بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saksikan perbandingan dan perbezaan antara dua buah kereta kompak segmen B buatan tempatan yang paling hangat masa kini iaitu diantara Model Perodua Myvi Baru (facelift) 2015 dan Proton Iriz Baru.
Ya... setiap satu punya kelebihan dan kekurangan yang menjadikan ianya satu saingan yang menarik sehingga sukar buat pengguna membuat pilihan. Yang mana satukah lebih menarik, punya kelebihan dan menjadi pilihan anda?
Mungkin melalui perbandingan kasar secara visual ini dapat memberi gambaran awal tentang keistimewaan dan kehebatan produk keluaran Perodua dan Proton ini.
Apa kata kita buat perbandingan bagi Model paling tinggi untuk kedua-duanya iaitu Perodua Myvi Advance 1.5L dan Proton Iriz Premium 1.6L agar ianya lebih seimbang. (Rating yang diberi atas pendapat peribadi sahaja)
Ya... setiap satu punya kelebihan dan kekurangan yang menjadikan ianya satu saingan yang menarik sehingga sukar buat pengguna membuat pilihan. Yang mana satukah lebih menarik, punya kelebihan dan menjadi pilihan anda?
Pilihan anda : Perodua Myvi atau Proton Iriz? |
Apa kata kita buat perbandingan bagi Model paling tinggi untuk kedua-duanya iaitu Perodua Myvi Advance 1.5L dan Proton Iriz Premium 1.6L agar ianya lebih seimbang. (Rating yang diberi atas pendapat peribadi sahaja)
Perodua Myvi Baru (facelift) 2015 vs Proton Iriz
Pandangan Hadapan
Rekaan Hadapan |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 6/10
- Proton Iriz : 8/10
Pandangan Belakang
Rekaan Belakang |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 6/10
- Proton Iriz : 5/10
Pandangan Sisi
Pandangan Sisi |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 5/10
- Proton Iriz : 8/10
Papan Pemuka (Dashboard)
Rekaan Papan Pemuka (dashboard) |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 6/10
- Proton Iriz : 7/10
Kerusi Hadapan
Rekaan Kerusi Hadapan |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 7/10
- Proton Iriz : 9/10
Kerusi Dan Ruang Belakang
Rekaan kerusi belakang |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 5/10
- Proton Iriz : 8/10
Ruang Barang (Boot)
Keluasan Ruang Barangan |
Relaks Minda Rating
- Perodua Myvi : 5/10
- Proton Iriz : 6/10
Spesifikasi Dan Lain-Lain
Ruang Enjin |
Enjin
- Perodua Myvi : 1.5 litre 3SZ-VE DVVT engine with 102 hp and 136 Nm
- Proton Iriz : 1.6 litre Campro VVT engine, 107 hp/150 Nm
Keselamatan
- Perodua Myvi : 4 star ASEAN NCAP, 2 Airbag, ABS, EBD, BA, Front Sensor, Reverse Sensor & Camera
- Proton Iriz : 5 star ASEAN NCAP, 6 Airbag, ABS, EBD, BA, ESC, TCS, HA, Electric Power Steering, Reverse sensor & Camera
Harga
- Perodua Myvi 1.5L Advance (A/T Metallic) : RM58.900 (OTR with insurance)
- Proton Iriz 1.6L Premium (A/T Metallic) : RM62,888 (OTR with insurance)
Lepas Jualan
- Perodua Myvi : Jaminan 5 tahun / 150,000 km
- Proton Iriz : Jaminan 5 tahun / 150,000 km + Servis percuma 3 tahun / 100,000 km
Myvi atau Iriz? |
Setelah melihat perbandingan bagi kedua-dua model ini, kesimpulannya... terpulang kepada anda. Pilihan, citarasa, dan pandangan setiap orang subjektif dan berbeza-beza.
Perodua Myvi 2015 atau Proton Iriz, masing-masing punya kelebihan dan kekurangan. Semoga sedikit sebanyak, perbandingan ini dapat memudahkan membuat penilaian dan membantu mereka yang memerlukannya.
Dapatkan juga panduan penjagaan kereta ini!
Sumber gambar adalah dari Paultan.org
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
22 comments - "Perodua Myvi Baru (facelift) 2015 vs Proton Iriz"
nice review
smartnya lah..teringin nak sebijik dua..hehehe..
bagi aku Iriz perlu ambil masa yang agak panjang sebab jenama Myvi sudah lama memikat hati rakyat malaysia
jangankan sebiji dua banyak pun boleh dibeli nni cantik kedua-duanya...harga minyak dh turun best sikit pakai kereta...
Iriz mcm nampak lebih menarik.. lebih aerodinamik dan agak stylish berbanding Myvi. Cuma, ragamnya belum berapa dpt dikenalpasti lagi. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, proton kalau yg baru2 pernah terjadi masalah sikit dan saya antara yg pernah merasainya. Manakala nama myvi ni dah agak lama bertapak dan prestasinya pun sehingga kini agak baiklah. Setuju spt apa yg BL katakan tu..
Dua-dua kalau kakak dapat percuma menariklah BM hihi...
Kalau kena beli sendiri memang kurang menarik sebab tak ada duit:)
Kalau anak kakak drive ni macam cantik kan. Dalam hati kakak berangan tu tetap ada tau nak beli satu sebab tak pernah kakak memiliki kereta warna ini.
smart..smart..
Dua-dua cantik tapi satu pun zumal tak mampu ^-^
lebih kurang.. smart :)
dua2 nmpk bergaya..tapi jie lebih sukakan myvi..hihi
Assalamualaikum, tak sengaja saya mampir ke blog anda, saya cuma ingin silaturahmi. Jika berkenan mampir ye lafince.com
Wah menarik ni BM..Dua2 nampak smart bergaya ... Tapi kereta dah ada dua kat rumah tak blh la nak beli lagi ..Tunggu lain kali la kot hehehe
2 perkara menang myvi, yang lain semuanya menang Iriz... Pertama enjin Iriz agak kuat berbunyi, Kedua: Myvi ada kalis bunyi
lelaki juga yg hebat citer psl keta ...
Cantik jugak ☺
melihat semua, Iriz is better then Myvi but why Myvi a lot of people was used it.
berikan sebab2 munasabah haha.. tapi design belakang Iriz ja x berkenan sikit total is ok..
Nyesal pula ambil myvi.haha. sesal kemudian tiada guna..
Nak minta nasihat yg penah gunakan kereta iriz dan myvi, sy nk beIi kereta pertama bole bg cadangan antara myvi or iriz yg mana paling okey.
IRIZ SILVER MOON DUST..MY FIRST CAR
Saya menggunakan kereta Proton Iswara Aeroback Special Edition (hatchback) sejak tahun 2002 sehingga sekarang tidak pernah rosak teruk hingga tersadai. Cuma masalah kecil sahaja seperti power window, brake pad, wiper dsb. Enjin tidak pernah rosak walaupun sudah berumur 13 tahun. Purata perjalanan dalam sebulan 900 km untuk pergi kerja sahaja tidak termasuk bersiar-siar, jalan2 cari makan, round2 bandar membeli-belah, balik kampung dsb. Rakan sekerja saya menggunakan Toyota Corolla 1.8 2002, tapi beliau sudah menukarnya pada proton Preve sejak 2 tahun lalu kerana masalah piston ring dan beberapa major problem lain kerana sikap ambil mudah terhadap 'car care & maintenance'. So, bagi saya , jenama bukan utama, yang penting cuma penjagaan routine kereta anda. Jangan abaikan masalah biarpun ianya sangat kecil. Cegah sebelum menjadi besar.
Just received our new Iriz, full spec., bought from Proton Edar Penang as a 2015 built car. However, all engine engravings and QC stickers show the car was assembled in Dec 2014. The car has serious faults from obviously standing outdoors for many months and there is obvious rust, damage to the paint and many more defects. Proton Edar delivered faulty goods but refuses any responsibility! All Iriz buyers please be aware!
Review saya mengenai Iriz dan MYVI dari segi spec: Iriz 1.3/1.6 5 star crash test, MYVI 1.3/1.5 4 star. Iriz diperbuat dari Ultra High Tensile Steel, MYVI besi biasa, Gear IRIZ auto CVT 6 gear, MYVI auto 4 gear jenis lama, Iriz ada Electronic Stability Control (ESC) dan Traction Control, MYVI tiada ESC ataupun TC. IRIZ suspension tune oleh Lotus. Jelas sekali MYVI spec rendah dan bukan tandingan IRIZ, sebaliknnya boleh banding IRIZ dengan Jazz. Itu pun Jazz tiada TC. Pada saya IRIZ menang hands down. Kalau beli MYVI hanya jalan A ke B tetapi kalau beli IRIZ jalan A ke B dengan selamat Isyallah, selesa dan seronok (fun). Saya sedang tunggu nak daftar IRIZ baru saya.
Myvi is better
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”