بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kitar semula sukar dilaksanakan berikutan keenganan diri kita sendiri untuk mengubah tabiat harian yang sudah sebati dalam diri. Lantaran itu, apa jua program kitar semula gagal dijalankan akibat kedegilan kita sendiri.

Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat
Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat

Selain di rumah, tempat kerja dan pejabat juga banyak pembaziran dan pembuangan berlaku. Salah satu daripadanya adalah kertas.

Oleh itu titik perubahan serta langkah permulaan perlu dilakukan untuk menerapkan budaya kitar semula dikalangan setiap pekerja. Melalui penerapan ini, diharapkan ianya menjadi kebiasaan yang akan dilakukan di mana sahaja anda berada. Jom! Mulakan program aktiviti kitar semula kertas di tempat kerja dan pejabat anda.


Persediaan Awal Kitar Kitar Semula Kertas

Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat
Bekas Khas Kitar Semula
Langkah permulaan adalah dengan mengurangkan pembaziran kertas. Ianya dapat dilakukan dengan mengawal penggunaan kertas baru. Kitar semula kertas terpakai bagi mengantikan kertas-kertas baru untuk semua aktiviti atau kerja yang tidak formal atau edaran dalaman.

Untuk memulakan aktiviti kitar semula ini, ianya perlukan kerjasama dari semua pihak. Paling penting adalah persedian awal dengan menyediakan bekas-bekas khas yang bertanda "kertas kitar semula"  (recycle paper) dan "kertas terbuang" (scrap paper) di beberapa lokasi strategik.

Lokasi bekas-bekas ini mestilah berhampiran meja tugasan atau ditempat di mana kertas banyak digunakan seperti di tepi mesin fotostat dan kafetaria.

Banyakkan banner atau poster di sekitar tempat kerja sebagai peringatan agar semua memahami apa yang perlu dilakukan kepada kertas terpakai dan terbuang serta informasi kebaikan amalan kitar semula. Rujukan untuk program kitar semula kertas ditempat kerja dan pejabat di SINI 


Langkah-langkah Pengurangan Penggunaan Dan Kitar Semula Kertas

    Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat
  • Jangan guna muka hadapan untuk faks dokumen.
  • Pastikan tiada sebarang kesalahan sebelum mencetak.
  • Gunakan kertas kitar semula untuk sebarang contengan, salinan atau notis edaran dalaman yang tidak untuk kegunaan rasmi.
  • Gunakan kertas kecil untuk memo atau catitan ringkas
  • Kurangkan kertas berwarna kerana kertas putih mudah dikitar semula.
  • Guna semula fail kosong.
  • Guna semula sampul surat untuk kegunaan dalaman yang tidak rasmi.
  • Kertas digunakan secara optimum dikedua-dua belah muka surat.
  • Kurangkan dokumentasi atau laporan melalui cetakan di kertas.
  • Simpan maklumat atau laporan dalam cakera keras atau cakera boleh alih.
  • Kurangkan komunikasi menggunakan faks.
  • Dan... rujuk link berikut untuk lebih banyak lagi panduan : Tips Kitar Semula di Pejabat

Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan PejabatSeseorang perlu ditugaskan untuk mengawasi dan memantau aktiviti ini agar ianya dilakukan secara berterusan dan berjaya. Respon dan idea dari pekerja juga perlu diperhatikan dan diambil perhatian.

Pemeriksaan mengejut tidak berjadual juga perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk melihat aktiviti ini berjalan lancar di mana tiada kertas yang dibuang di dalam tong sampah.

Jangan sesekali lakukan pemeriksaan secara sembunyi kerana ianya hanya akan mewujudkan rasa kurang senang dan tidak puas hati.


Kejayaan Kitar Semula Tanggungjawab Bersama

Untuk memastikan program kitar semula kertas ini berjaya, ianya perlukan kerjasama dan sokongan dari semua pihak tanpa mengira status dan pangkat di dalam sesebuah syarikat.

Program kitar semula kertas ini pula boleh diukur atau dinilai kejayaannya melalui perbandingan perbelanjaan untuk pembelian kertas baru setelah ianya dijalankan. Jika berjaya, pasti perbelanjaan tersebut akan berkurangan. Selain dari itu hasil jualan kertas terbuang pula akan meningkat.

Hasil dari penjimatan dan jualan ini boleh dikembalikan semula kepada semua pekerja dengan memasukkannya dalam tabung persatuan pekerja, kelab sukan dan reakreasi atau sebagainya sebagai ganjaran. Ianya pasti akan meningkatkan semangat dan motivasi untuk melakukan program kitar semula ini dengan jayanya.

Kitar Semula kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat

Bersama kita kurangkan penggunaan kertas untuk memastikan keindahan kehijauan alam ini kekal untuk kesejahteraan hidup kita masa kini dan masa hadapan... Jom Kitar Semula Kertas!


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

27 comments - "Kitar Semula Kertas Di Tempat Kerja Dan Pejabat"

HAMIDIsP delete icon 8:54 PG

Agak sukar memantau pembaziran kertas mahupun mengurangkan penggunaannya. Mungkin salah satu cara terbaik ialah dengan beralih sepenuhnya kepada kertas digital..

paridah delete icon 9:32 PG

KITAR SEMULA KERTAS R PLASTIK PERLU DIAJAR MENGURUSINYA DI RUMAH LAGI KEMUDIAN DI SEKOLAH2...ANAK2 DIDIDIK JGN MEMBAZIR KERTAS N MENJADIKANNYA SAMPAH YG BERSEPAH-SEPAH...

Office kakak ni rata-rata tahu dan memang masing-masing kumpul. Jadi duit siapa tak nak. Walau yg dah shredded tu pun kami kumpul. Memang kadang satu plastik hitam besar tu cuma dpt 60 sen tapi tetap kami jual...

Kotak sampul surat, kotak staples pin, kotak paper clips, semua kami tak buang tau BM. Nampak tak kami semua mata duitan hihi... Toner cartridge yg kosong tu pun kami jual balik pada supplier. Mereka pun memang beli tau:)

Unknown delete icon 11:53 PG

Bagus kitar semula ni, selain memberi manfaat kepada aam sekitar boleh juga menjana pendapatan..saya pernah buat dulu di ofis..dari buang dalam tong sampah macam tu ja, better kumpulkan then hantar ke pusat recycle..:)

Khir Khalid delete icon 1:00 PTG

Kertas akan ttp digunakan sampai bila2 cuma agak berkurangan dari sebelumnya. Kitar semula kertas dgn skala besar mampu mengurangkan permintaan terhadap penebangan pokok2 baru, bermula dgn kelompok2 kecil. Buat kita2 ni sekurang2nya dpt juga menambah sumber utk sesuatu tabungan. Lebih baik daripada tiada kan..

office lama dulu cuma guna kertas depan belakang je.. time tu rasa kedekutnya opis aku.. opis sekarang ni, jangankan depan belakang, kertas separuh kecik pon siap potong guna jugak.. hahaha.. pastu my bos memg x malu laa, pegi opis client,siap rembat kertas recycle diorang lg.. smpai sy pon jd kedekut bab kertas..

maria delete icon 3:52 PTG

Anak saya yang darjah satu pun dah mula sibuk bila saya buang terus kertas ke dalam tong sampah. Katanya lagi bagus kitar semula

Salam BM.Kadang2 orang kita ni tak suka buat benda yang baik ..Lepas guna jer terus buang dalam tong sampah walaupon kertas tu masih elok lagi ataupon tulis sekadar sedikit tulisan jer...Ada yang cakap leceh la apa la kalau nak kitar semula..Padahal benda tu senang dan mudah jer ..Nak seribu daya tak nak seribu dalih..

Sama2 kita mengamalkan kitar semula ..Semoga dengan ini kita dapat memupuk sifat dan sikap bertanggungjawap dalam diri kita dan juga dapat mendidik orang lain di sekeliling kita akan sifat tanggungjawap..Jom kitar semula ...

Unknown delete icon 4:38 PTG

Cik akak salu simpan...big boss salu jual..haha

Tanpa Nama delete icon 9:57 PTG

hmm...perlu ada kesedaran juga dari diri masing² . jom kita kitar smula..

BinMuhammad delete icon 12:08 PG

Memang sukar tetapi tidak mustahil kerana ramai juga yg telah berjaya melakukannya...

BinMuhammad delete icon 12:10 PG

Untuk anak2...memang perlu dimulakan dari sekarang. Tetapi utk orang2 yg dah dewasa ni, kenalah dilakukan ditempat kerja

BinMuhammad delete icon 12:12 PG

Biar nampak seperti kedekut tetapi manfaat dari tindakan tersebut menguntungkan kita dan syarikat juga.

BinMuhammad delete icon 12:13 PG

Ianya tidak susah pun sebenarnya cuma perlu disiplin sikit untuk mengamalkannya... maklumlah, nak mengubah kebiasaan,

BinMuhammad delete icon 12:15 PG

Kita tidak nampak kesan penebangan pokok itu didepan mata, kalaulah nampak, mesti semua orang akan amalkan kitar semula kertas ni...

BinMuhammad delete icon 12:16 PG

Wah..ini dah macam bukan kitar semula tapi kedekut sangat tu namanya...hehe. Terpulanglah, jika ianya tidak mengganggu tugas dan memberi pulangan, apa salahnya.

BinMuhammad delete icon 12:18 PG

Satu yang positif! Dari mana dia mendapat kesedaran itu?

BinMuhammad delete icon 12:21 PG

Sukar nak mengubah tabiat yg sudah menjadi kebiasaan. Tak pe lah...yang penting kita dan mereka yg inginkan perubahan, melakukannya... Doakan mereka utk berubah.

BinMuhammad delete icon 12:22 PG

Jom kita war-warkan agar lebih ramai yg mendapat maklumat dan mengamalkannya!

BinMuhammad delete icon 12:23 PG

Haha! Selalunya macam tu lah... Ikhlas tak cik akak?

BinMuhammad delete icon 12:25 PG

Itulah yg sewajarnya...jgn mengjharapka orang lain, diri sendiri perlu mulakannya...

natura delete icon 4:01 PTG

Sekarang semua office sudah ada mesin recycle paper dah.
Salah satu langkah yang berkesan sebab di pejabat memang kita gunakan paper yang sangat banyak.

BinMuhammad delete icon 6:05 PTG

Pertama kali dengar semua office ada mesin recycle... biasanya mesin shredded jer.
Menarik ni, mesin recycle tu recycle kertas menjadi apa? Macam mana rupanya?

Unknown delete icon 5:17 PTG

teringat masa sekolah rendah ada pergi ke pameran dan ditunjukkan mcm mana buat kertas dgn bunga , klu x silap lah ...

Fiza Rahman delete icon 4:05 PTG

Sayang tengok kertas yg terbazir macam tu jer,

hazwan delete icon 9:32 PG

Office saya ada banyak kertas shreded, tak tahu nak buat macam mana. Company/Orang perseorangan mana yang boleh ambil ye?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap