بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini sebenarnya sedikit sibuk. Nak update entri pun tak ada idea. Entah kenapa, tiba-tiba tangan ni gatal pula nak semak Alexa Rank blog ini. Pada hal baru lagi disemak iaitu pada 27 Desember 2014 yang lalu.

Pada ketika itu :
Alexa Rank Malaysia vs Alexa Rank Indonesia
Alexa Rank - Relaks Minda
  • Global Rank - 105,840
  • Malaysia Rank - 718
  • Bounce Rate - 15.9%
  • Daily pageview/visitor - 3
  • Daily time on site - 6:29

Anda boleh semak semula melalui entri berikut : Alexa Traffic Rank Blog 2014

Sepanjang tempoh, dari 27 Dec 2014 hingga 10 Januari 2015 (14 hari) hanya 11 entri sahaja yang dapat diterbitkan. Tiada sebarang perubahan kepada blog dan hanya blogging seperti biasa. Adakah berlaku sebarang perubahan yang ketara kepada Alexa report untuk blog ini?


Alexa Traffic Rank Terkini

Sekarang kita lihat Alexa Traffic Rank Blog Relaks Minda pada hari ini dan bandingkan keputusannya...

relakssminda.blogspot.com Alexa Rank Malaysia
Alexa Traffic Rank Report as of  9th January 2015 
  • Global Rank - Bertambah baik
  • Malaysia Rank - Semakin menurun
  • Bounce Rate - Tidak berubah
  • Daily pageview/visitor - Meningkat sedikit
  • Daily time on site - Meningkat sedikit

Jelas sekali, tidak begitu ketara perbezaannya... Blog anda pula bagaimana?


Alexa Rank Relaks Minda di Indonesia

Baiklah, sekarang ini kita lihat ranking blog ini di negara lain. Jika pada 27 Dec 2014, blog ini berjaya menempatkan diri dalam Alexa Rank Indonesia iaitu pada kedudukan 55,830. Pada hari ini...masih tersenaraikah blog Relaks Minda di Alexa Rank Indonesia?

Namun apa yang dipaparkan amat mengejutkan kerana blog ini berjaya meningkatkan kedudukannya di Alexa Rank Indonesia dengan penurunan lebih sekali ganda! Sungguh menakjubkan apabila kini, Blog Relaks Minda sudah berada di kedudukan 23,858! Alhamdulillah...

Alexa Rank Malaysia vs Alexa Rank Indonesia
Rank in Country - Relaks Minda

Rahsia Memikat Trafik Global

Sebagai perbandingan, kita lihat kedudukan antara blog terbaik di Malaysia yang berjaya berada di Alexa Rank Indonesia

Ini bukanlah perbandingan yang bermaksud atau membuktikan bahawa blog yang berada di kedudukan Alexa Rank di Indonesia adalah bagus dan terbaik tetapi untuk kita lihat, renung dan kaji bersama akan blog yang bagaimana mampu menembusi trafik di Indonesia?

Lihatlah kepada blog-blog tersebut, kita sudah dapat tahu akan keistimewaaan isi kandungan serta niche yang ditampilkan. Jelas sekali, isi kandungan atau topik yang bersifat global sudah pasti mudah untuk menembusi trafik bukan sahaja di Indonesia, malah keseluruh dunia.

Rank by Country - No 1 automotive blog in Malaysia - http://paultan.org

Bahasa bukanlah satu halangan besar kerana jika entri anda berada dikedudukan terbaik di enjin carian google.com (terutama melalui carian web, images, news dan videos) maka peluang untuk anda terdedah diperingkat global akan menjadi lebih mudah.

Jelas bukan, sebenarnya sumber trafik bukan hanya didalam negara sendiri. Anda juga mampu meningkatkan trafik yang lebih besar dengan memikat pengunjung dari luar negara dan jika kena pada gayanya... mungkin pengunjung luar negara menjadi pengunjung utama blog anda! Ianya tidak mustahil!


Salam Indonesia! 

Sebelum itu, ikhlas ingin saya nyatakan di sini, jutaan terima kasih kepada para tetamu dari Indonesia yang meletakkan blog ini berada dalam Alexa Rank Indonesia. Kehadiran anda semua amat-amat dihargai dan dihormati. Semoga blog ini dapat memberi manfaat dan anda ketemu dengan apa yang dicari. Salam Indonesia!

p/s: Salam manis kepada semua sahabat dan tetamu... Selamat menikmati hujung minggu dengan aman dan bahagia... :)


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’

“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

22 comments - "Alexa Rank Malaysia vs Alexa Rank Indonesia"

nur ikaa delete icon 12:32 PG

ok la tu, Rank Malaysia dlm 7++ je...

namapaknya ranking blog aku diawal tahun ini masih terumbang ambing

alhamdulillah serta tahniah BM...semoga terus meningkat...

tahniah... kira satu pencapaian yang baik dah tu..

Assalammualaikum... BM,

tahniah .. blog sahabat sudah mula diterima ramai... insaallah moga BM sukses k...

mselim3

cygnosis delete icon 9:45 PG

Blog saya masih belum tersenarai..hu..hu... :(

nice sharing

selamat maju jaya

paridah delete icon 1:27 PTG

RAMAI PEMINAT SELURUH DUNIA NI...TAHNIAH..MOGA SUKSES TERUS.

ummu hanan delete icon 2:20 PTG

Saya masih baru lagi dalam dunia blog ni.. Memang kene fahamkan juga pasal Alexa ni nanti.. Apapun, congrate BM..^_^

Khir Khalid delete icon 3:55 PTG

Alhamdulillah tahniah.. semoga terus sukses berblogging di tahun 2015 ini... aamiin.. :)

Wow da hebat tu.. saya tak tahu boleh berada di bawah 1000 rankng malaysia atau x. huuhu. Nak kena usaha juga ni.. tahniah bro BM

Tahniah BM..samapi ke obersee peminatnya gitu

titan delete icon 10:04 PTG

blog gua trafik biasa-biasa aje. haha..

Nao Mei delete icon 10:11 PTG

Wow hebat dah uncle ku tok eh...hihi..tahniah uncle..

weschairs delete icon 8:04 PG

Tahniah

tak pernah cuba lagi ;)

Tahniah.. Kathy tumpang bangga..

wah...dahsyat...bukan senang nak tembus Alexa Rank Indonesia

cara mencegah sakit sendi

Tahniah BM, semakin mendapat tempat di hati pembaca Indonesia juga

tahniah . dpt tptkan blog dipersada dunia ...

Fiza Rahman delete icon 5:14 PTG

Tahniah BM. Saya masih tak boleh nak capai tahap mcm BM lagi ☺

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap