بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaikan tidak terasa, masa begitu pantas sekali berlalu. Kini sudah masuk bulan Mac 2015. Sebulan bagaikan satu minggu... Inilah keadaan di akhir zaman apabila masa seakan bergerak amat pantas sehingga terasa tidak cukup akan 24 jam sehari.

Cuaca juga agak tidak menentu. Suasana panas yang melanda mungkin akan bertambah panas apabila menginjak ke bulan Mac ini dan dijangkakan berpanjangan sehingga ke Bulan Mei. Apa juga yang melanda, kita tetap harus tempuhinya dengan sabar dan tabah...

Bulan Februari 2015 - "ilmu dikongsi bersama"


Relaks Minda di Bulan Februari 2015

Bukan sahaja harga minyak yang sentiasa berubah setiap hari, prestasi blog juga mencatat turun naik yang menjadi rujukan buat seseorang blogger. Bulan Februari 2015 hanya ada 28 hari maka ianya pasti akan memberi kesan yang besar ke atas prestasi blog.

Bagi blog ini, Bulan Februari agak kurang aktif. Hanya 22 artikel yang berjaya diterbitkan. Ini disebabkan oleh kesibukan yang melampau (macam sibuk sangat...hoho!) dan cuti panjang Tahun Baru Cina menyebabkan jumlah trafik merosot. Hampir 100K penurunan Pageviews (PV) berbanding bulan Januari 2015.

Google Analytic - Relaks Minda - Februari 2015
Google Analytic - Relaks Minda - Februari 2015

Hanya lebih kurang 19K menjadi catatan tertinggi PV yang dicatatkan pada 16 Februari. Penurunan trafik juga memberi sedikit kesan ke atas Bounce Rate apabila meningkat sedikit berbanding bulan sebelumnya. 

Namun begitu, disebalik penurunan, prestasi blog; Bulan Februari 2015 ini merupakan peningkatan lebih 300 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas iaitu bulan Februari 2014.


Popular Post Februari 2015

Artikel-artikel lama tetap menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah trafik blog ini. Entri berkaitan topik carian sepanjang masa memberi banyak kelebihan buat blog ini untuk terus mencatatkan kunjungan terutama dari enjin carian.

Tiada satupun entri yang diterbitkan pada bulan Februari 2015 berjaya menjadi Top 10 entri popular sepanjang bulan tersebut. Entri informasi mengenai model baru Myvi (facelift) 2015 terus jauh di atas mengungguli carta.

Berikut adalah senarai Relaks Minda Top 10 Popular Post pada bulan Februari 2015

Top 10 Popular Post - Relaks Minda - Februari 2015
Top 10 Popular Post - Relaks Minda - Februari 2015


Sahabat Paling Mesra Relaks Minda

Berikutan jumlah entri yang kurang dan kesibukan admin sehingga kurang aktif untuk melakukan blogwalking, maka jumlah komen dari sahabat dan tetamu juga agak terjejas. Ampun maaf dipinta jika ada yang terasa hati atau kecewa... Bukan sombong kerana Malaysia Best Blog 2015 ya! Tak dapat pun nak beri tumpuan pada contest SEO tersebut...huhu

Namun kehadiran sahabat dan setiap tetamu yang telah meninggalkan sebarang komen dan pertanyaan amat-amat dihargai dan dihormati. Jutaan terima kasih kerana terus memberi sokongan dan menceriakan blog ini.

Seperti selalunya... Top 20 Sahabat yang paling mesra bulan Februari 2015 ini kan tersenarai dalam Bloglist Sahabat di 'Sidebar Blog' sepanjang bulan Mac 2015.  

Top 20 Sahabat Paling Mesra - Relaks Minda - Februari 2015
Top 20 Sahabat Paling Mesra - Relaks Minda - Februari 2015


Mac Bertamu Februari Berlalu

Bulan Mac telah bermula... Semoga ianya menjadi bulan yang lebih baik berbanding sebelumnya buat kehidupan kita semua. 

Sekali lagi... Jutaan Terima Kasih kepada semua pengunjung dan tetamu Relaks Minda disepanjang bulan Februari 2015. Semoga anda beroleh sedikit manfaat serta ilmu yang boleh kita kongsikan bersama di blog picisan ini. Salam manis di Bulan Mac 2015!

Bulan Februari 2015 - "ilmu dikongsi bersama"
Relaks Minda - 'ilmu dikongsi bersama'


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

16 comments - "Bulan Februari 2015 - "ilmu dikongsi bersama""

cepatnya masa berlalu..meninggalkan segala kenangan..yg indah..yg pahit,...semuanya ada..:)

HAMIDIsP delete icon 11:22 PG

SP sbnrnya agak sibuk sepanjang bln feb dan dijangka sibuk dibulan mac ini juga..:(

salam bulan mac ;)

Salam BM...sekejap jer dah hampir setahun saya kat Kelate..
Semoga BM terus sukses..

Alhadulillah, terima kasih di atas penyenaraian blogger 'Sahabat Paling Mesra Relaks Minda' bagi Inspirasi Huda. Setuju dengan tajuk entri di atas, 'Ilmu dikongsi bersama'.

paridah delete icon 2:32 PTG

assalam semoga pencapaian blog terus meningkat walau ada masa naik turunnya.

Salam Bulan Mac 2015 BM..

Selamat melangkah ke bulan mac..thanks bM sudi berkongsi ilmu

Unknown delete icon 3:30 PTG

Blog memang hebat dah meletop..kiki...
Nama cik akak dah naik....
Tu baru cik akak yang sebenarnya..kiki..
Rajin je komen lepas nie.....maklumlah blog baru...azam angan2 pun baru....hihi

Dah lama tak ke sini. Tahniah, BM.

Tahniah BM.. hebat blog ni..semoga terus sukses!

Semoga semakin meningkat pencapaiannya aih ada bloglist di sidebar kena tingkatkan lagi kunjungan ke sini Terimakasih

dapat masuk list dalam blog tersohor macam ni pun dah kira membangga kan sesangat... respek lah kalau begitu ramai pengunjung... selamat maju jaya... memang betul masa sangat cepat berlalu... dah tak terkejar dah nak buat semua benda...

salam singgah

Biarpun turuj 100K tapi hakikatnya masih dlm kategori terbaik sebab rata-rata memang dlm bulan Februari akan jatuh sebab harinya sikit dan cuti banyak..

Apa pun tahniah dari kakak sebab RM tergolong blog yg terbaik.

Tanpa Nama delete icon 10:50 PTG

alhamdulillah..tahniah alls..

Yana Yani delete icon 1:40 PTG

saya antara orang yang perlu minta maaf sebab dah lama tak ke sini
terlalu sibuk dengan kehidupan sebagai seorang mama (katanya...hehe)
alhamdulillah, baru ni dapa memulakan kembali rentak =)

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap