بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tinggal esok (18 Februari 2015) sahaja lagi peluang untuk anda yang belum menghantar penyertaan untuk menyertai contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh OhDuit.Com.

Melalui penyertaan ini, bukan sekadar untuk memenangi peraduan atau menguji kekuatan serta pengetahuan SEO tetapi juga dapat menyenaraikan blog-blog pilihan anda yang dirasakan terbaik untuk disenaraikan sebagai 'Best Blog' atau Blog Terbaik mengikut citarasa, pandangan dan pendapat sendiri.

Tiada kriteria khusus atau garis panduan, terpulang kepada anda untuk membuat penilaian dan memilih. Layak atau tidak, benar atau salah... tiada dalam peraturan yang menghalang anda untuk menyenaraikan apa sahaja blog yang anda inginkan.


Terima Kasih Memilih Relaks Minda

Dikesempatan ini, Relaks Minda ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah memilih Blog ini dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan anda. Terharu dan gembira di atas penghargaan yang diberi... Anda semua amat-amat dihargai!

Sebenarnya tidak pernah menjangka akan ada blogger yang sudi menyenaraikan Relaks Minda dalam senarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan mereka... Walaupun tidak sehebat denaihati.com atau sepopular Hasrul Hassan yang menjadi pilihan ramai... Namun sekrang-kurangnya ada juga yang menyedari kehadiran blog picisan ini di dunia blogging negara. Terima kasih seikhlas hati...

Apakah pandangan mereka yang memilih blog Relaks Minda @ relakssminda.blogspot.com sebagai salah satu blog pilihan mereka dalam Malaysia Best blog 2015 ini? Jom kita tengok...

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://www.akmaomar.com 

Terperanjat, terharu dan terkesima apabila melihat Relaks Minda berada dalam senarai yang menjadi pilihan blogger wanita terkenal dan hebat ini! Terima kasih AkmaOmar.Com. Melalui contest kita berkenalan... Semoga ikatan ukhwah kekal berpanjangan, InsyaAllah... Banyak lagi ilmu blogging yang perlu dikorek dari Akma Omar nih!

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://mohd-ridzwan.com 

Beliau gelar Relaks Minda "The Silent Killer"... Satu gelaran yang amat menggerunkan! Terlalu menakutkan! Namun realitinya... Taklah hebat sangat pun... Satu ulasan yang menarik dari mohd-ridzwan.com. Gelaran sesuai untuk beliau pula adalah Gunung Berapi! Ya... gunung berapi yang sedang lena tetapi hanya menanti masa dan ketika untuk meletus! Terima kasih Ridzwan... Semoga segala cita-cita anda dalam dunia blogging ini akan tercapai...

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://www.heroborneo.com 

Tak sangka juga Relak Minda menjadi pilihan hingga ke Borneo! Terima kasih HeroBorneo.Com... Seorang blogger yang rajin serta bersemangat tinggi yang amat saya hormati dan kagumi... Semoga saudara Hanafi beroleh kejayaan yang diimpikan...

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://calrasepatrick.blogspot.com 

Seorang remaja yang kian digeruni di persada blogging negara. calrasepatrick.blogspot.com kian menempa nama dan mengharum! Baru berusia 16 tahun... tetapi cukup berilmu dalam dunia blogging! Syabas anak muda! Ini merupakan satu penghargaan apabila beliau memilih Blog Relaks Minda sebagai salah satu pilihan Malaysia Best Blog 2015. Terima kasih CP.... Semoga masa depan anda cerah dan berjaya dalam dunia blogging dan juga dalam kehidupan.

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://yangbaik.blogspot.com 

Selalu juga singgah ke Blog Yang Baik ini kerana di sini anda hanya mendapat yang baik! Segalanya baik-baik belaka. Terharu apabila beliau memilih Relaks Minda yang tidaklah cukup baik dan sempurna ini untuk berada disenarai Malaysia Best Blog 2015 pilihan 'Yang Baik'. Semoga 'Yang Baik' sentiasa dalam keadaan terbaik...

Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015
http://cikmatahariku.blogspot.com 

Manakan layak untuk berada dicelah-celah HH dan AO... Terlalu tinggi pengiktirafan dari Cik Matahari ini. Terima kasih kerana sudi memilih Relaks Minda dalam senarai Best Blog anda... Sangat-sangat terharu dan begitu menghargainya. Cik Matahari...seorang guru dan blogger yang tidak mudah menyerah kalah, sedikit demi sedikit mula mencapai matlamat beliau dalam berblogging... Semoga beroleh kejayaan yang gemilang!


Terima Kasih Dan Semoga Berjaya

Sekali lagi... Jutaan terima kasih di atas penghargaan dan pemilihan Blog Relaks Minda sebagai salah satu Malaysia Best Blog 2015 pilihan anda. Semoga berjaya dan selamat bersaing dalam contest SEO tersebut...


p/s: Ini yang dapat dikesan...ada lagi ke? Kalau tertinggal, sila bagitau ya! Boleh update list ni...


Relaks Minda - relakssminda.blogspot.com

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

36 comments - "Blog Relaks Minda - Malaysia Best Blog 2015?"

subhanallaahh hebatnyaa. tahniahh :D

paridah delete icon 10:08 PTG

SEMOGA BERJAYA SBG MALAYSIA BEST BLOG 2015....

Unknown delete icon 11:13 PTG

Semoga berjaya...

ANIM delete icon 6:03 PG

tahniah..tahniah..
memang apa yang diperkatakan itu semuanya benarrrr...

memang blog ini layak masuk senarai Bang semoga terus menulis menebar kebaikan

mselim3 delete icon 8:14 PG

Assalammualaikum.... BM,

semoga berjaya dalam contest yang disertai nie k.. Amin.

mselim3

Sungguh kakak sangat bersetuju apa yg dihuraikan oleh mereka itu
Cuma kakak ni tak pandai nak berbuat seperti mereka
Kalau kakak pandai pun sudah pasti kakak akan senaraikan Relaks Minda sebagai salah satu calon blog pilihan kakak.

Tahniah BM. Blog Relaks Minda memang best.

BinMuhammad delete icon 10:09 PG

Ish...tak hebat mana lah... Blogger lain berpuluh2 tersenarai. Walaupun sikit tetapi amat besar/berharga sekali maknanya... Terima kasih Sayidah.

BinMuhammad delete icon 10:11 PG

Bukan matlamat saya nak jadi Malaysia Best Blog 2015 lah akak...
Yg lebih penting adalah ilmu dapat dikongsi bersama... :)

BinMuhammad delete icon 10:12 PG

Semoga kawin segera ya cik akak... Eh! Salah topik pulak, hehe

BinMuhammad delete icon 10:13 PG

Ye ke... Takut terlemas dek pujian, huhu... Terima kasih kak Anim

BinMuhammad delete icon 10:15 PG

Rasanya belum cukup layak kot... masih terlalu mentah.

BinMuhammad delete icon 10:17 PG

Waalaikumsalam mselim,
Terima kasih... Kali ini tiada sasaran...

Tanpa Nama delete icon 12:26 PTG

belog RM memang ok.. maaf lama tak bw ke sini,kathy tak boleh komen entri BM via hp..

As salam BM, saya kenal blog anda sejak mula blog Rileks Minda belum dikenali seperti sekarang,Saya melihat perkembangan dan kecemerlangan blog anda dalam dunia Blogger Malaysia.Blog ini layak mendapat pengiktirafan Malaysia Best Blog 2015:) semoga sukses dlm contest kali ini ya!

mrhanafi delete icon 5:35 PTG

alamak..nama saya terselit dalam entri blog terbaik..jutawan terima kasih kerana memberi backlink yang berharga buat saya..no prejudice RM blog's the best

Unknown delete icon 5:38 PTG

tahniah ! tidak sia - sia usaha kerana makin dikenali . semoga membawa kejayaan nanti ...

Unknown delete icon 8:32 PTG

Wahhhh...nama wan disebut-sebut di sini rupanya.
Patutlah terbatuk-batuk masa kat opis tadi.
Hehehhee...gunung berapi yerrrrrr....Apapun, well said bro BM and all the best in blogging world.

BinMuhammad delete icon 9:31 PTG

Akak tak perlu berbuat seperti mereka kerana akak adalah blogger hebat yang saya kagumi. Akak terbaik dgn cara akak sendiri... Terima kasih Kakzakie

BinMuhammad delete icon 9:33 PTG

Terima kasih Fiza kerana sentiasa menyokong dan bersama Relaks Minda. Anda amat dihargai :)

BinMuhammad delete icon 9:36 PTG

Terima kasih Kathy... tetap sudi singgah juga, jgn merajuk pula ye...

BinMuhammad delete icon 9:41 PTG

Saya masih rasa seperti dulu juga... Takut juga kalau dikenali ramai...huhu
Terima kasih CM... Contest kali ni agak sengit dan sukar serta kurangnya komitmen...
Semoga suksess utk CM juga.

BinMuhammad delete icon 9:42 PTG

Terima kasih saudara Hanafi! Mana boleh lupa hero borneo yg sorang ni... :)

BinMuhammad delete icon 9:43 PTG

Semakin takut dan malu apabila semakin dikenali... huhu
Terima kasih Vee

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Takut juga kalau2 gunung berapi meletus...rupanya batuk2 jer... hehe
Walaupun takut tapi ternanti2 juga bilakah agaknya akan meletus... hoho!
Terima kasih Wan...

Unknown delete icon 11:04 PTG

Jangan risau bro BM. Mungkin gunung berapi dah tak meletus lagi. Sebab dah tua kot. Mungkin sekadar mengeluarkan asapnya sahaja.

mrhanafi delete icon 7:26 PG

he..he..sama-sama buat bro BM..moga ukhuwah berterusan amin!

Khir Khalid delete icon 10:47 PG

Alhamdulillah tahniah buat BM & blog Relaks Minda. Sememangnya layak utk mendapat pengiktirafan serta penghargaan tersebut. Saya juga akui cuma tak join contest je. Semoga terus berjaya & mencapai segala hasrat yg dihajatkan dgn sepenuh kecemerlangan.. aamiin.. :)

Khir Khalid delete icon 10:47 PG

Alhamdulillah tahniah buat BM & blog Relaks Minda. Sememangnya layak utk mendapat pengiktirafan serta penghargaan tersebut. Saya juga akui cuma tak join contest je. Semoga terus berjaya & mencapai segala hasrat yg dihajatkan dgn sepenuh kecemerlangan.. aamiin.. :)

dapat masuk list pun dah hebat kan BM... kalau menang lagi lah best... mudah2an BM berjaya... kami akan tumpang gembira

Semoga terus komitmen dalam menulis..

semoga ini akan berikan peransang buat bro Bm untuk terus menulis...jika kita ikhlas menulis memang orang akan nampak bro..

natura delete icon 4:17 PTG

Setuju dengan komen-komen di atas.
Semoga BM akan lebih sukses di masa hadapan.

Unknown delete icon 5:52 PTG

Hahaha....kan cik akak dah terkena....
Doa kan yang terbaik...
Nie mesti nak tiket free datang majlis kawen cik akak,.hahaha..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap