بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salah satu teknik SEO yang biasa dipraktikkan adalah dengan membina pautan (backlink). Ianya adalah satu teknik yang sangat kuat untuk memantapkan serta meningkatkan ertikel anda dihalaman hadapan enjin carian.

Namun bukan semua backlink tersebut dapat membantu kerana hanya yang berkualiti dan tepat sahaja yang dapat menarik minat enjin carian untuk berminat kepada artikel anda. Oleh itu backlink yang bagaimana yang berkualiti dan tepat?

Cara Membina Backlink Berkualiti Di Media Sosial

Selalunya pakar SEO pasti mengunjurkan untuk anda meningkatkan backlink dengan berkongsi (share) artikel yang diterbitkan di media sosial seperti Google Plus, Twitter dan Facebook.

Namun setelah berpuluh banyaknya anda dan orang lain kongsikan (share) namun ianya masih belum mampu menarik minat enjin carian untuk memandang artikel anda... Kenapa? Inilah rahsia SEO yang perlu anda ketahui iaitu membina backlink yang berkualiti dan tepat.

Apa yang dimasudkan dengan berkualiti disini adalah kualiti yang diukur dari status Pagerank halaman tersebut.


Kualiti Sesebuah halaman Media Sosial Melalui Pagerank.

Pagerank adalah salah satu algoritma yang digunakan oleh enjin carian Google untuk menilai sesebuah website atau page. Semakin besar nilai Pagerank semakin bagus dan berkualiti dari penilaian Google.


Oleh itu, anda perlu memilih halaman media sosial yang mempunyai nilai pagerank yang lebih tinggi untuk meletakkan backlink (share) artikel anda.

Cara Membina Backlink Berkualiti Di Media Sosial
Ketahuilah bahawa setiap media sosial juga dinilai kualitinya dan mempunyai tahap pagerank yang tersendiri. Sebagai contoh... Jika anda berada dihalaman Home Facebook, ianya Pagerank 9. Tetapi jika berada dihalaman Wall Facebook anda... Pageranknya pasti berbeza.

Sebagai contoh, Wall FB Bin Muhammad, Pagerank tiada! Oleh itu jika anda meletakkan backlink artikel anda di wall ini, ianya kurang diendahkan oleh enjin carian Google.

Begitu juga setiap Page Facebook, ianya mempunyai nilai Pagerank yang berbeza-beza. Sebagai contoh beberapa Page Facebook yang menjadi lokasi biasa untuk berkongsi artikel dan membina backlink:
  • Page Sahabat Blogger : Pagerank tiada
  • Page Denaihati Network : Pagerank tiada
  • Page Kelab Blogger : Pagerank 0
  • Page Blogger Area : Pagerank tiada
  • Page Kelab Blogger Belia : Pagerank tiada
  • Page Relex Minda : Pagerank 2
Oleh itu, anda perlu mencari dan memilih Page Facebook yang mempunyai nilai Pagerank yang baik untuk membina backlink artikel anda.


Setiap Media Sosial Punya Nilai Ragerank

Cara Membina Backlink Berkualiti Di Media Sosial
Begitu juga dengan media sosial yang lain seperti komuniti di Google Plus, You Tube dan akaun Twitter, masing-masing mempunyai Pagerank tersendiri.

Ketahuilah bahawa setiap Page (artikel/entri) anda juga punya nilai pagerank yang tersendiri. Maka untuk membina backlink berkualiti... cari dan pilihlah halaman media sosial yang mempunyai nilai Pagerank yang baik.

Selain dari menggunakan Google Pagerank Checker, cara termudah untuk anda menyemak Pagerank sesebuah halaman adalah dengan memuat turun pagerank toolbar. Aplikasi ini boleh anda muat turun secara percuma melalui Google Store.


Membina Backlink Di Media Sosial Yang Tepat

Selain dari Pagerank yang baik, pemilihan laman sosial yang tepat juga amat penting! Apa yang dimaksudkan dengan tepat di sini adalah halaman media sosial yang relaven. Jika artikel anda bercerita tentang Mykad, maka binalah backlink artikel anda di media sosial yang berkaitan dengan Mykad.

Gabungan antara Pagerank yang tinggi dan relaven adalah paling terbaik dalam pemilihan halaman media sosial yang sesuai untuk anda membina backlink artikel bagi mendapat perhatian robot enjin carian Google.


Perkongsian Di Media Sosial Penting Untuk Promosi Dan Trafik

Cara Membina Backlink Berkualiti Di Media Sosial
Harus diingatkan, cara dan teknik yang didedahkan ini bukanlah membawa maksud perkongsian backlink (share) artikel anda di halaman media sosial yang mempunyai nilai Pagerank rendah tidak benilai kerana ianya juga adalah salah satu cara terbaik untuk promosi dan menarik trafik blog.

Penilaian dan pemilihan nilai Pagerank serta halaman relaven ini hanyalah salah satu teknik SEO untuk membina backlink yang berkualiti bagi artikel tertentu yang perlukan kedudukan terbaik di enjin carian Google sahaja! Ianya tidak menjanjikan kejayaan mutlak tanpa disertakan dengan teknik-teknik SEO yang lain.


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

29 comments - "Cara Membina Backlink Berkualiti Di Media Sosial"

Sejujurnya kakak memang tak arif bab ini semua BM
Kena duduk dan perhati satu-satu kalau nak bersungguh..

Saya suka juga dengan orang yang buat back link. Ia lebih memudahkan pembaca

Dunia Zumal delete icon 12:50 PTG

Zumal belum khatam pasal nie... Thanks sharing BM ^-^

paridah delete icon 1:34 PTG

TERIMA KASIH BERKONGSI ILMU MSH BELAJAR TAPI XPANDAI2 JUGA...

Ain Ridzuan delete icon 2:10 PTG

Terima kaih atas perkongsian... insyallah saya akan cuba.. :)

Terima kasih.. pencerahan yang baik.. Moga dapat diamalkan selepas ini. Semoga Allah akan membalasmu dengan kebaikan yang banyak...

Backlink social media paling popular di Malaysia ni adalah Facebook. Rata-rata link mudah mencanak naik andai article jadi viral lepas di share di Facebook.

Unknown delete icon 3:49 PTG

Kena share banyak2 di laman media sosial ni untuk naikkan entry blog :)

Unknown delete icon 3:58 PTG

dah join my kad segmen ya ... dah agak dah otai2 mesti join punya . hadia besor tu ...

ZaridaIshak delete icon 5:08 PTG

banyak lagi nak kena gali...

HAMIDIsP delete icon 5:21 PTG

Memang betul tu BM. Dan semuanya perlu dilakukan secara berterusan (bukannya terlalu agresif) untuk mendapat keputusan yang baik..

tips yang berguna bro...aku pun baru tahu pasla ini bro..hehehe

nice sharing....

BinMuhammad delete icon 11:34 PTG

Tak apa... Ini hanya untuk mereka yang pentingkan SEO dan kedudukan terbaik di enjin carian sahaja... ")

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Share banyak2 di halaman yang punya pagerank yang baik dan relaven ye... barulah boleh naik!

BinMuhammad delete icon 11:36 PTG

Betul ke baru tahu ni...macam xpercaye jer, hehe

BinMuhammad delete icon 11:38 PTG

Ya...kadang kala saya pun bw melalui entri yg di share di media sosial.

BinMuhammad delete icon 11:40 PTG

Selalunya nak naik tu mudah tetapi untuk kekal itu amat sukar sekali. Melakukan secara berterusan itulah selalunya menjadi halangan...

yup betul tu. fanpage jugak ada pagerank mereka tersendiri. even artikel dekat blog kita pun ada yang ada pagerank bro. bukan bermakna engine carian tak endahkan langsung. ada yang masih dikira bagus dari backlink artikel berpagerank. :)

BinMuhammad delete icon 12:56 PG

Apabila pakar SEO datang komen... Amat2 hargainya.
Setuju dengan apa yang saudara katakan. Thanks bro... :)

selepas ini saya nak kongsikan di page relex minda..bro BM punya ke?

Khir Khalid delete icon 10:45 PG

Setakat ni mana2 media sosial atau group yg boleh atau sempat saya share, saya share je hehee. Kalau tak sempat, mana2 yang sempat je... Thanks sharing info BM.. :)

Fiza Rahman delete icon 5:08 PTG

Thanks for the tips BM. Nak kena fahamkan bebetul.

Tanpa Nama delete icon 1:06 PG

Aduhai.. Mo kena study lagi ni..

aryn delete icon 2:49 PG

Baru check page rank. Page rank 0/10

Kena usaha lagi. Tq atas perkongsian ini :)

Azzahairi delete icon 4:42 PTG

Kena rajin-rajinkan diri untuk blogwaking, selain dapat bina backlink kita juga dapat mengenali antara satu sama lain :-)

hpmurah2u delete icon 9:17 PG

apepun cara yang paling bagus...blogwalking jela..hehe..komen di blog yang pagerank tinggi

Arfah Umar delete icon 11:50 PG

terima kasih untuk info berguna ni. lepas ni boleh try untuk naikkan seo blog. InsyaAllah! :)

Oh...rupanya backlink berkualiti di media sosial pun mempunyai pagerank tertentu juga. Nampaknya selepas ini kena cari media sosial yang mempunya PR yang tinggi.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap