بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas SPM atau STPM?Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nampak memang mudah jer topiknya.. Ya! Kemanakah hala tuju pelajar ini selepas SPM atau STPM? Bagi yang mendapat keputusan cemerlang sudah pastilah akan terus menyambung pelajaran sama ada di institusi pengajian tinggi awam mahu pun swasta.

Bagi mereka yang kurang berjaya atau gagal, tapi kalau ibu bapa punya sumber kewangan yang tinggi pun masih boleh juga sambung belajar sama ada di institusi pengajian tinggi swasta atau pun belajar di luar negara. Di zaman ini, ada duit segalanya boleh!

Bagaimana pula dengan keluarga yang tidak punya kemampuan kewangan ini? Kegagalan dalam SPM atau STPM ini telah menjadi titik noktah buat pelajar-pelajar untuk terus menuntut ilmu secara formal. Kemanakah hala tuju mereka?


Realiti Kehidupan Setelah Gagal SPM atau STPM

Di sinilah peranan dan cabaran buat ibu bapa dalam membentuk serta membimbing masa depan anak-anak remaja yang masih mentah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebenar. Pada usia yang penuh dengan kecelaruan mental, emosi dan belum mengenal erti kehidupan ini, mereka amat mudah terpengaruh, terpedaya, tertekan, mencuba, mengikut perasaan serta memberontak.

Maka pada ketika ini, mereka akan mudah terjebak dengan masalah sosial dan akhirnya terlibat dalam jenayah serta menjadi sampah masyarakat. Satu kerugian besar kepada agama, bangsa dan negara.

Bagi yang betul hala tuju serta jalannya, ianya akan menjadikan mereka seorang insan yang sangat cemerlang. Lihat sahajalah billionaire di dalam negara dan juga di seluruh dunia, mereka juga bukanlah punya pendidikan yang tinggi dan cemerlang dalam pelajaran namun melalui pendidikan secara tidak formal dan melalui pengalaman, bijak mencari peluang serta dengan usaha yang bersungguh-sungguh, mereka masih mampu berjaya!

Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Dimanakah mereka yang cemerlang dalam pelajaran ini? Mereka hanya menjadi pekerja yang menggerakkan dan menjana pendapatan buat billionaire-billionaire tersebut! Malah ramai yang menganggur setelah tamat pengajian... Lihat! Akhirnya... kemahiran dan usaha juga yang diutamakan.


Gagal Bukan Bererti Gagal Selamanya

Oleh itu, menuntut ilmu bukan semestinya melalui pendidikan secara formal. Adalah penting buat ibu bapa dan para pelajar tersebut mengenal pasti potensi, kemahiran dan kelebihan diri. Dari sinilah mereka perlu mengasah bakat yang ada dengan lebih mendalam sehingga menjadi seseorang yang pakar dan profesional dalam bidang tersebut melalui belajar sambil bekerja dari bawah.

Susah? Ketahuilah, tidak ada jalan mudah untuk berjaya! Mereka yang belajar di universiti pun sebenarnya seksa dan susah sehingga ada yang terpaksa ikat perut.

Mungkin melalui kisah kejayaan anak melayu ini mampu menjadi inspirasi untuk anda berjaya! : Kisah Mustafa Si Pemotong Daging Istana Buckingham

Tuntutlah ilmu dan asah bakat serta kemahiran melalui pendidikan secara tidak formal sambil bekerja. Malah kini kerajaan juga menyediakan pusat-pusat Giat Mara yang memberi alaun sambil belajar dalam bidang kemahiran-kemahiran tertentu.


Masa Depan Di Tangan Anda

Kehidupan di dunia masa kini terlalu mencabar. Hanya mereka yang bijak merebut peluang, berkemahiran serta bersungguh-sungguh akan beroleh kejayaan. Oleh itu, kegagalan dalam SPM atau STPM bukanlah penentu bahawa anda akan gagal di masa hadapan. Ianya bukanlah satu keputusan terakhir penentu kehidupan anda!

Hidup ini masih panjang dan kaki baru sahaja memulakan langkah untuk menempuh kehidupan yang sebenarnya. Hanya diri anda sendiri yang menentukan hala tuju kehidupan yang anda inginkan.

Semua orang boleh berjaya! Rebutlah peluang yang ada! Berusahalah bersungguh-sungguh! Jangan leka dengan keseronokan duniawi yang akhirnya akan membuatkan anda menyesal hingga ke akhir hayat. Jangan musnahkan masa depan! Buktikan dan jadilah salah seorang yang berjaya walaupun telah gagal dalam SPM mahu pun STPM! Siapa tahu, mungkin anda salah seorang bakal billionaire di masa hadapan... InsyaAllah.


p/s: Semoga berjaya dalam keputusan SPM dan STPM!

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

12 comments - "Kemana Hala Tuju Pelajar Selepas SPM atau STPM?"

pilihan selepas tamat kemana sangat menentukan akan menjadi apa anak nantinya di masa depan

HAMIDIsP delete icon 9:58 PG

Akademik bukanlah segalanya. Kembangkan bakat yang ada. Namun usaha 1000% ditagih sepenuhnya.. Semoga adik-adik diluar sana berjaya dalam kehidupan..

paridah delete icon 10:51 PG

RAMAI YG BERJAYA DLM KEHIDUPN WALAU PENCAPAIAN AKADEMIK XSEBERAPA YANG PENTING ADA SIKAP RAJIN BERUSAHA KINI PELUANG UTK MENMBH ILMU MENYAMBUNG PENGAJIAN SGT BNYK WALAU RESULT SPM STPM SEDERHANA SAJA DAN ANAK2 INI PERLU DIBIMBING MENUJU JLN KEJAYAAN.

Unknown delete icon 11:46 PG

Kawen kot...hihi...jangan marah ye uncle...
Gagal atau keputusan tak bagus....
Perlulah berusaha lebih gigih lagi kan...
Ilmu perlu ditimba seumur hidup...

adarain delete icon 11:50 PG

Ini satu permulaan mengahadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Betul tu, gagal bukan bererti penamat buat segalanya. Kalau kita dah usaha, namun rezeki tidak sebaik seperti orangm bukan bermakna kita tiada harapan. Lihat saja contoh entri di atas, ia fakta dan usaha itu bermula dari diri kita. Tiada istilah gagal dalam kehidupan, yang ada cuma kurang bernasib baik, tapi ia masih boleh terus diperbaiki sebab kehidupan perlu terus pandang ke depan.

Samada memperoleh keputusan tercantik, kurang cantik atau tak cantik.. perjuangan masih jauh dan perlu diteruskan..

aku dulu banyak main..selepas SPM masih ingat mahu main lagi..harap adik2 kita akan terus tetapkan matlamat hidup untuk berjaya dalam hidup

No name delete icon 10:23 PTG

Selepas keputusan SPM dan STPM dah keluar ni masing-masing sibuk cari borang dan daftar UPU, kalau keputusan kurang memuaskan sekali pun jangan risau sebab sekarang ni berlumba-lumba IPTS mencari pelajar

Perjalanan lepas spm dan stpm sebenarnya masih jauh. Dulu terasa dah dewasa bila habis spm... bila melihat kembali, ia sebenarnya adalah permulaan melangkah ke gerbang fasa kehidupan yg baru. Kpd yg berjaya, teruskan usaha dan kepada yg gagal, jngn putus semangat kerana ia hanya sebahagian dari proses kehidupan.. banyak lagi kegagalan dan kejayaan yg menanti... segalanya bermula dlm diri kita dan persediaan utk kita hadapi segalanya dgn tenang dan tabah...

Tanpa Nama delete icon 10:49 PTG

pilihan di tangan masing-masing..berusahalah mencapai impian..

Yana Yani delete icon 2:02 PTG

saya setuju, gagal hari ini bukan bermakna gagal untuk selamanya
sistem pendidikakan malaysia berorientasikan peperiksaan yang bukan semua mampu cope
kebanyakkan yang berjaya di luar sana adalah mereka yang gagal dalam akademik
bak kata abah saya, belakang parang kalau diasah pun akan tajam
moralnya sedang aje, berusahalah =)
pasti tiada yang mustahil

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap