بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam dihujung minggu... Semoga semua sahabat dan tetamu Relaks Minda dalam keadaan sihat dan diberkati Allah SWT. Santai dihujung minggu ini...sambil menikmati keindahan ciptaan Ilahi... bersama kita bersyukur di atas segala kurniaan dariNya. 

Hidup ini tidak lengkap tanpa bersyukur. Bersyukurlah yang dapat memberi kepuasan di atas segala nikmat yang diberi. Bersyukur dapat mendidik diri agar tidak terlalu bangga, sombong dan ego kerana segala yang diterima adalah atas izin dariNya.

Bersyukurlah... Sesungguhnya syukur itu pembuka jalan untuk lebih berjaya dan membentuk sifat diri menjadi seorang yang mulia serta akhlak terpuji...

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Bagaimana hendak menzahirkan rasa syukur? Menurut Imam Al Ghazali, bersyukur boleh dilakukan dengan empat cara berikut: 

1. Syukur dengan hati
Menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat baik kecil atau besar adalah semata-mata anugerah dan kemurahan Allah SWT.

2. Syukur dengan lisan
Ucapan ''Alhamdulillah'' tatkala hati yakin sepenuhnya dengan nikmat yang diperolehi semata-mata anugerah dari Allah. Meski pada zahirnya nikmat atau rezeki berkenaan diperolehi daripada seseorang.

3. Syukur dengan perbuatan
Perbuatan menggunakan segala nikmat yang diterima dijalan yang diredhaiNya. Umpamanya menggunakan harta untuk berzakat, sedekah dan beribadah kepada Allah. Pancaindera pendengaran  dan penglihatan digunakan untuk mendengar dan melihat ayat-ayat dan kebesaran Allah dan tujuan utuk kebaikan semata-mata.  

4. Menjaga nikmat dari kerosakan
Umpamanya nikmat kesihatan, perlu dijaga secara yang sepatutnya agar terhindar dari penyakit. Yang lebih utama menjaga nikmat iman dan Islam dari sebarang bentuk ancaman. Iman dan Islam dapat dipupuk antaranya dengan mendirikan dan menjaga solat, membaca Al Quran, berzikir, berdoa dan menghadiri majlis ilmu.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Surah An-Nahl, (16: 78 ) yang bermaksud : 
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani, agar kamu bersyukur.”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah An-Nahl (53) yang bermaksud : 
“Segala nikmat yang ada pada kamu (berasal) dari Allah,”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al Mulk (67: 23) yang bermaksud : 
“Katakanlah, Dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-Insan (76: 3) yang bermaksud :
“Sungguh Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Adh-Dhuha (11) yang bermaksud: 
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur),” 

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud : 
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari-Ku.” 

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah al-Nahl (114) yang bermaksud :
“Dan bersyukurlah nikmat Allah, jika kamu memang hanya menyembah kepada-Nya sahaja.”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah ad-Duha ayat 11 yang bermaksud :
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)”

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Menikmati keindahan alam semulajadi. Bersyukur di atas segala kurniaan Ilahi. Cara bersyukur dan kelebihannya. Syukur Alhamdulillah.

Setiap nikmat yang Allah SWT berikan harus dijaga dengan sebaik-baiknya. Allah S.W.T menjanjikan akan menambah nikmat sekiranya kita bersyukur, seperti Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam surah Ibrahim (7) yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (kufur), sesungguhnya azab-Ku sangat pedih,”


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

20 comments - "Bersyukur Menikmati Kurniaan Ilahi"

kuchalana delete icon 8:10 PTG

rasa bersyukur yang benar akan datang dari hati terlebih dahulu..barulah dizahirkan dengan perkataan atau perbuatan

Unknown delete icon 9:00 PTG

InsyAllah..semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan manusia yang tidak pernah lupa nilai kesyukuran...

Azlia Bashir delete icon 10:21 PTG

Bersyukurlah kita walaupun nikmatnya kecil.

Khir Khalid delete icon 11:07 PTG

Subhanallah walhamdulillah... rasa syukur mampu menerbitkan syurga dalam hati, menambat rasa kasih kehadrat Illahi dan menyuburkan makna sebuah kehidupan. Semoga kita semua sentiasa menjadi hambaNYA yg sentiasa bersyukur atas segala anugerah yang diberikan... Allahuakbar...

subhanallah...
semua imej2 yg ditampilkan macam dalam alam fantasi je...
penuh warna-warni....

Etuza delete icon 7:50 PG

http://madey09.blogspot.com/2015/01/oh-google-kita-terima-kasih.html please klik blog Etuza ya..huuuu!!! subahanallah..mana dapat pic ni bro!! sangat lawa selawa awak ya BM

Etuza delete icon 7:51 PG

sesungguhnya kita cinta pada alam demi kerena juga adanya cinta kepada Dia yang ciptakan..keindahan ..betul kan BM

syukur alhamdulillah...masih diberi kesempatan menghirup udaraNYA..

paridah delete icon 10:01 PG

subhanallah indahnya alam semesta Allah buat hamba2-Nya...

alhamdulillah bersyukur dgn ape yg ade dan takde skrg nie..

Unknown delete icon 11:21 PG

terlalu banyak peringatan bersyukur dalam quran . malangnya wpun minyak dah turun , masih ramai juga yang tak bersyukur . bersyukurlah wpun kita tak mewah tapi sekurang - kurangnya kita terselamat dari musibah banjir ...

HAMIDIsP delete icon 12:10 PTG

Walhal, bersyukur adalah amalan dan perbuatan yang kita manusia sentiasa lalai dan alpa melaksanakannya. Kita diberi kesihatan dan rezeki setiap masa namun dalam sesaat, seminit, sejam atau sehari, berapa kalikah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Sekadar mengetahui, membaca tanpa mengamalkannya samalah seperti diberi setimbun emas tapi tidak mampu menyentuhnya. Semoga kita semua dikurniakan Allah petunjuk dan hidayah sebagi seorang insan yang sentiasa bersyukur dalam serti kata bersyukur sebenar-benarnya.. Amiin..

Yana Yani delete icon 2:15 PTG

saya setuju dengan saudara
semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur

Yana Yani delete icon 2:18 PTG

saya memandang diri sendiri bila menyentuh bab bersyukur ni
saya banding kehidupan saya dengan orang lain
kesihatan saya dengan orang lain
kebahagian saya dengan orang lain
ternyata saya lebih baik dari yang lain, bersyukur sungguh

nice sharing! seperti biasa saya suka gambar di sini =)

Itulah sebabnya disunatkan kita sujud syukur setiap kali habis solat. Tak susah dan lama mana pun utk membaca "Allahumma laka sajadtu, wabika amantu... baca hingga fatabarokallahu ahsanul kholikeen."

Cantik-cantik bunga yg dipaparkan buat mata kakak cerah:)

Tanpa Nama delete icon 10:56 PTG

Moga kita sentiasa bersyukur..

Unknown delete icon 11:21 PTG

Sentiasalah bersyukur kan ;D

Fiza Rahman delete icon 2:32 PTG

Thanks atas perkongsian BM. Saya pon bersyukur dengan apa yg ada skang nih.

MasyaAllah cantiknya ciptaan Allah..nikmat apa lagi yang hendak didustakan?

Subhanallah cantiknya semua gambar2 kat atas...Syukur syukur Ya Allah ..KeranaMU dapat juga kami menikmati pemandangan indah indah ..Terima Kasih Ya Allah..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap