بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen?Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen dan Pengomen? Assalamualaikum dan salam sejahtera. Macam dalam iklan Maggi... Kenapa mesti kari? Begitulah juga topik kali ini kerana ianya hanya berkaitan tentang komen dan pengomen. Kenapa mesti komen?

Semakin banyak persoalan itu bermakna sel-sel otak sedang berhubung... maka selalu-selalulah bertanyakan soalan... Di sini ada beberapa persoalan tentang komen yang menuntut kita bersama-sama untuk mencari jawapan dan melontarkan pandangan kerana setiap jawapan persoalan ini berbeza-beza bagi setiap orang. Oleh itu jangan risau, tiada yang salah... semuanya adalah betul belaka.


Persoalan-persoalan tentang komen :

1. Kenapa setiap entri perlu ada orang komen?
  • Setiap komen membawa maksud pengunjung tersebut membaca dan menghayati entri sehingga menuntut mereka memberi komen sama ada ianya persoalan, pandangan, kritikan dan juga penghargaan. Oleh itu perlunya ada komen bagi mendapat 'feedback'. Dengan adanya komen juga menunjukkan entri tersebut mendapat perhatian dan ada tarikan tersendiri. 
  • Akan menjadi pencetus semangat dan terasa dihargai.

2. Kenapa entri tiada orang komen?
  • Perlu lihat kepada topik entri tersebut. Mungkin ianya sekadar informasi yang tidak memerlukan interaksi. 
  • Mungkin adminnya tidak mesra dan tidak rajin blogwalking atau pun bersosial di media sosial.
  • Mungkin format ruang komen tidak mesra pengunjung

3. Kenapa ada entri terlalu banyak orang komen?
  • Tidak dinafikan, jika anda berkunjung ke blog terkenal atau portal-portal seperti denaihati.com, paultan.org, amanz.my, malaysiakini, beautifulnara, rotikaya dan sebagainya... Memang setiap entri akan ada banyak komen. Ini bermakna, entri tersebut mungkin terlalu menarik dan menjadi topik bualan serta perbahasan.
  • Mungkin adminnya yang sangat mesra dengan pengunjung dan selalu blogwalking.
Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen?
Komen! Jangan tak komen!

4. Kenapa perlu balas atau tak perlu balas komen?
  • Perlu balas jika ianya berkaitan pertanyaan yang menuntutkan jawapan
  • Perlu balas jika anda rasakan setiap pengomen wajar disapa dan dihargai
  • Perlu balas kerana barulah bertepatan sebagai media sosial, ada interaksi dan komunikasi 2 hala
  • Perlu balas jika anda rasakan ianya perlu dibalas
  • Tak perlu balas jika anda rasakan ianya tidak perlu dibalas

5. Kenapa perlu tinggalkan komen?
  • Perlulah tinggalkan komen kalau ingin bertanyakan soalan, memberi kritikan atau pun penghargaan
  • Sebagai bukti anda telah berkunjung (selalunya akan mengharap kunjungan balas... :))
  • Sebagai salah satu cara untuk berkenalan dan menjalinkan hubungan ukhwah sesama blogger
  • Untuk tinggalkan link penyertaan contest, segmen atau GA

6. Kenapa blog perlu ada ruang komen?
  • Blog adalah salah satu medium media sosial dalam dunia maya. Jika anda faham akan maksud sosial maka sudah tentulah anda faham kenapa perlu ada ruang komen di blog. Maka ruang komen diwujudkan sebagai satu ruang untuk interaksi dan komunikasi dua hala yang wajib ada untuk menjadikan blog sebagai sebuah medium media sosial. 
Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen?
Kenapa mesti komen?

7. Kenapa komen perlu dihapuskan (delete)?
  • Komen memfitnah, menjatuhkan maruah, komen spam, komen lucah, komen yang tidak berkaitan dengan entri, komen dari musuh, komen promosi/kempen dan apa-apa sajalah komen yang ingin anda delete...

8. Bagaimana cara nak menulis komen?
  • Tiada cara atau teknik khusus untuk menulis komen tapi sebaik-baiknya gunakanlah bahasa yang sopan, beretika, senang difahami dan jelas. (boleh dapatkan panduan di SINI)
  • Komen yang bernas, bermutu dan tepat dapat menunjukkan kematangan serta keperibadian pengomen yang berilmu tetapi begitu juga jika sebaliknya.
  • Gunakanlah bahasa mengikut bahasa yang digunakan oleh blog tersebut. (kalau entri Bahasa Melayu, komen guna Bahasa Melayu)
  • Sesetengah blog menghadkan komen lebih 10 patah perkataan untuk diluluskan maka ianya menuntut anda mengarang komen dengan lebih berkualiti

9. Bagaimana nak mendapatkan pengomen?
  • Anda komen pasti akan ada yang datang komen balik. (rajin blogwalking dan mesra)
  • Buat entri yang berkualiti dan memerlukan pandangan pengunjung.
  • Pujuk rayulah pengunjung anda... hehe!
Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen?


Komen, Komen, Komen...

Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Ianya mungkin sama dan mungkin juga berbeza serta banyak kekurangannya. Kalau nak komen pun silakan kerana mungkin pandangan dan jawapan anda lebih relaven, tepat dan lebih sampai maksudnya.

Komen atau tidak, itu adalah hak individu. Komen yang banyak atau sebaliknya dapat memberi gambaran kasar akan sesebuah blog dan adminnya namun ianya tidak semestinya benar. Namun tanpa komen pasti sesebuah blog akan kelihatan sepi dan kewujudan blog sebagai sebuah media sosial tidak bertepatan.

Apa pun, matlamat kita semua ber'blogging' berbeza. Yang penting adalah anda bahagia, seronok dan mencapai matlamat yang diimpikan. Blog anda... cara anda!

10. OoKay!... sekarang ini perlukah anda memberi komen pada entri ini?  :) 
  • Wajib... haha!

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Ditulis oleh :

46 comments - "Kenapa Entri Blog Perlu Ada Komen?"

apabila ada orang komen kita rasa entri kita dihargai dan berikan semangat untuk terus menulis

titan delete icon 6:32 PG

kalau ada bagus, kalau tak ada pun bagus gak. Hehe

tanpa komen...sesebuah entri bagaikan tak bermakna..

paridah delete icon 9:14 PG

komen mengomen tanda kemesraan yg terjalen antara blogger..sapa menyapa di alam maya.

Eksss nak tanya bro skit.. Kalau banyak komen pada entri blog, adakah itu boleh mempengaruhi untuk berada di kedudukan teratas carian enjin?????

BinMuhammad delete icon 10:18 PG

Ya bener sekali bro... :) Tapi kena tengok juga komen2 yang macam mana kan...

BinMuhammad delete icon 10:29 PG

Sudah tentulah tidak kerana faktornya kecil... tetapi mungkin boleh menjatuhkan kerana bergantung kpd setting 'on page seo' blog. Namun begitu komen yang banyak dan berkualiti boleh mengukuhkan Alexa Rank.

Terasa penulisan dihargai bila ada pengunjung yang komen.

dulunya, ketika awal berblog saya dah biasa tiada sesiapa komen entri saya.Sehingga sekarang, kebiasaan itu menjadikan saya tidak kecil hati jika entri saya tidak berkomen.Namun, jika ada yang datang komen, saya akan membalasnya mengikut kesesuaian.Memang ada komen yang tidak perlu dibalas..

Assalam
Sy datang komen BM, hehe... ya btul..komunikasi 2 hala. Tp kt blog sy...org komen..insyallah sy baca...tp ambik masa nk balas komen tu... lg suka pgi terus ke blog mereka jer... kan...:)

Rossaimi delete icon 8:10 PTG

Saya memang terlalu jarang melakukan blogwalking dan mengomen di blog orang lain. Bukan kerana sombong tetapi ada kekangan masa. Mungkin selepas ini saya cuba blogwalking dari satu blog ke blog yang lain. Memang kekadang apa yang kita tulis perlu ada feedback daripada orang lain.

Hero Borneo delete icon 10:25 PTG

disebabkan setting SEO tak betul menyebabkan SERP entri blog saya jatuh menjunam ketika banyak komen..

mselim3 delete icon 10:58 PTG

Assalammualikum... BM.

terima kasih perkongsian nie...

mselim3

weschairs delete icon 6:52 PG

No komen kang marah pulak.. Ha ha

Ok ni kena komen nii hehe..Bagi Lya ..bila kita up satu2 entri bila ada yg sdi komen alhamdulillah ..ada jugak sahabat yg sdi baca entri kita..

BinMuhammad delete icon 7:17 PTG

Tunjuk ajar ku sifu...hoho!

BinMuhammad delete icon 7:17 PTG

Komen akak sentiasa bermakna buat saya :)

BinMuhammad delete icon 7:18 PTG

Saya sentiasa ternanti2 komen mesra dari akak :) Sapalah selalu...

BinMuhammad delete icon 7:20 PTG

Betul tu... Pengalaman mengajar kita... dan perlu belajar dr pengalaman

BinMuhammad delete icon 7:20 PTG

Komen2 AB juga amat2 dihargai... tq :)

BinMuhammad delete icon 7:22 PTG

Alah bisa tegal biasa... Itulah yg mematangkan kita.

BinMuhammad delete icon 7:23 PTG

Cara itu terpulang kpd individu... tiada yg salah.
Kedatangan AM dialu-alukan dan amat dihargai... :)

BinMuhammad delete icon 7:26 PTG

Setiap blogger ada cara dan matlamat mereka sendiri. Pilihlah yg terbaik, yg anda mampu dan seronok lakukan. Always be yourself...

BinMuhammad delete icon 7:27 PTG

Nasib baik komen! Kalau tak.. memang kena marah nih! Hahaha!

BinMuhammad delete icon 7:28 PTG

Waalaikumsalam mselim,
kehadiran sahabat sentiasa dinanti..

BinMuhammad delete icon 7:29 PTG

Saya sekarang ni selalu jadi silent readers jer... buleh kan :)

Bila ada orang komen, rasanya seperti dihargai. "Ada orang baca blog aku rupanya:)"

Unknown delete icon 12:38 PTG

Saya wajib komen kalau singgah di rumah BM ni, suka dengan entri dan perkongsian yang menarik :)

Hani delete icon 3:37 PTG

okla saya komen jugak, saya pun suka dengan perkongsian yang menarik dan bahasa yang santai. Good work!

naomei delete icon 5:11 PTG

Eh..eh..bila masa pula entri ini publish..isk..isk..memang tak adil..
Cik akak tak komen lagi nie....
Kena gak komen..kang merajuk lak uncle kita

HAMIDIsP delete icon 11:15 PTG

Sangat penting sebenarnya kotak komen ni. Blog BM pun sangat sarat dengan komen-komen dari sahabat dan pembaca..

Saya mmg org yg suka bersosial tapi bukan kaki kelab malam atau sewaktu dgnnya.. lebih baik jln2 komen dari habiskan masa mlm2 kat kedai mamak bersosial mcm tu huhu.. Tak de komen kat blog pun tak best juga.. tak taulah kenapa.. cuma hakikatnya mcm tulah.. :D

Zumal pun singgah komen gak... Terima kasih atas perkongsian ilmu BM nie... Moga entri zumal pun sentiasa dikomen ^-^

BinMuhammad delete icon 5:17 PTG

Ya... Seperti anda juga, amat2 dihargai. Terima kasih :)

BinMuhammad delete icon 5:19 PTG

Terharu dan terima kasih... Rumah ini sentiasa terbuka dan mengalu-alukan kedatangan anda :)

BinMuhammad delete icon 5:21 PTG

Setiap orang ada cara dan identiti sendiri... ianya tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.

BinMuhammad delete icon 5:22 PTG

Komen! Jagn tak komen... Kalau orang tua merajuk, susah nak pujuk! hoho!

BinMuhammad delete icon 5:24 PTG

Lain padang lain belalang... Tetap ada juga sesetengah blogger yang menganggap komen ini tidak penting...

BinMuhammad delete icon 5:27 PTG

Saya tidak menafikan dan amat kagum dgn KK yang sangat rajin meninggalkan komen. Kalau KK tak muncul memberi komen...terasa seperti kehilangan dan ada kekurangan. Teruskan semangat mu... Ruangan komen di RM sentiasa menanti dan mengalu-alukan kedatangan KK. Jutaan terima kasih... :)

BinMuhammad delete icon 5:30 PTG

Tidak boleh nak paksa kehadiran seseorang utk meninggalkan komen. Kenalah lakukan sesuatu dengan ikhlas... Semoga impian Zumal akan tercapai :)

Awanama delete icon 10:40 PTG

you jump,i jump...eh sila..you ask,i answer.. kekadang kathy tak balas komen,cuma yang bertanya je kathy akan balas balik dengan jawapan.komen yg di tinggalkan menambah semangat untuk taip entris sebab tiap kali buka belog kathy akan tengok brapa yg komen entri kathy dahulu..hehehehehe.

Bro Ley delete icon 3:12 PTG

Entri yang menarik.Banyak pulak tu komen kat entri ni :)

Awanama delete icon 9:30 PG

Artikel yang baik. Kalau tiada komen, sunyilah blog :(

Sekiranya sesiapa memerlukan perkhidmatan membina laman web, boleh rujuk link www.perkhidmatan-lamanweb.operion.com.my untuk dapatkan info.

Sharing is caring :)

Yana Yani delete icon 4:34 PTG

komen...hehe. benda baru bagi saya.
sejujurnya tak tahu kegunaan runagan komen sehinggalah saya di tegur kak kathy
p blog orang tak tinggal jejak, manalah orang nak tahu kita singgah dak?

Fiza Rahman delete icon 11:51 PG

Thanks for sharing BM. Saya suka kalau orang datang komen kat blog. Rasa berbunga² jer hati tu. Ada jugak orang yang baca blog aku ni...hehehe...

lynmunir delete icon 5:48 PTG

Komen tanda blog kita ada pengunjung dan sebagai penaik semangat,

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap