بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Berpindah Lagi Ke Rumah Baru
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berpindah lagi ke rumah baru! Bukan pindah rumah baru tapi... Relaks Minda berwajah baru lagi... Kali ini menggunakan Sevida Theme rekaan MKRdesign. Walaupun penampilannya agak menarik tetapi kurang kemas berbanding template sebelum ini iaitu dari Catatan Info. Abis tu... kenapa tukar ya?

Sebenarnya sayang juga nak bertukar dari template Catatan Info yang sangat mesra SEO itu namun apabila melihat sudah terlalu ramai yang menggunakannya, dah macam hampir serupa jer...

Walaupun telah pelbagai gaya, warna dan rupa diubah namun identiti template tersebut tetap tidak mampu dihilangkan... maka akan terasa macam masuk blog sendiri pula apabila berkunjung ke blog lain.


Kelebihan Rumah Baru

Hampir sebulan juga sebenarnya mencari template blogspot percuma yang mampu memikat hati, akhirnya template Sevida ini yang menjadi pilihan kerana beberapa sebab tertentu dan diantaranya adalah:
  1. Ianya mempunya koding yang mudah difahami dan agak senang untuk diubah suai. (namun begitu ciri-ciri slide images yang canggih untuk paparan imej di homepage tu, tak pandai gak nak guna...huhu)
  2. Tidak ramai blogger tempatan yang menggunakannya. Ada keunikan di situ.
  3. Mempunyai paparan yang membolehkan saiz tulisan (font) dibesar atau dikecilkan oleh pembaca hanya dengan klik A+ atau A- di atas tu! Maka gunakanlah mengikut keselesaan anda ya!
  4. Nak email atau print pun hanya sekali klik. Semoga mudah "ilmu dikongsi bersama"
  5. Tiada paparan backlink atau credit dari designer yang wajib dikekalkan. Maka ianya kelihatan seperti template premium walaupun sebenrnya adalah percuma.  
  6. Mobile friendly, responsive dan mesra SEO walaupun tidak sehebat template Catatan Info.
  7. Semua ciri-ciri asas dan penting siap ada serta mudah digunakan. (tread comment, breadcromb, header tag, sosial share, navi and menu, two layer with footer, ads friendly dan lain-lain lagi)
Berpindah Lagi Ke Rumah Baru
Nyamannya... kalaulah ini rumahku...

So... Bagaimana dengan template baru Relaks Minda ini? Anda sukakannya? Apa yang paling penting... adakah paparannya menyenangkan pandangan mata dan ciri serta fungsi yang ada memberi kemudahan buat anda? 

Ya! Sudah pasti ada pro dan kontra, manakan mampu untuk memuaskan hati serta citarasa semua orang, namun jika ianya untuk kebaikan bersama, silalah utarakan pandangan... Mungkin boleh dipertimbangkan. 

Rumah Baru Percuma Untuk Anda

Bagi pengguna blogspot yang masih menggunakan template asas dari blogger sahaja yang ingin bertukar kepada template design terkini yang responsive dan mobile friendly tapi tiada kemahiran, kini saya bukakan peluang untuk tukarkannya secara percuma! Ya.. FOC! Tapi bukanlah template yang sama seperti ini ye...

Hanya seorang blogger terawal yang meninggalkan komen di entri ini dengan menulis "saya mahu tukar template responsive" beserta sebab untuk bertukar template akan mendapat perkhidmatan ini! Jangan lupa... sertakan url blog anda ya! 

Rumah Baru... Semangat Baru

Bagi seorang blogger, bertukar template umpama bertukar rumah baru. Ianya pasti akan memberi satu semangat baru, kesegaran dan akan lebih seronok untuk meneruskan aktiviti blogging. Pengunjung setia yang berkunjung juga pasti akan terasa perbezaannya tapi alangkah lebih seronoknya kalau di dunia nyata ini boleh tukar serta ubah suai rumah semudah macam tukar template... :)

Berpindah Lagi Ke Rumah Baru


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


20 comments - "Berpindah Lagi Ke Rumah Baru "

Tercari cari juga tdi dimana kotak komen...scroll 2 3 kali..jumpa juga...almaklumla...tepon bese2 jer...:)

Lama dah x pindah rumah BM...sebab malas nak godek2...hehe...

Unknown delete icon 6:24 PTG

Wah rumah baru...cik akak baru je tukar..kiki...nanti nak juga tukar baru..pengsan..haha

wahh...biru yang cool! memang best kan BM kalau boleh tukar rumah baru macam tukar template baru..hoho...

Hero Borneo delete icon 7:43 PTG

template lama lagi cantik tuan..walau apapun ia adalah pilihan tuan tanah..saya sebagai tetamu hanya pasrah..

tanya pendapat follower yang lain pulak!

Unknown delete icon 9:01 PTG

ok , menarik . klu saya tukar template camni juga , boleh ke ... heheheeee

paridah delete icon 9:45 PTG

cantiknya rumah baru BM...berpindah rumah selalu ya...

mselim3 delete icon 11:16 PTG

Assalammualaikum... BM,

semoga rumah baru ini menambah semangat berblog...

mselim3

pls: mselim3 guna lagi template yang lama... lagi. Ada plan nak tukar gak nie.. tgh repair kelemahan template nie dari segi SEO . Insaallah..

Unknown delete icon 5:29 PG

Boleh tahan jugak lawanya rumah baru BM nie. Menarik. Saya pun pindah rumah jugak.

dah 2 org mengunakan rumah baru...tadi maasuk blog Arzmoha pun berumah baru jugak

Fiza Rahman delete icon 10:46 PG

Nampak kemas dan tersusun. Rasa macam nak tukar template mcm ni, Tapi baru jer tukar rumah baru gak ☺

Unknown delete icon 3:47 PTG

Ingatkan BM pindah masuk rumah baru di alam realiti ni..rupanya rumah alam maya..cantik juga rumah maya ni..kemas

natura delete icon 4:39 PTG

Ingat kan memang masuk rumah baru betul-betul tadi.
Rupanya wajah blog baru yea.
Nampak simple la

wah template ini lebih terlihat lebih rapi tampilannya dari template yang dulu

onlajer delete icon 4:52 PTG

sekarang saya dah tak rajin nak godeh - godeh theme, pakai je la apa yang ada hehehe

HAMIDIsP delete icon 3:04 PTG

Cantik template ni. Macam rumah banglo..:)

Tanpa Nama delete icon 10:32 PTG

Kathy suka yg ini sebab popup iklan tak keluar lagi bila nak komen.

Khir Khalid delete icon 9:09 PTG

Tumpang tido kat rumah baru boleh hehee.. Tahniah BM.. :) :)

Yana Yani delete icon 5:25 PTG

saya be;um nampak ada yang tinggalkan "saya mahu tukar template responsive"
kalau cam blog saya, mungkin tak sesuai gamak nya
hehe...

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap