بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap hidupan di muka bumi ini saling bergantung hidup antara satu sama lain. Namun... Jika kita renungkan, sebenarnya hanya manusia yang bergantung hidup kepada semua hidupan yang lain tetapi tidak ada satu pun hidupan yang bergantung hidup dengan manusia.

Tanpa binatang dan tumbuhan, manusia tidak akan mampu hidup di dunia ini tetapi tanpa manusia, binatang dan tumbuhan akan terus hidup.

Oleh itu kenapa kita perlu ada di muka bumi ini? Apakah tanggungjawab kita? Adakah kehadiran kita hanyalah untuk menggunakan, merosakkan dan memusnahkan semua hidupan dan alam semulajadi yang indah ini?


Tugas Dan Kewajipan Manusia Di Dunia

Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia
Ya! Sebenarnya dunia ini diciptakan untuk manusia. Sebuah alam yang sempurna untuk kehidupan sementara sebagai medan ujian sebelum ke alam yang kekal abadi.

Kita semua punya tugas dan kewajipan kepada Pencipta untuk tinggal di muka bumi ini. Tugas kita adalah sebagai khalifah untuk menguruskan dan bertanggungjawab ke atas semua makhluk di muka bumi ini. Kita merupakan ciptaan istimewa yang punya akal dan fikiran untuk berfikir agar dapat mentadbir dan menggunakan segala sumber dan hidupan dengan sebaik-baiknya.

"Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan." (Hadis riwayat Muslim).

Kewajipan kita pula adalah menurut dan menunaikan segala perintah yang diarahkan oleh Maha Pencipta tanpa sebarang keraguan serta dengan penuh keredaan.


Lupa Akan Tugas Dan Kewajipan

Namun medan ujian ini tidak semudah itu. Kita juga dikurniakan hawa nafsu yang terlalu rapuh untuk digoda oleh syaitan untuk berpaling lalu meninggalkan tugas serta kewajipan dan melakukan kemungkaran serta kerosakan.

Alam ini semakin musnah dan binasa akibat dari perbuatan manusia. Lupakah kita kepada tugas serta kewajipan sebagai khalifah yang sepatutnya menjaga dan menguruskan alam ini sebaik-baiknya? Lupakah kita akan matlamat kehidupan di dunia yang sementara ini?

Pelbagai petunjuk telah diberikan oleh Maha Pencipta sebagai amaran agar kita tidak terus melakukan kerosakan dan lalai dari melakukan tanggungjawab. Sebelum terlewat, insaflah dan kembali bertaubat...

Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia

"Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut kesan daripada perbuatan manusia, demikian (supaya Allah) merasakan kepada mereka terhadap (kerosakan) yang mereka lakukan, semoga mereka kembali bertaubat." (Surah Al-Rum ayat 41)


Ingat Mengingati

Bersama kita menunaikan tanggungjawab menjaga alam semulajadi ini. Semaikanlah rasa cinta terhadap alam sekitar. Urus dan gunakan sumber alam ini sebaik-baiknya kerana tanpa kelangsungan dan kestabilan... maka kehidupan manusia juga akan terganggu serta tersiksa.

Sentiasalah ingat... kehidupan aman, bahagia dan sejahtera di dunia dan juga di akhirat adalah matlamat kita! Ingatkan aku dan kamu...

Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia

Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

10 comments - "Tanggungjawab Menjaga Alam Dan Hidupan Di Dunia "

Untuk manusia tapi manusia juga yang memusnahkannya, atas nama kemajuan

terima kasih diatas peringatan..
sy setuju sangat...
kita diatas bumi Allah ni adalah seorang khalifah..
mmg tggjawab kita menjaga setiap apa yg Allah adakan dibumi ini..
baik haiwan and tumbuh-tumbuhan

Kathy R'bain delete icon 12:46 PTG

kebijaksanaan manusia boleh menjadi dua. samada menyelamatkan bumi atau memusnahkannya. moga kita memilih yang pertama untuk selamatkan khazanah bumi.

paridah delete icon 1:33 PTG

menjadi khalifah yg dipilih Allah utk mengurusi bumi n alamnya amat besar tanggungjawabnya...perlu dipikul sebaiknya....

setiap perbuatan pasti akan dimintai pertanggung jawaban semoga kita selalu ingat akan tujuan kita diciptakan

nice sharing

dalam kita mengejar kemajuan...adakalanya kita lupa tanggungjawab untuk menjaga alam semulajadi

Nao Mei delete icon 5:41 PTG

Betul...kita hidup mempunyai rantaian tersendiri....
Maka peliharalah sebaik mungkin...jangan sekali memusnahkan...sebab itu bermakna kita memusnah diri kita sendiri...
Berfikir sebelum bertindak.....
Tidak dinafikan.....zaman dah maju...semuanya perlu perubahan...tapi berhati-hati dengan perubahan...

Khir Khalid delete icon 9:11 PTG

Allah menjadikan tumbuhan dan haiwan sebagai keseimbangan utk dunia ini. Namun kemajuan tidak salah kerana ia tuntutan utk manusia agar meningkatkan taraf kehidupan cuma sebagai manusia, Allah memberi akal utk kita melakukan yg sebaiknya bukan sekadar mengejar nama dan keuntungan semata2. Semoga alam kita sentiasa terjaga sejahtera.. aamiin.

Alam sekitar dijadikan untuk kita tahu apa kah kepentingannya untuk kehidupan makhluk dimuka bumi ini...jadi peliharalah ia...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap