بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mykad merupakan ciptaan inovasi negara bagi meningkatkan kualiti dan gaya hidup melalui kecanggihan teknologi Kad Pintar Kerajaan.

MyKad merangkumi aplikasi utama 8+1 (dalam cip) dengan akses yang pantas dan selamat dalam menjalankan pelbagai transaksi elektronik seperti pengesahan identiti, kesihatan, pembayaran, pengaksesan, perniagaan dan servis peruncitan.

pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

Ciri keselamatan termasuklah pengesahan menggunakan kekunci simetri kriptografi, sistem operasi pelbagai lapisan dengan ‘firewall’ serta landasan cip yang selamat. MyKad menggunakan dua jenis teknologi biometrik bagi tujuan pengenalan diri. Biometrik yang digunakan adalah gambar berwarna pemegang kad dan Sijil Digital untuk pengesahan diri.


Pelbagai Fungsi Dan Kegunaan Mykad

1. MyKad sebagai Kad Pengenalan Diri. Ia menyimpan maklumat-maklumat seperti:
  • Nama
  • Alamat
  • Bangsa
  • Status kerakyatan
  • Agama (bagi yang Gambar beragama Islam)
  • Minutiae cap jari
pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

2. Mykad sebagai dokumen sah lesen memandu. Semua data lesen memandu seperti tarikh luput, jenis lesen dan kategori lesen boleh di semak melalui Mykad (perlu lakukan pembaharuan lesen melalui Mykad)

3. Mykad sebagai Pasport Sah untuk urusan keluar dan masuk di pintu kawalan Imigresen Malaysia sahaja dengan menggunakan laluan “Autogate”

4. Mykad berfungsi sebagai Aplikasi Prasarana Kekunci Awam (PKI) yang memuatkan Sijil Digital dan Kekunci Persendirian di dalam MyKad. Sijil Digital ini membolehkan empat transaksi dilakukan secara elektronik seperti:
  • Pengesahan – orang lain tidak boleh menyamar sebagai anda
  • Pembuktian – tandatangan digital sebagai bukti sah transaksi
  • Sulit – Maklumat sulit boleh dienkrip sebagai sulit
  • Integriti – tiada pihak ketiga boleh mengubah sebarang maklumat

5. Mykad sebagai Kad Transit (Touch 'N Go)
pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

6. MyKad sebagai Dokumen Kesihatan yang menyimpan maklumat asas kesihatan seperti jenis darah, alahan, organ implan, penyakit kronik dan maklumat waris atau ahli keluarga terdekat.

7. MyKad sebagai e-Tunai di mana urusniaga serta transaksi MEPS Cash yang membolehkan anda membuat bayaran tanpa tunai untuk jumlah tidak melebihi RM2,000.

8. MyKad sebagai Kad ATM di pemegang MyKad boleh menjalankan urusniaga perbankan di mana-mana terminal ATM yang mempunyai logo MyKad

9. MyKad boleh digunakan sebagai Frequent Travellers Card (FTC) bagi kemudahan perjalanan keluar masuk ke sesebuah negara tertentu secara berulang-alik dengan menggunakan MyKad sebagai dokumen perjalanan, namun passport masih perlu dibawa.

10. Mykad sebagai Aplikasi e-Pasartani@FAMA yang merupakan satu sistem bersepadu menggunakan MyKad sebagai platfom menyimpan data ke dalam cip bagi merekod data dan maklumat peserta pasar tani FAMA.

11. Mykad sebagai aplikasi Pendaftaran Nelayan bagi mendaftar maklumat para nelayan. Aplikasi ini mengintegrasi Sistem Rangkaian Informasi Perikanan (SIRIP) dan Card Lifecycle Management System (CLMS), Jabatan Pendaftaran Negara.

12. Mykad sebagai Aplikasi MyPesara yang bertujuan bagi mengesahkan identiti seorang pesara Kerajaan Malaysia atau tangggungan pesara (pasangan dan anak) atau penerima pencen.

13. Mykad sebagai Aplikasi Orang Yang Kompeten (OYK). Aplikasi ini bertujuan menjadi pelengkap bagi sijil OYK berasaskan kertas kepada aplikasi rekod elektronik mudah-alih.

14. Mykad sebagai Kad Ganjaran dan Diskaun melalui Program Jom Aktifkan Mykad oleh MykadSmartShopper.

16. Mykad sebagai Dokumen Rasmi untuk program MyKasih

pelbagai-fungsi-kegunaan-kelebihan-mykad

Tahap Keselamatan Mykad

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari masa ke semasa telah menjalankan kajian keselamatan dengan bantuan syarikat perunding keselamatan. Kajian terakhir telah dibuat pada April 2010. MyKad atau sistem atau peralatan berkaitan telah disahkan pada tahap keselamatan yang memuaskan

Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) bersama dengan Cybersecurity Malaysia (CSM) dan Multimedia Development Corporation (MDeC) sedang menyediakan proses pensijilan alat pembaca kad yang bermula pada 30 April 2012. Jangan lupa... perbaharui Mykad anda!

sumber maklumat : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

12 comments - "Ketahui Pelbagai Fungsi Dan Kegunaan Mykad Anda"

Salam pagi khamis BM ...All the best & good luck ya ...

memang sebenarnya banyak kegunaan mykad ni...

Nurul Huda delete icon 10:31 PG

Kepelbagaian ini agak jarang diketahui pemilik. Terima kasih di atas perkongsian.

Tanpa Nama delete icon 1:33 PTG

tq BM sudi berkingsi info...

Khir Khalid delete icon 2:11 PTG

Semakin banyak kemudahan hanya dgn menggunakan mykad. Sungguh memudahkan cuma buat masa ini minda saya masih sedikit konservatif lagi utk menggunakan kemudahan mykad utk kesemua perkara mcm ni. Mungkin belum rasa bersedia dan masih ada perasaan kurang selamat lagi lah.. Tengok dan lihat dulu mungkin...

Unknown delete icon 3:00 PTG

hari nie p buat ic baru..cip mudah rosak..ada tip tak bro nak elak dari cip pd ic mudah rosak..

bagus jugak banyak fungsi dalam satu kad ni BM tapi ada tak bagusnya... sekali rosak atau hilang.. terkuntang kanting kita nak mereplace balik lagi2 kalau banyak sangat kita perlu ngan dia...

Terima kasih BM berkongsi maklumat.

Unknown delete icon 8:34 PTG

masih x guna my kad dlm byk perkara ...

Fiza Rahman delete icon 4:02 PTG

Hebat Mykad ni yer. Banyak kegunaannya.

Farina delete icon 10:59 PG

mykad mempunyai pelbagai faedah kepada masyarakat Malaysia.. tanpa Mykad,susah la hidup kita. kebanyakan perkara yang dilakukan perlukan my kad seperti buat lesen, bayar bil. dan lain lain. so, gunakan la manfaat mykad ini dengan baik.

Tanpa Nama delete icon 4:49 PTG

mohon copy untuk hw.tq

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap