بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Satu Hari Satu Hadis - Widget Hadith Sahih
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam minggu lepas semasa berkunjung ke blog Titisan Nurani, terlekat difikiran akan satu entri beliau iaitu : bacalah sehari satu hadis.

Walaupun hanya sebuah entri Wordless Wednesday tetapi memberi kesan yang amat mendalam sekali. Bagaimana dapat kita membaca satu hari satu hadis sedangkan sumbernya perlu kita cari? Sudah pasti misi tersebut amat sukar dijadikan amalan.

Terfikir pula, sebagai seorang blogger sudah pasti blog akan dibuka setiap hari oleh itu alangkah mudah jika ada sebuah hadis di blog, sudah tentu ianya memberi kemudahan untuk dibaca setiap hari. Namun masalahnya, pasti akan terpapar hadis yang sama sahaja.

Kalau nak update setiap hari pula mesti akan ada hari yang tertinggal akibat kesibukan. Alangkah bagus dan mudah jika ada widget atau gadget yang memaparkan pelbagai hadis yang berbeza-beza setiap masa mahupun setiap hari.

Widget Hadith

Jika anda menggunakan 'google search', banyak sekali widget atau gadget hadis yang boleh digunakan oleh blogger untuk memaparkan hadis di sidebar blog anda. Namun yang menjadi persoalannya, dari manakah sumber hadis tersebut? Adakah ianya benar-benar hadis sahih dan boleh dipercayai?

Hampir kesemua widget juga hanya memaparkan hadis tanpa sebarang huraian untuk memahami maksud sebenar hadis tersebut. Oleh itu anda perlu membuat andaian mengikut pemahaman sendiri.

Kelemahan-kelemahan ini mungkin akan digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk mengelirukan dan menyesatkan akidah umat Islam terutama sekali jika anda kurang ilmu pengetahuan tentang agama Islam.

Widget Hadith Relaks Minda

Sejak dari itu, mula untuk belajar membuat widget sendiri, namun agak sukar kerana kebanyakkan tutorial gagal menghasilkan seperti yang dikehendaki. Akhirnya terjumpa aplikasi mudah untuk membuat widget. Maka melaluinya, terhasillah sebuah widget hadith untuk blogger.

Kelebihan widget hadith Relaks Minda ini :
  • Ianya adalah hadis terbukti sahih yang dikumpul dan terbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Bagaimana anda boleh mengesahkannya? Hanya perlu klik pada tajuk hadis... Anda akan di link terus ke website JAKIM yang memaparkan hadis tersebut. Oleh itu, tiada keraguan terhadap status hadis yang dipaparkan.
  • Ianya lengkap bersama dengan huraian. Maka anda boleh memahami dengan lebih jelas akan maksud hadis tersebut.
  • Ianya juga memaparkan pilihan hadis secara random setiap 60 saat (boleh diubah setting), maka anda akan dapat hadis-hadis yang berlainan.
  • Script html yang lengkap untuk anda melakukan sebarang ubah suai terhadap paparan widget.

Contoh Paparan Widget Hadith - sidebar width 300px

Satu Hari Satu Hadis - Widget Hadith Sahih

Berminat dengan widget ini! Anda hanya perlu copy semua code di bawah ini. Kemudian pergi ke halaman blogger anda :


Blogger --> Layout --> Add a Gadget --> HTML/JavaScript
Paste semua code dan SAVE. Kini widget hadith ini aktif sepenuhnya.


Jika anda ada sebarang masalah atau ingin mengubah code serta paparan, sila kemukakan di ruangan komen entri ini.

Semoga dengan adanya widget ini dapat merealisasikan matlamat kita semua untuk membaca dan memahami satu hari sebuah hadis. Al-Quran dan Hadis... panduan kehidupan kita semua buat bekalan di alam barzakh dan di akhirat kelak.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

40 comments - "Satu Hari Satu Hadis - Widget Hadith Sahih"

fyna delete icon 10:20 PG

bagus widget nih. boleh lah fyna pasang kat blog fyna nanti.

Aretikz delete icon 10:39 PG

Terbaik.. malah ustaz Ebit Lew pun nasihat, sekurang-kurangnya kongsilah satu hadis di dalam rumah..

paridah delete icon 10:58 PG

SALAM JUMAAT BAGUS SEKALI PERKONGSIANNYA...HADITH YG DIPAPARKN DIBLOG MESTI DARI SUMBER YG DIYAKINI KESAHIHANNYA...

adarain delete icon 11:11 PG

Perkongsian yang menarik, Sebelum kita mempercayai satu hadith kita kena tahu siapa periwayat kerana tak semua periwayat hadith adalah kategori hadith yang sahih.

Khir Khalid delete icon 11:14 PG

Allahuakbar... hari yg mulia dgn perkongsian ilmu yg bermanfaat.. menarik sungguh ni BM. Saya minta izin nak pasang juga, mudah2an kebaikan dpt dikongsikan bersama.. T kasih & salam ceria di hari Jumaat yg berkat.. :) :)

Etuza Etuza delete icon 11:15 PG

As'salam BM betul apa yang dihujahkan...terbaik ..InshaAllah akan terjah blog BM setiap hari pun satu nikmat dan kesempatan..

Khir Khalid delete icon 11:18 PG

Saya dah pasang... terima kasih. Semoga Allah memberkati dgn segala kebaikan... aamiin.

tak dapat pasang..sebab ber blog pakai hp..tak tahu nak copy paste

Nice share :)

Kathy R'bain delete icon 12:29 PTG

wah..sungguh² baik ni.. kreatiflah BM.. terima kasih yer?

Kakzakie delete icon 1:08 PTG

Kalak baru balik dari KPJ sebenarnya. Tapi bila terbaca komen ada special tu yg kakak dtg ni. BM punya idea yg kritis. Sebaiknya cari buku hadis yg sohih kemudian upload sehari satu. Beribu org menghayatinya ada saham buat BM. Kakak puji usaha terbaik ini. Syabas!

alhamdulillah. kongsi maklumat yg dapat tanam pahala di akhirat kelak. good info bro :)

Menarik widget ni. Terima kasih BM. SP pun nak cuba juga ni nanti..:)

Aishah Amin delete icon 4:44 PTG

Sangat menarik. Semoga usahamu diganjari Allah SWT. Mahu juga letak dlm blog saya

Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

mselim3 delete icon 7:05 PTG

Assalammualaikum... BM,

mselim3 pernah letak widget nie dulu kat blog... disebabkan ada masalah tertentu terpaksa mselim3 remove widget hadis nie...

mselim3

Saya baru buat semalam widget ni, mcmne mselim boleh letak widget ni dulu?

Semoga berguna buat anda dan orang lain, terima kasih... :)

Alhamdulillah... semoga kita kongsikan pula satu hadis di dalam blog :)

InsyaAllah... yang ini adalah dari JAKIM.

Betul tu, sebab tu sumber tempatan yg paling diyakini adalah dr pihak JAKIM sendiri.

Terima kasih KK, semoga ianya memberi manfaat bersama :)

Waalaikumsalam cikgu,
Buat sekadar termampu...semoga ia bermanfaat utk semua.

Yg ini memang xdpt nak tolong...sebab saya pun xguna hp. Lain2 ketika jika guna pc... cubalah ye.

Sekadar membuat yang termampu. Semoga bermanfaat buat mereka yg memerlukan dan dikongsi bersama.

Assalammualaikum... BM,

widget untuk satu hari satu hadis ini sebenarnya dah lama... kalau tak silap mselim3 pernah guna masa tahun 2010 .. ada yang keluaran JAKIM dan ada yang dibuat oleh sesetengah pereka blog ... mselim3 remove sebab ada error .. insaallah mungkin pihak jakim telah buat penambahbaikan..

mselim3

sangat bermanfaat widget tu bro...

Tapi yang ini bukan keluaran dari JAKIM atau sesiapa, sebab scrip html tu saya buat sendiri melalui aplikasi dari rssmikle. Saya sendiri yg format. Mungkin tajuk widget dan kandungan yg serupa spt yg pernah mselim guna sblm ni maklumlah ianya di feed dr JAKIM.

Belog Santai delete icon 12:04 PTG

Thanks BM...Widget yang perlu ada di semua Blog ni...

sangat bagus aplikasi ini..selain dapat ilmu dan pahala

dah pasang . semoga widget ini beri manfaat kpd pembacanya ...

Perkongsian yang menarik admin. Saya tak pasang lagi wiget ni. Kalau pasang rasanya ok jugak....terima kasih ya atas informasinya.

kakiblog delete icon 1:43 PG

syukur..ada wiget penambah pahala...

Fiza Rahman delete icon 2:49 PTG

Bagus ni. Thanks atas perkongsian BM. Nak letak kat blog jugak nanti ☺

Yana Yani delete icon 2:33 PTG

saya dah letak BM
terima kasih BM, moga kita semua peroleh manfaat

Alhamdulillah.. tercari2 juga widget yang tak ragu2 macam ni, pernah letak dulu, tapi sakit hati dengan iklan yang sepakej dengan widget tu, Iklan jodoh.. lama2 Nurul remove.. minta izin ye BM dah pasang kat blog Nurul.. Semoga BM dan keluarga dikurniakan kesihatan, rezeki dan umur yang panjang.. in shaa Allah

terima kasih untuk widget hebat ini. mohon izin saya guna yer.

Maria Firdz delete icon 3:46 PTG

terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini...

kathy dah guna widget ni kat BKR..tqsm BM...

exo sjon delete icon 9:48 PTG

terims ksdih copas widget nice blog dari newbie www.noteblogeko.blogspot.com

Tanpa Nama delete icon 2:26 PTG

assalamualaikum . maaf mengganggu . tapi saya tak dapat tengok paparan coding yang bm buat . macam mana ye ?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap