بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alam ini sungguh indah dan mempersonakan. Ciptaan yang sungguh sempurna untuk kehidupan semua makhluk. Setiap satu saling melengkapi dan memerlukan untuk mengikut aturan yang telah ditetapkan. Ianya membentuk satu kitaran sempurna dalam memberi kestabilan dan kelangsungan yang berkekalan.

menjaga bumi ini tanggungjawab kita semuaBumi berputar sambil mengelilingi matahari lalu menjadikan siang dan malam sambil melengkapkan kitaran musim setahun. Atmosfera pula melindungi kepanasan lalu menstabilkan suhu alam.

Daya graviti memaku semuanya dipermukaan bumi agar tidak berterbangan. Lautan menjadi sumber air utama melalui proses pemeluawapan dan hujan. Tumbuhan yang menghijau menjadi enjin menjana oksigen dan karbon dioksida untuk semua hidupan. Binatang pula menjadi pelengkap rantaian kehidupan. 

Manakala gunung, bukit, sungai, tasik dan lembah membentuk keseimbangan daratan. Begitulah diantara bukti akan kesempurnaan alam dan fungsinya.

Lalu hadirlah manusia di muka bumi ini untuk menjadi khalifah bagi mengurus dan menjaga segala yang sedia ada agar sentiasa berfungsi seperti yang sepatutnya.

Nabi Muhammad SAW bersabda; "Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya." (Al-Tirmizi)

Namun manusia terlalu rakus, tamak dan taksub dengan kepentingan peribadi. Kehidupan manusia seolah-olah amat berkuasa dengan memonopoli segalanya tanpa menghiraukan lagi akan kepentingan dan kestabilan alam ini. 


Bukan Perkara Baru

Hutan dimusnahkan, bukit bukau diratakan, segala isi perut bumi dikeluarkan dan tasik serta sungai dinodai atau ditimbus. Tanah, sumber air bersih serta udara semakin tercemar diakibatkan oleh keperluan pembangunan, pertambahan populasi dan bahan buangan. Iklim serta suhu menjadi tidak menentu dan semkin ekstrem.

Apabila alam ini diganggu aturan dan fungsinya maka berlakulah malapetaka akibat ketidakstabilan lalu terjadilah bencana banjir, gempa bumi, ribut taufan, tsunami, hujan asid, kemarau, tanah runtuh, mendapan dan sebagainya yang akhirnya membawa kemusnahan besar dan korban yang tinggi.

Masalah bencana alam ini bukanlah sesuatu perkara baru tetapi kini ianya kian kerap dan amat luar biasa sekali pabila berlaku. Kadar kemusnahan alam yang semakin pantas telah menyebabkan alam ini semakin tidak stabil untuk berfungsi seperti biasa. Kitaran serta aturannya telah terganggu.

masa depan bumi bergantung kepada tindakan kita masa kini
Jangan dah terantuk baru tengadah

Semuanya ini disebabkan oleh manusia, khalifah yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga tetapi telah melakukan sebaliknya

"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)


Bumi Planet Biru

Dalam sistem cakerawala ini, kita masih belum temui lagi planet yang sama seperti bumi, iaitu sebuah Planet Biru yang sesuai didiami oleh semua hidupan. Bumi bergelar planet biru kerana dari angkasa, ianya kelihatan seperti sebuah bebola berwarna biru. Ini adalah berikutan lebih dari 70 peratus permukaan bumi dilitupi oleh air. Jelas sekali air adalah sumber utama kewujudan dan kehidupan bumi.

bumi planet biru
"Dia yang cipta langit dan bumi dalam enam hari, dan Arasy-Nya di atas air, kerana Dia hendak uji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik dalam amalannya." Surah Hud (11:7)

Apabila bumi sudah semakin tenat, tandus dan kontang serta tidak sesuai untuk didiami maka gelaran planet biru pada masa itu sudah tidak lagi sesuai digunakan. Pada ketika itu, masih adakah peluang untuk kita mengubahnya semula? Bagaimanakah pula nasib generasi kita pada masa akan datang?


Di Buru Sesalan

Mungkin pada masa bumi ini bukan lagi bergelar Planet Biru, kita sudah tiada lagi. Namun, aman dan tenangkah roh kita pabila melihat cucu cicit kita hidup dalam penderitaan dan kesukaran?

Ketika itu, tiada lagi alam yang indah dengan tumbuhan yang menghijau, langit dan lautan yang membiru, sungai dan tasik yang jernih serta binatang yang bebas berkeliaran. Tiada lagi udara dan air yang bersih, tanah yang subur dan kurangnya sumber makanan. Bumi kian tandus dan kontang akibat dari bencana alam, cuaca serta suhu yang ekstrem.

Semuanya akibat dari kegagalan kita untuk menjaga dan menguruskan alam ini seperti yang telah diamanahkan. Kita akan terus-terusan dipersalahkan!

di buru sesalan berpanjangan akibat tidak bertanggungjawab

Pada masa itu, barulah kita akan diburu sesalan. Kita diburu rasa bersalah namun segalanya sudah terlambat. Segala kenikmatan, ketamakan dan kerakusan kita masa kini, akan ditanggung akibatnya oleh generasi masa hadapan. Kita terlalu pentingkan diri sendiri! Kita amat kejam!

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya." (pepatah Melayu)


Azam Baru, Planet Biru, Tidak Di Buru

Kini kita semua perlu berubah! Kita masih punya waktu untuk bertindak kerana alam ini masih belum musnah. Mulakan dengan Azam Baru untuk mengekalkan Planet Biru ini agar kita semua tidak Diburu Sesalan dikemudian hari.

Berikut adalah diantara beberapa langkah untuk melestarikan alam sekitar yang boleh kita lakukan bagi merealisasikan azam baru ini :

Jaga dan kekalkan alam semulajadi.
  • Perbanyakkan hutan simpan dan taman negara di darat dan laut.
  • Menghadkan penerokaan hutan
  • Menghijaukan kawasan kediaman
  • Menghentikan merata bukit dan menimbus sungai
  • Perancangan dan kajian terperinci apabila membuka penempatan baru

Berubah kepada amalan kehidupan yang lebih mesra alam.
  • Teknologi hijau dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya
  • Jangan lakukan pembakaran terbuka
  • Memakai dan menggunakan barangan yang mesra alam (tidak mencemarkan)
  • Gunakan bahan dan sumber organik
  • Memupuk kesedaran bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama

Kurangkan bahan buangan dan lakukan kitar semula.
  • Kurangkan penggunaan barang pakai buang
  • Gunakan semula bahan terbuang
  • Jangan membazir dan terlalu bermewah-mewahan

Azam Baru - Planet Biru - Tidak Di Buru Sesalan

Masa depan bumi ini bergantung kepada tindakan kita pada hari ini. Semoga dengan kesedaran untuk melakukan perubahan ini dapat memberi faedah dan manfaat bersama demi kehidupan yang lebih aman, damai, selesa, serta sejahtera untuk masa kini dan masa hadapan.

“Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita.” - Chief Seattle


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

21 comments - "Azam Baru Kekalkan Planet Biru Agar Tidak Di Buru"

Assalamualaikum BM....sorry lama x singgah dek kesibukan dunia..Moga planet biru ini terus terpelihara dan terpulihari dr sebarang pencemaran.

natura delete icon 3:41 PTG

Manusia hidup kena seiring dengan alam.
Kacau alam, hidup kita jadi tak selesa.
Terlalu panas, hujan sampai ke banjir.
semua tue disebabkan rakus manusia.

Fiza Rahman delete icon 3:49 PTG

Bumi memang dah semakin tenat disebabkan oleh tangan manusia sendiri. Sedih tengok hutan kena tarah dan Sungai penuh sampah sarap.

guliroket delete icon 4:52 PTG

orang kita memang banyak dah jahanamkan planet kita ni.

padang bola pun dah kurang sekarang ni.

paridah delete icon 6:16 PTG

planet biru yg indah ini diamanahkan kpd manusia mengurusnya...sbg khalifah dunia berat sekali tanggungjawabnya tapi itulh kwwajipan yg termaktub...

Tanpa Nama delete icon 11:09 PTG

manusia tidak menghargai keindahan buminya..sedih..

HAMIDIsP delete icon 9:16 PG

Sememangnya tidak mampu dinafikan lagi kerosakan telah berlaku di muka bumi. Cuaca tidak lagi bermusim, hujan datang 'sesuka hati', perginya seolah 'tak lagi kembali'. Buah-buahan adakalanya berbuah sepanjang masa, adakalanya tidak berbuah langsung. Bencana alam seolah tontonan setiap masa..

entri terbaik juga dari bro..semoga berjaya bro

onlajer delete icon 3:45 PTG

ya saya baru pulang dari kampung , dulu dalam parit ada juga udang dan ikan untuk dijadikan lauk , tetapi sekarang susah sekali untuk mencari nya

Unknown delete icon 6:32 PTG

bumi seperti juga manusia . elok mcm mana kita menjaganya , sampai masa akan hilang juga . itulah yg Allah sudah tentukan ...

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Sama-samalah kita menjaganya...

BinMuhammad delete icon 11:38 PG

Musibah yg melanda ada sebabnya, masa untuk kita semua bermuhasabah

BinMuhammad delete icon 11:39 PG

Sudah jelas dinyatakan dalam al-quran...kita lakukanlah apa yg termampu

BinMuhammad delete icon 11:40 PG

Bukan orang lain pun kan...

BinMuhammad delete icon 11:41 PG

Benar, amanah kepada kita semua selagi kita bernyawa dan planet biru ini wujud

BinMuhammad delete icon 11:41 PG

Jangan bersedih...masih ada masa utk kita semua mengubahnya

BinMuhammad delete icon 11:42 PG

Bencana berpunca dari tangan manusia sendiri...dan kini, kita jugalah yg menanggung akibatnya

BinMuhammad delete icon 11:44 PG

Semoga berjaya juga buat BL. Entri bro juga terbaik... :)

BinMuhammad delete icon 11:45 PG

Benar...samalah mcm kampung saya, hanya spesis ikan2 tertentu sahaja yg masih ada berbanding dulu...macam2 ada!

BinMuhammad delete icon 11:48 PG

Namun selagi kita masih bernyawa, adalah amanah dan tanggungjawab kita utk menjaga bumi ini dengan sebaiknya walaupun kita tahu ianya akan musnah jua.. Ini adalah kewajiban kita sebagai khalifah di bumi Allah.

terima kasih atas rencana yang menarik ni BM... suatu ketika dulu gurun Sahara di Afrika adalah hutan juga seperti mana Amazon di Amerika sana... tapi sampai putaran masa dan pegangan tangan manusia, semuanya tinggal jadi apa yang kita lihat sekarang.... apa nak buat... di masa depan keadaan yang sama akan wujud juga di mana mana

salam jumaat

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap