بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai kakitangan awam dan pesara yang kecewa hari ini apabila pembayaran bonus yang dijanjikan (5 Januari) telah ditunda pembayarannya. Pembayaran bonus bersama gaji kakitangan awam dan pesara bagi bulan Januari 2015 akan dibayar pada 15 Januari 2015 ini.
Hanya kakitangan awam negeri Johor yang gembira apabila pembayaran bonus tetap diberikan hari ini (5 Januari) dengan bayaran separuh gaji atau minimum RM500. Tahniah! Kerajaan negeri anda memang benar-benar prihatin. - sumber
Hanya kakitangan awam negeri Johor yang gembira apabila pembayaran bonus tetap diberikan hari ini (5 Januari) dengan bayaran separuh gaji atau minimum RM500. Tahniah! Kerajaan negeri anda memang benar-benar prihatin. - sumber
"Kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali kepada penjawat awam yang terbabit banjir. Sehubungan itu, kerajaan setuju pembayaran berkenaan diawalkan pada 15 Januari," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam sidang media tengahari tadi. "Kerajaan berharap pemberian itu dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak." Ujarnya lagi. - sumber
Sekarang... Terpulanglah kepada anda untuk menilai sama ada tarikh pembayaran bonus dan gaji ini benar-benar sesuai dan dapat membantu kakitangan awam serta pesara. Apa yang boleh dikatakan lagi... bersabar dan bersyukurlah.
Apa pun, kita nantikan 15 Januari untuk kepastian... Jika ianya benar maka alasan kelewatan bayaran bonus sebelum ini untuk memudahkan mekanisma pembayaran adalah tidak benar lah.
p/s: Pembayaran bonus tidak berserta gaji tak apa... tapi janganlah mempersenda dan menipu... :(
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
25 comments - "Bonus Dan Gaji Kakitangan Awam 15 Januari 2015"
taknak la awal..huhuhuuu nanti abis cepat T__T
kita hanya manusi mampu merancang
Alhamdulillah..
lambat sikit xmengapa asal tetap ada juga...yg xkerja kerajaan mandang jerlh...
cian my kakak , redha je lah nak uruskan 5 anak minggu depan ...
semalam dah check banyak kali kot2 slip gaji dah masuk..kecewa betol..huhu
Baru nak lega yer dpt bonus 5hb, blh cover sklh anak-anak.. Kene tangguh plk..hehe. Apapun, bersabar jela..^_^
takkan lari gunung dikejar..tapi bila dah dapat memang licin..hehehe
syukur...alhamdulillah....
inilah yg dinanti...walaupun tak banyak....
daripada takda langsung.... :)
Ok la tu kan? Yg bukan kakitgn awam nak tnggu apa kan? Hehehe..
Lambat takpe kan ;D
sekurang-kurangnya tetap ada, bersyukurlah
Tiada berkaitan pun dengan saya... sama je. Cuma agak terkilan dgn sesetengah kakitangan kerajaan.. kerja malas tapi bila bab bonus bising2. Time kerja guna kemudahan pejabat layan media sosial.. pukul 4 dah siap2 nak balik.. gaji nak penuh, lagi nak bonus.. marah sikit huhu.. :)
Gitulah nampaknya..sabo je lah
Alhamdulillah...Dah tau tarikh dpt bonus. Saya yg bekerja swasta ni baru nak buat KPI ☺
semoga ini benar2 pasti kan BM..alhamdulillah tengah bulan ada rezeki lah nampaknya..kena jimat juga buget elok2
rasanya ada komen kemarin hal bonus ni kat sini..apapun keliru banyak blog kata hal ni..terlepas entry lah ni..BM terima kasih ya ada nampak laman etyuza kat sini. Alhamdulillah..dapat tempias kejayaan SEO blog BM RM ni Relex Minda.syoknya hebat..tahniah
mybe line tak kuat maka. komen tu tak masuk dalam komen..Etuza perasan ya ada koemn etuza di blog lain ..letak lah 2 ke komentator..alih2 tengok next time komen etuza alooo tak ada..so sah lah line tak clear lah tu..
Mungkin jugalah tu. Harap jangan sampai cikgu kecewa pula ya!
Setiap komen cikgu amat dinanti dan dihargai. Terima kasih Cikgu Ituza :)
Biar lambat janji lambat habis..bersyukur ;-)
Semoga dapat membelanjakan wang bonus dengan lebih berhemah ya ...Tak kira la bila dapat yang penting akan dapat ..
Lusa la pemberian bonus untuk kakitangan awam ni, lega sikit la kan sebab mesti ramai yang 'semput' anak masuk sekolah lagi
Ye ke bonus masuk sekali dengan gaji? Slip gaji online untuk bonus (b01) dah ada tapi untuk gaji januari tak ada pun.
Satu berita hangat lagilah nampaknya kalau tidak sekali dgn gaji!
Setakat hari ini yang cornfirm hanyalah bonus dibayar esok 15hb Januari..manakala gaji pula belum pasti sebab bila semak dengan akauntan negara belum ada dalam slip gaji Januari...harap maklum..
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”