بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap 11 Disember merupakan sambutan International Mountain Day atau "Hari Gunung Antarabangsa". Ianya telah ditetapkan oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bermula pada tahun 2003.
Ianya bermatlamat sebagai galakan buat masyarakat antarabangsa untuk mendedahkan serta memberi kesedaran akan kepentingan memelihara dan memastikan pembangunan mampan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi terhadap kehidupan manusia.
Ianya bermatlamat sebagai galakan buat masyarakat antarabangsa untuk mendedahkan serta memberi kesedaran akan kepentingan memelihara dan memastikan pembangunan mampan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi terhadap kehidupan manusia.
Sambutan Hari Gunung Antarabangsa wajar dilihat sebagai satu peluang untuk mengekang aktiviti pembangunan di kawasan pergunungan dan tanah tinggi secara tidak terancang, Semoga dengan adanya sambutan ini, ianya dapat memberi kesedaran dan membawa perubahan positif kepada gunung-gunung dan tanah tinggi di seluruh dunia.
Setiap tahun, Hari Gunung Antarabangsa disambut dengan tema yang berbeza. FAO (Food and Agriculture Organization) adalah organisasi dibawah PBB yang diberi mandat untuk memimpin dan mengorganisasikan sambutan Hari Gunung Antarabangsa.
Pertanian Pergunungan

Pergunungan dan tanah tinggi meliputi sekitar 27 peratus daripada permukaan daratan di muka bumi ini. Oleh itu pertanian di pergunungan dilihat semakin penting kerana kekurangan tanah di lembah yang semakin dihimpit arus kemajuan. Peluang ini bukan sahaja memberi rezeki dan kesejahteraan kepada 720 juta orang yang tinggal di pergunungan di seluruh dunia tetapi secara tidak langsung memberi faedah kepada berbilion manusia lain.
Kawasan pergunungan mampu memberikan hasil pertanian yang tinggi berikutan sumber air yang bersih, tanah yang subur serta suhu dan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan. Walau bagaimanapun gunung-gunung ini juga mempunyai risiko yang tinggi dimana ianya sangat sensetif terhadap sebarang perubahan iklim, penebangan hutan dan kemusnahan struktur yang mengakibatkan degradasi tanah dan bencana alam.
Kini, ianya menjadi satu cabaran yang besar dalam mempertingkatkan aktiviti pertanian di kawasan pergunungan kerana dalam membantu masyarakat untuk membasmi kemiskinan tetapi pada masa yang sama perlu prihatin terhadap degradasi ekosistem pergunungan yang rapuh.
Transformasi Ekonomi Penduduk di Pergunungan
Oleh itu Hari Gunung Antarabangsa 2014 kali ini memberi kesempatan untuk memperlihatkan realiti bagaimana keluarga petani di kawasan pergunungan yang kini sedang mengalami transformasi yang menggusarkan disebabkan oleh pertumbuhan penduduk, globalisasi ekonomi, masalah pemanasan global serta penghijrahan lelaki dan belia ke kawasan bandar.
Namun, perubahan ini juga telah mengubah aktiviti ekonomi penduduk setempatan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pergunungan telah mempelbagaikan pendapatan mereka dengan aktiviti seperti pelancongan dan produk bernilai tinggi seperti kraftangan hasil dari sumber alam di pergunungan.
Ianya membuka peluang kemasukan pelaburan khusus untuk meningkatkan pertanian keluarga kepada bentuk perladangan berskala besar lalu meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana pendapatan.
Menjaga Dan Memelihara Pergunungan
Seharusnya dalam menggalakkan pertanian dan kemajuan perusahaan di pergunungan dan tanah tinggi ini, ianya mestilah dilakukan secara terancang, teratur serta pemantauan yang ketat dengan matlamat mengurangkan kemusnahan alam sekitar.
Kita telah lihat kesan buruk yang berlaku akibat kemusnahan alam semulajadi di Tanah Tinggi Cameron Highland yang akhirnya mengakibatkan bencana dan malapetaka. Ianya menjadi satu pengajaran yang berguna sebagai peringatan.
Kita telah lihat kesan buruk yang berlaku akibat kemusnahan alam semulajadi di Tanah Tinggi Cameron Highland yang akhirnya mengakibatkan bencana dan malapetaka. Ianya menjadi satu pengajaran yang berguna sebagai peringatan.
Oleh itu sambutan Hari Gunung Antarabangsa ini wajar diberi pendedahan agar kita semua menghargai ciptaan Ilahi kerana setiap ciptaannya pasti bersebab dan saling melengkapkan. Oleh kerana ketamakan dan kepentingan peribadi sesetengah manusia, ianya telah mengundang sengsara kepada ramai manusia lain yang tidak bersalah.
Gunung Ganang Dalam Islam
Cintai dan peliharalah Pergunungan dan Tanah Tinggi kita kerana setiap ciptaan Allah swt itu ada fungsi dan hikmahnya :
“Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?”(Surah al-Nahl: 17)
Bukti kepentingan gunung dan fungsinya :
“Bukankah Kami telah menjadikan bumi ini sebagai hamparan. Dan gunung-gunung sebagai pasak?” (Surah an-Naba; 6-7)
“dan Dia menciptakan gunung-gunung di muka bumi supaya tidak bergoyang bersama kamu” (Surah Luqman;10)
“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)
“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak ) bergoncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas agar mereka mendapat petunjuk.” (Surah al-Anbiya; 31)
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
p/s : Selamat menyambut 'Hari Gunung Antarabangsa', cintailah alam sekitar kita dan selamat bercuti kepada warga Negeri Selangor! :)
Artikel : Sambutan Hari Gunung Antarabangsa
31 comments - "Sambutan Hari Gunung Antarabangsa"
akak pun tak tau adanya sambutan utk Hari Gunung ni...:(
Artikel menarik BM.. Nurul suka bercuti ke tanah tinggi.. suka dengan pemandangan dan cuacanya
menarik . singgah sini :)
http://www.blogparihh.com/
nice...mohon share :)
kat sinilah saya tahu ada mcm2 sambutan kat dunia ni ...
ada juga rupanya hari gunung eh..
Wow baru saya tahu benda ni.
Gunung ni besar manfaatnya terhadap alam sekitar. Selain menyokong ekosistem seperti flora dan fauna, gunung ganang juga adalah punca dari kebanyakan sungai-sungai di mana ianya memberikan manfaat besar kepada umat manusia secara keseluruhannya.
Untung juga jadi gunung yer...
gunung ganang adalah paku bumi yg menetapkan lempengan bumi pada tempat nya... ada termaktub dalam Al-Quran... jangan cuba2 dirosakkan kesemulajadiannya... maka lempengan bumi akan cepat rosak... saya suka gunung, suka laut, suka lembah, suka hutan... Selamat Hari Gunung semua
serius nie bro..hari nie baru aku tahu adanya hari gunung antarabangsa
Bukan akak sahaja...memang ramai yg tak tahu.
Saya pun suka bercuti di tanah tinggi... :)
Terima kasih...singgahlah selalu :)
Silakan... dan dialu-alukan... TQ :)
Informasi dikongsi bersama... :)
Informasi dikongsi bersama... :)
Tepat sekali apa yang diperkatakan oleh SY! Kalaulah semua orang berfikiran sebegini, alangkah baiknya
Setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya...
Kalau semua orang pencinta alam seperti anda, mesti terjaga alam semulajadi
Semoga bertambah ilmu pengetahuan... itulah matlamat RM
baru tahu..ada hari gunung..jahil sungguh saya nie
Assalamualaikum BM..saya belum pernah dengar tentang Hari Gunung. Terima kasih kerana memberi penjelasan bersama-sama dalil naqli.
termasuk saya juga..baru tahu juga nie
Saya baru tau ttg hari gunung antarabangsa.. selama ni pernah panjat je beberapa gunung tapi tak tau ttg sambutan ni hehee. Thanks sharing BM.. :)
Asalam BM ooo baru tahu 11/12..terlepas ikuti baru tahu. Terima kasih perkongsian ..sangat mengkagumkan dan terbaik hari gunung antarabangsa..betul gunung kena pelihara untuk kita nikmati keindahannya
eh..baru tahu ada Hari Gunung..betapa tertinggalnya diri ini..
baru tahu pasal nih. terima kasih dengan perkongsian info ini.
Cikgu kena bagitau anak murid nanti ni... hehe
Cantiknya gunung2 tu. Baru tau ada hari gunung antarabsngsa ☺
hari gunung lah pula, new info pada saya ni
mana BM dapat semua maklumat ni ye
kagum saya dengan usaha BM ni
saya perasan sejak follow blog ni, tak pernah lari dari konsep alam semulajadi
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”