بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru lagi rasanya kita berada diambang 2015... tetapi kini sudah sampai pertengahan bulan Januari 2015. Cepat sungguh masa berlalu. Begitulah singkatnya masa kita di dunia ini. Oleh itu, janganlah kita mudah terleka dan lalai...
Hidup Ini Hanya Sementara - Hargai Masa |
Dari Ibnu Ibnu Umar r.a katanya: rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda: "Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara). Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau." - Riwayat Al-Bukhari
Huraian Hadis:
- Dunia adalah tempat untuk manusia beramal dalam jangka waktu yang tertentu dan bukanlah tempat untuk bermukim, bersenang lenang sepanjang hayat kerana kedudukan seseorang itu di dunia ini adalah seperti pedagang atau pengembara yang akan pulang ke kampung halaman tempat asalnya iaitu ke alam akhirat yang kekal abadi.
- Untuk itu, tiap-tiap amal ada masanya di mana apabila berlalu masa sesuatu amal, ianya tidak akan berulang kembali. Oleh itu orang yang mengerti dan memahami akan nilai masa, ia akan menyedari bahawa masa itu sebenarnya adalah umurnya. Setiap detik masa yang berlalu maka berkuranglah jangka hayatnya dan berkurang pula tempoh untuk beramal. Masa yang berlalu tidak akan dapat dikembalikan maka segala kekecewaan dan penyesalan selepas itu tidak berguna lagi.
- Oleh itu seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi hendaklah memelihara dan menjaga masanya daripada terbuang dengan percuma atau sebelum tiba waktu yang menghalang.
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara.
- Masa sihat sebelum sakit.
- Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
- Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
- Masa mudamu sebelum datang masa tua dan
- Masa hidup sebelum tiba masa mati."
Ingat Mengingati Dan Menasihati
"Demi masa... Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran." - Surah Al-‘AsrKehidupan kita di dunia ini hanya sementara. Hargailah masa kerana setiap detik yang berlalu itu tidak akan berulang kembali... Dan bersamalah saling ingat-mengingati dan menasihati kerana kita semua ini hanyalah insan yang lemah, mudah lupa, leka serta lalai... Sampaikanlah kebaikan walaupun hanya sebaris ayat...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Artikel : Dunia Hanya Sementara - Hargai Masa
13 comments - "Dunia Hanya Sementara - Hargai Masa"
salam jumaat...hargailah masa sebelum kerugian ditinggalkannya...isinya dgn amal ibadah n kebajikan yg banyak kerna sebenarnya iulah harta kekal milik kita...
Setiap bangsa kalau kita perhatikan pun dah punya peribahasa yg menunjukkan betapa masa sangat berharga. Islam sendiri sedari janin di dalam perut minta digunakan masa sebaik-baiknya utk dididik ianya menjadi anak yg terbaik seperti tuntutan agama. Tak ada satu masa pun yg dah terjadi boleh kembali semula..
“Dua nikmat yang kebanyakan manusia lalai daripadanya: Kesihatan dan masa yang lapang.” [Riwayat Bukhariy]
terima kasih atas perkongsian..
salam jumaat, terima kasih atas peringatan bersama..benarlah hidup di dunia ni hanya sementara, buat bekalan banyak-banyak untuk ke sana.
Benar. Malangnya kita sering alpa dan lupa peringatan Allah. Bila dah terhantuk barulah tersedar dari lamunan dan angan-angan kosong..
Masa, sedetik pun amat bernilai... Salam Jumaat BM ^-^
masa yang terlepas tidak akan kembali ^_^ hargailah setiap hari yang lalui
Demi masa... sesungguhnya manusia kerugian. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini BM... Salam Jumaat.. :)
ya dunia hanya sementara..sampai sekarang aku masih ingat ayat ustaz aku..sebenarnya umur kita semakin singkat..semakin hari semakin singkat..semakin menuju ke penghujung
Dunia hanya sementara. Seronok dunia pastinya takkan sama dgn indahnya akhirat. Terima kasih sbb selalu ingatkan kita yg lalai serta alpa ni.
Nikmat masa yang tak boleh diundur kembali. Memang terasa kerugian jika masa yang ada disia-siakan tanpa amalan yang bermanfaat
Sesungguhnya saat yg terindah hanya sementara.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”