بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Idea Kreatif Amalan Kitar Semula: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Barang-barang terbuang dan tidak dipakai masih boleh digunakan semula untuk dijadikan sesuatu benda lain yang menarik dan berguna. Kreativiti kitar semula barang terbuang ini boleh kita lakukan sendiri andai anda rajin dan punya masa terluang.

Idea Kreatif Amalan Kitar SemulaWalaupun kadangkala agak rumit dan tidak punya kemahiran, namun idea kitar semula ini boleh kita dedahkan kepada anak-anak untuk mereka lakukan sambil belajar menghargai barang-barang terbuang ini.

Aktiviti yang mampu membuka minda serta meningkatkan kemahiran mereka disamping menyemai amalan kitar semula demi menjaga alam sekitar. Bimbingan dan dorongan dari anda semualah yang akan menjadikan amalan kitar semula ini menjadi satu budaya dimasa akan datang.

Idea Kreatif Kitar Semula

Berikut beberapa idea kreatif kitar semula yang boleh dijadikan panduan dan rujukan serta boleh kita lakukan bersama. 

Idea Kreatif Amalan Kitar Semula
Sekeping papan, kain dan kocek seluar jean. Dari bahan-bahan tersebut, maka terhasillah satu tempat menyimpan yang unik di dinding rumah anda. 

Idea Kreatif Kitar Semula
Bagi penggemar gubahan bunga, pastinya ini merupakan idea kreatif yang tidak asing buat anda. Dengan menggunakan botol terbuang, satu kuntuman bunga yang menarik boleh dihasilkan. Bunga yang sentiasa berkembang dan mudah dijaga!

Idea Kreatif Kitar SemulaIdea Kreatif Kitar Semula
Ini adalah bekas stationary yang dikitar semula dari disket lama dan keyboard komputer. Zaman telah berubah dan semakin canggih. Semuanya hanya melalui sentuhan di skrin dan usb serta memori kad telah menggantikan zaman disket ini. Daripada dibuang...mungkin dengan cara ini ianya dapat digunakan semula. 

Idea Kreatif Kitar Semula
Satu lagi bahan terbuang yang boleh anda jadikan bekas stationary ini adalah gelung tisu. Jika dah jadi...pasti ada yang berebut inginkannya!

Idea Kreatif Kitar Semula
Peti telivisyen lama ini agak sukar dilihat masa kini. Jika anda masih ada menyimpannya,.. daripada terbiar, anda boleh kitar semula menjadi akuarium atau tempat menyimpan buku dan alatan. Ianya sangat unik dan antik lalu menjadi satu tarikan dan tinggalan kenangan yang bersejarah 

Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari cawan plastik atau kertas
.
Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari guli

Idea Kreatif Kitar Semula
Lampu hiasan dari tutup botol

Kesemua lampu hiasan diatas merupakan antara idea kitar semula yang boleh anda lakukan. Hasilnya memang menarik dan mungkin boleh dijual. Namun perlu ada bimbingan dari mereka yang pakar dalam pendawaian elektrik agar ianya tidak mendatangkan risiko bahaya. 

Idea Kreatif Kitar Semula
Idea Kreatif Kitar Semula
Idea Kreatif Kitar Semula
Antara barangan terbuang yang tidak bernilai adalah tayar kenderaan. Jangan sesekali dibakar kerana ianya mencemarkan udara dan asapnya bertoksid. Terbiar merata-rata pula boleh mendatangkan bahaya apabila menjadi sarang untuk nyamuk aedes dan binatang berbisa.

Mungkin idea kreatif kitar semula seperti diatas boleh anda lakukan agar tayar-tayar terbuang ini berguna dan menarik untuk dipandang. 

Idea Kreatif Kitar Semula
Idea Kreatif Kitar Semula
Satu lagi idea kreatif kitar semula botol plastik yang menarik yang boleh kita semua lakukan. Mudah dan senang. 

Menyumbang Kepada Amalan Kitar Semula

Semua idea kreatif kitar semula barang terbuang dan terpakai ini boleh anda praktikkan. Seperti yang telah dikatakan diawal-awal tadi, ianya mungkin sukar buat kita yang kurang kemahiran atau tiadanya masa terluang. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh menyumbang kepada amalan kitar semula.

Cukuplah dengan hanya mengumpulkan barang-barang tersebut dan jual. Jika tidak dijual pun, asingkanlah barang-baramg tersebut mengikut jenis dan berikan kepada lori sampah yang mengutip sampah di tempat anda. 

Ketahuilah bahawa setiap PBT akan mengambil barangan terbuang yang telah diasingkan ini untuk dihantar di pusat kitar semula, maka  anda juga telah menyumbang kepada pengurangan pembuangan sampah domestik dan pemeliharaan alam sekitar!

Jom! kitar semula bersama-sama :


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

16 comments - "Idea Kreatif Amalan Kitar Semula"

menarik! jom kitar semula!

BM... idea yg superb.... kalau tetiba nak buang apa apa pun jugak... termenung kejap dan masuk website tu... mesti ada boleh buat sesuatu... tapi jangan jadikan beban pulak.. ingat nak jimat tapi membeli lebih pulak sebab nak cantikkan barang tu... hati hati

titan delete icon 6:32 PTG

okeh.

memang kreatif habis nih.

paridah delete icon 9:47 PTG

SEMUANYA PERLUKAN KERAJINAN N KREATIVITI AGAR BHN TERBUANG DIKITAR SEMULA UTK KEGUNAAN TANPA MEMBAZIRKNNYA...

memang kreatif dan lawa semua nie bro

sungguh2 la kreatif...mesti cantik rumah kalau semua dihias macam ni

HAMIDIsP delete icon 1:21 PTG

Kreatif. Malangnya kita yang membaca ni pula tak kreatif. Banyak nak kena belajar kalau nak buat sendiri ni..

Kerja-kerja kraftangan dari bahan terpakai ni memang menjimatkan selain dari mencantikkan suasana. Cumanya, kraftangan bahan terpakai ni perlukan keras tangan supaya seninya lebih tampak anggun. Hehe

Fiza Rahman delete icon 3:51 PTG

Kretif sangat. Bijak lah orang yang bagi idea nih.

Kalau kreatif benda terbuang pun bole jadi buat duit kan.. cantik sangat lampu hiasan tu..

Tanpa Nama delete icon 11:11 PTG

memang kreatif..suka tengok..

BinMuhammad delete icon 11:33 PG

Tapi kalau hasilnya berbaloi...apa salahnye, hehe

BinMuhammad delete icon 11:34 PG

Nak keraskan tangan tu yang buatkan ramai akan angkat tangan... :)

BinMuhammad delete icon 11:35 PG

Betul kak...kalau malas, apa2 pun tak jadi...

BinMuhammad delete icon 11:36 PG

Tak pe... jka tak kreatif, kita jual jer barang kitar semula ni...ada juga pulangannya.

weschairs delete icon 4:30 PTG

Yang tayar tu sempoi

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap