat jualan rasmi Perodua diseluruh negara mulai hari ini.

Tidak dinafikan juga, dengan kemunculan model naik taraf (facelift) Myvi baru ini nanti pasti akan menghangatkan pasaran kenderaan di Malaysia pada awal tahun 2015.

Panduan lengkap jaga kereta


Lihat juga ulasan perbandingan "Perodua Myvi 2015 vs Proton Iriz". Yang manakah pilihan anda?


Dilema Hala Tuju Perodua

Namun pada pandangan RM, walaupun Perodua mempunyai taraf kereta nasional kedua negara tetapi berikutan pegangan saham majoriti yang dikuasai oleh Toyota dan Daihatsu, ianya menyekat kemahiran dan peluang yang lebih besar buat jurutera tempatan mengembangkan bakat dan menguasai teknologi.

Perodua hanya mengambil model kereta Daihatsu atau Toyota yang sedia ada lalu dijenamakan semula dengan mengubah sedikit penampilan serta perbezaan eksosari. Maka, jurutera tempatan di Perodua jelas dilihat hanya pandai membuat dan mereka bentuk bumper, lampu dan sedikit eksosari dalaman.

Selagi Perodua hanya usahasama yang bermotifkan keuntungan, sampai bila-bila pun kita tidak akan dapat mempelajari teknologi serta kemahiran dari Toyota dan Daihatsu untuk meningkatkan tahap dan taraf industri automotif negara serta melahirkan jurutera automotif yang berkebolehan walaupun kita sememangnya terbukti mampu melakukannya.

Bilakah agaknya kita akan dapat melihat sebuah kenderaan Perodua dengan rekaan dan teknologi mereka sendiri? iaitu sebuah produk keluaran tempatan sepenuhnya seperti Proton.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

28 comments - "Model Perodua Myvi Baru (Facelift) 2015"

Blog Santai delete icon 10:41 PG

MYVI kereta mampu milik rakyat malaysia...ramai peminat kereta ni..part kepakaran anak tempatan tu kita pun tak pasti BM coz dah lebih 30 tahun automativ industri kat Malaysia ni..masih tahap sederhana..tak banyak perkembangan baru..hmmm...kat mana silap ya...

kuchalana delete icon 3:10 PTG

sekadar facelift je ada fungsi terkini akan dimasukkan

Unknown delete icon 4:34 PTG

Myvi facelift lebih esktrem dari Myvi skrg tapi ubah bumper

nampak lebih menarik dari yg sebelum ni... akan mampu memasukki pasaran yg semakin panas dengan kereta2 compat yg lebih bardayasaing...

cantik dan menarik... kereta Malaysia. boleh jadi kereta idaman 2015 nie..

Unknown delete icon 11:09 PG

mcm terover lak bumper depan tu ... jatuh hatu dgn honda jazz

HAMIDIsP delete icon 6:10 PTG

Hairan sebenarnya dengan jurutera tempatan, macam tak tahu nak buat rekaan yang menarik. Seolah-olah, yang penting ada! Macamana nak maju dan bersaing dengan pasaran dunia. Seumpama wanita tak cantik tapi hantaran mahal..hehe

Khir Khalid delete icon 12:06 PG

Pada saya kereta tempatan ni mcm tak ada kreativiti sendiri lagi.. dah berapa tahun pun masih dikuasai rekaan2 lain.. Sekadar jual dan untung jenama sahaja tapi jiwa kenderaan tempatan tu belum 100% ada lagi... wallahualam..

Bunda_nora delete icon 8:22 PG

Bunda rasa modelnye kurang menarik berbanding yang mula2 dulu...tapi tulah, anak bungsu bunda tengah usya2 jugak tu...

Yana Yani delete icon 4:37 PTG

saya setuju sangat dengan BM apabila membincang hal dilema
selagi usahasama ni berterusan, memang selamanya jiwa tempatan tak dapat diserap

Tanpa Nama delete icon 12:18 PG

Bilalah kathy nak dapat kereta baru..heheheh..

Cantik menarik dan terbaik ...Maklumat yang ckup lengkap

Fiza Rahman delete icon 12:56 PTG

Mampu tgk jer lah. Tak terfikir lagi nak tukar keta baru.

Tanpa Nama delete icon 7:40 PG

Nampak sangat meniru honda Jazz.. Tiada apa nak dibanggakan. Perodua hakikatnya bukan lahi syarikat tempatan sejak sekian lama

Facelift nampak sporty gitu..memang menarik

Cantik tu memang cantik cuma pada kakak kenalah cari idea sendiri tak mahu cedok-cedok dari luar. Kalau ada duit lebih kakak pun teringin juga:)

Fiza Rahman delete icon 4:27 PTG

Cantik. Tapi mampu tengok jer lah. Tak mampu poket nak beli .

Tanpa Nama delete icon 1:03 PG

Nak sebiji boleh..

Tanpa Nama delete icon 11:42 PG

Design myvi lagi best lebih cantik berbanding dengan myvi facelift 2015.

Unknown delete icon 2:32 PG

Bumper kena cat lebih sedikit

Tanpa Nama delete icon 12:04 PG

Mcm sma ja dia ubh ckit ja dr myvi lg best..

Tanpa Nama delete icon 12:06 PG

Mcm sma ja dgn myvi lg best tgal dia ubh ckt2 ja

kehadiran myvi baru ini telah ditambah beberapa kebaikan nya. Semoga myvi facelift 2015 ini menjadi terbaik di Asia Tenggara. Aminn

Tanpa Nama delete icon 10:29 PTG

mahey...alang² sambar alza terus....

Tanpa Nama delete icon 4:44 PTG

iriz lg lawa -_-

hansulaa delete icon 7:49 PTG

buruk macam dah takde idea

Assalamualaikum...satu penerangan yang cukup panjang dari tuan admin mengenai Myvi. Syabas diucapkan. Sekarang ada penurunan harga (Mei 2016) serendah RM447 sebulan (tertakluk kepada terma & syarat)

hanafi28 delete icon 12:08 PG

Serendah 447 tu deposit kena letak lebih bukan full loan..full loan campur interst jatuh berapa dah sebulan

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap