بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap dari kita adalah penyumbang kepada penghasilan sisa buangan serta sampah di muka bumi ini. Oleh itu perlunya satu sistem dan peraturan yang perlu dilakukan serta dipatuhi agar sisa buangan dan sampah ini tidak membawa kemudaratan dan kesengsaraan kepada kehidupan manusia dan semua hidupan lain di muka bumi ini.

Kali ini kita lihat bagaimana evolusi atau sejarah bagaimana penghasilan dan pengurusan sisa buangan serta sampah ini bermula dan berkembang.

Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta Sampah


Evolusi Dan Sejarah

Evolusi pengurusan sampah bergantung kepada perubahan masa dan juga beberapa faktor. Perkara-perkara yang mempengaruhi pengurusan sampah ialah penempatan penduduk tersebut, hak atau tanggungjawab ke atas sisa buangan, (individu terhadap kerajaan, monopoli terhadap saingan pasaran) dan juga tanggapan individu terhadap sisa buangan tersebut (sisa buangan terhadap sumber).

Ternyata yang penting bagi isu-isu ini adalah kandungan dan kuantiti sisa buangan yang dihasilkan pada setiap peringkat yang berbeza dalam sejarah.


Zaman Sebelum Masihi

Orang purba menguruskan sisa buangan mereka melalui cara yang sesuai dengan lokasi mereka, kebudayaan mereka, kepercayaan dan juga kemajuan teknologi pada masa itu. Di Egypt, Mesir pada 2100 sebelum Masihi, orang kelas atasan membuang sisa mereka ke Sungai Nill manakala orang-orang bawahan pula, membuang sisa buangan mereka betul-betul di hadapan pintu rumah mereka.

Walau bagaimanapun pada masa itu sudah terdapat sistem saluran najis. Tempat pembuangan sampah yang pertama telah dibina pada tahun 500 SM di Athen dan Rom. Kedua-dua tempat ini dikumpul sampahnya dan proses ini telah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Walau bagaimanapun harus diingat ketika zaman tersebut sisa buangan hanyalah sisa organik yang mana ianya akan mudah terurai secara semulajadi.

Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta SampahSejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta Sampah


Abad Pertengahan

Pada penghujung abad pertengahan, sistem pelupusan sampah tidak lagi dilaksanakan dan pemandangan yang sungguh menjijikkan. Terdapat binatang peliharaan seperti khinzir berkeliaran di jalan raya, sampah-sampah berlonggokkan di lorong-lorong dan sisa-sisa buangan bersepah-sepah. Keadaan ini mula berubah di mana terbentuknya undang-undang yang pertama dilaksanakan oleh kerajaan negara tersebut.


Sebelum Kurun Ke 18

Pada tahun 1184, King Philip II telah menurap semula jalan di Paris. Walau bagaimanapun, pada tahun 1400, sampah sarap mula bertimbun dengan tingginya di luar kota Paris. Ini membuatkan sistem pertahanan mereka terganggu. Pada tahun 1609, Paris mula memperkenalkan Majlis Perbandaran yang pertama.

Pada tahun 1388 menyaksikan Parlimen Inggeris, mengharamkan pembuangan sisa buangan ke dalam sungai dan laluan air Augisberg menjadi Bandar pertama di German yang mempunyai jalan berturap pada tahun 1415. Negara China pula mempunyai sejarah yang panjang mengenai pengumpulan sisa buangan. Sejak 4000 tahun dahulu kaum China telah menabur sisa buangan ke atas ladang mereka untuk meningkatkan lagi tahap kesuburan tanah.

Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta Sampah


Kurun Ke 18

Perubahan besar yang pertama ke atas pengurusan sisa buangan telah dibawa oleh Revolusi Industri. Pertumbuhan penduduk yang tinggi tetapi tidak mempunyai sistem pengurusan sisa buangan telah membawa satu bencana besar kepada mereka. Akibat daripada bencana ini, penduduk telah mendedahkan fokus baru ke atas kesihatan dan sistem yang menjaga kebersihan pada tahun 1890an.

Teknologi baru telah direka untuk menguruskan sisa buangan. Tapak pelupusan sampah dan loji najis diwujudkan dan juga pengasingan sisa buangan juga diwujudkan. Pembakaran sampah secara tertutup diwujudkan pada tahun 1885 (Menke-Gluckert,1985).

Pada penghujung abad ke19 pula, pelupusan sampah telah menjadi satu masalah besar yang utama kepada semua orang. Maka bermulalah pengasingan sampah menjadi popular dan pemungut sampah yang berlesen dan tidak berlesen juga wujud. Projek pertama kitar semula telah diwujudkan di New York pada tahun 1895.


Kurun Ke 19

Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta SampahPada tahun 1920an menyaksikan tapak pelupusan mulai bertambah. Maka menebus guna tanah paya untuk pembuangan sampah menjadi pilihan pada masa itu.

Kemelesetan ekonomi yang teruk pada 1930an membawa perubahan kepada pengguna lori sampah dan kawalan kebersihan ke atas tapak pelupusan sampah. Semua sampah dicampur untuk mengurangkan kos dan juga memudahkan lagi para pemungut sampah.

Pada tahun 1950an, sikap penduduk lebih suka membuang sampah tanpa mengasingkannya. Tapak pelupusan sampah wujud dengan banyaknya dan kitar semula mula dilupakan. Pengurusan tanah menjadi satu sumber pendapatan yang lumayan.

Pada tahun 1960an, wujudnya syarikat-syarikat besar yang menguruskan sampah telah ditubuhkan. Kitar semula dan pengurangan sampah diwujudkan semula dalam era 70an. Sampah menjadi popular kerana orang ramai mulai sedar akan kesannya terhadap alam sekitar. Tapak pelupusan sampah juga dikurangkan dan juga dikelaskan sebagai pencemaran. - sumber 



Belajar Dari Sejarah

Dari sejarah kita berubah ke arah yang lebih baik. Kita dapat memahami dan mempelajari akan kesan baik buruk sesuatu tindakan tersebut sama ada untuk jangkamasa pendek mahupun panjang. Maka dari sejarah penghasilan dan pengurusan sisa buangan serta sampah inilah yang menjadi panduan serta dilaksanakan pada masa kini.

Namun ia bukanlah penamat atau pilihan yang terbaik! Setiap hari akan terus berlalu dan hari ini juga pasti menjadi sejarah. Apa sahaja yang berlaku, perlu untuk kita semua ambil sebagai pengajaran untuk ke arah yang lebih baik dan menjadi sesempurna yang mungkin demi kehidupan yang lebih aman, sejahtera dan bahagia di muka bumi ini.



Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

19 comments - "Sejarah Penghasilan Dan Pengurusan Sisa Buangan Serta Sampah"

mselim3 delete icon 11:37 PTG

Assalammualaikum...BM,

terima kasih BM informasi sejarah pengurusan sisa buangan sampah nie...

mselim3

kerusakan bumi bukan hanya karena sampah tetapi juga karena dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia

YatieOwner delete icon 8:44 PG

saya send link sekali :)
Jemput Join iPhone 5S Giveaway ya :) tq

paridah delete icon 9:57 PG

pelupusan sampah pun ada sejarahnya n kita perlu belajar agar cara pelupusan sampah terkini lbh baik n seseuai dgn era kini..

HAMIDIsP delete icon 10:11 PG

Rasanya sangat sukar mengurus sisa buangan ni. Sampah semakin banyak manakala pusat pelupusan semakin penuh dan kurang tapak pembuangan. Mungkin 100 tahun dari sekarang jika kita tiada teknologi yang sangat canggih, kita akan hidup dalam timbunan sampah. Moga dijauhkan..

Menarik juga kaedah yang diguna pakai China sebelum kurun ke-18 itu. Bahan buangan ditempatkan di ladang untuk proses kesuburan tanah. Waktu itu mungkin bahan buangan tidak seteruk hari ini.

Tanpa Nama delete icon 11:46 PG

salam singgah.nice sharing

info sejarah yang saya suka tapi kepala saya lebih membayangkan... bagaimana yer kalau kita hidup di tengah2 negara China 2000 tahun sebelum masehi atau lebih lama dari itu 5000 tahun sebelum Masehi di Mesir... kadang bermain difikiran kalau kita boleh menjelajah masa untuk ke sana... gilo betul hahahaha

Khir Khalid delete icon 12:02 PTG

Tak dapat nak bayangkan kalau tamadun dunia ini tiada inisiatif untuk menguruskan sisa buangan sampah yg sistematik. Pasti masyarakat kini lagi banyak ditimpa penyakit.. wallahualam...

Khir Khalid delete icon 12:03 PTG

Best juga tu Najib.. klu boleh, saya nak ikut.. :)

Nice sharing BM.. menambah pengetahuan tentang ini..

mama singgah... adui, banyak perubahan blog ni ye BM .. lama betol rasanya tak menjejakkan kaki.. penuh berinformasi..hiihihi

Unknown delete icon 11:06 PTG

suka dgn cara jepun melupuskan sisa buangan sampah ...

Tanpa Nama delete icon 12:48 PTG

tq BM atas info ini..

Unknown delete icon 5:46 PTG

Cuba kita bayangkan...jika pembuangan berluasa..tapinya bumi akan memberat...dah kemungkinan akan memberi kita pendedahan kepada pelbagai penyakit...
Terima kasih infonya....cik akak selalu je buang dalam sungai..mak hai..huhu

Tanpa Nama delete icon 1:11 PTG

boleh tak saudara kongsikan bahan rujukan??? thanks for the sharing info

BinMuhammad delete icon 1:44 PTG

Rujukan artikel di atas adalah dari nota kuliah Program Kesihatan Persekitaran Fakulti Sains Kesihatan UKM dibawah tajuk Sejarah Pengurusan Sisa Pepejal.

Dehan delete icon 8:47 PTG

Sip gan infonya menambah wawasan saya.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap