بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lain macam tajuk entri kali ini : Komen Terbaik, Terpanjang, Terbanyak, Paling Lama Online. Tapi itulah kenyataan yang menarik untuk dikupas dan dihargai tentang 'komen' yang tercatatkan di blog ini sepanjang bulan Mac 2015.
Tanpa komen, terasa macam ada kekurangan sesebuah entri. Walaupun pendek mahupun panjang... ianya sangat bermakna dan dihargai.
Namun begitu sesebuah komen yang baik dan berkualiti akan memberi makna yang mendalam. Bukan sekadar komen biasa tetapi terasa akan entri/artikel yang diterbitkan memberi kesan dan sampai maksudnya kepada mereka yang membacanya.
Dari komen juga membuktikan artikel tersebut mendapat perhatian serta dihayati tidak kiralah sama ada dari sudut positif atau negatif sehingga ada komen yang panjang dan terperinci dititipkan.
Berikut adalah beberapa kategori komen yang tercatat di Relaks Minda sepanjang bulan Mac 2015. Ada yang mengejutkan! Sama-sama kita saksikannya...
Tanpa komen, terasa macam ada kekurangan sesebuah entri. Walaupun pendek mahupun panjang... ianya sangat bermakna dan dihargai.
Namun begitu sesebuah komen yang baik dan berkualiti akan memberi makna yang mendalam. Bukan sekadar komen biasa tetapi terasa akan entri/artikel yang diterbitkan memberi kesan dan sampai maksudnya kepada mereka yang membacanya.
Dari komen juga membuktikan artikel tersebut mendapat perhatian serta dihayati tidak kiralah sama ada dari sudut positif atau negatif sehingga ada komen yang panjang dan terperinci dititipkan.
Berikut adalah beberapa kategori komen yang tercatat di Relaks Minda sepanjang bulan Mac 2015. Ada yang mengejutkan! Sama-sama kita saksikannya...
Komen Terbaik
Komen Terbaik bulan ini adalah komen dari 'perubatan khalifah' melalui entri Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora. Satu komen yang menarik sekali apabila komen beliau umpama memberi kesinambungan kepada artikel tersebut melalui perkongsian pengalaman sendiri.Teruja membaca pengalaman beliau bak testimoni yang membuktikan ulam raja sangat berkhasiat. Ianya telah mengesahkan bahawa segala isi kandungan artikel tersebut adalah benar. Terima kasih 'perubatan khalifah' di atas komen yang sangat supportive dan menarik ini!
komen terbaik dari perubatan khalifah - entri : |
Komen Terpanjang
Komen Terpanjang pada bulan Mac ini adalah dari sbs zalee melalui komen beliau di artikel Tragedi Kapal TLDM KD Sri Perak Karam di Laut China Selatan. Tak sangka, Kapten Sazalee ini juga merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi tersebut.Terima kasih di atas perkongsian pengalaman Kapten. Walaupun tragedi ini agak dilupakan dan kurang diketahui, semoga dengan perkongsian pengalaman Kapten ini dapat memberi sedikit sebanyak informasi yang perlu kami semua ketahui.
komen terbaik dan terpanjang dari sbs zalee - entri : |
Komen Terbanyak Dalam Sehari dan Paling Lama Online
Ini adalah satu rekod baru di blog ini! Hanya dalam sekali kunjungan pada 30 Mac yang lalu, beliau telah memberi komen kepada 26 buah entri/artikel sekali gus! (ada yang gelar 'komen marathon' atau 'komen pukal')Selalu juga melihat beberapa orang blogger melakukan perkara yang sama diantaranya adalah Khaty R'bain dan Super Mama Fiza, namun ianya tidak sebanyak beliau! Malah yang lebih menakjubkan lagi... beliau meneliti setiap entri sebaiknya sebelum memberi komen yang berkualiti. Ini dibuktikan melalui tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan kesemua 26 entri tersebut.
Anda boleh lihat sendiri... masa terakhir komen adalah pada jam 6:33PM. manakala masa permulaan komen adalah dalam lingkungan 3:20PM. Beliau telah online lebih dari 3 jam hanya untuk membaca kesemua 26 entri tersebut!
Beliau yang dimaksudkan ini telah mencatat rekod komen terbanyak dalam sehari dan paling lama online di Relak Minda. Beliau adalah pemilik blog Diari Seorang Mama iaitu Yana Yani (YY).
Terima kasih di atas kunjungan YY serta komen-komen terbaik dan bernas yang dititipkan. Terharu dan terkesima dengan kerajinan YY untuk mentelaah dan mengomen pada setiap entri yang disinggahi.
Jujur saya katakan... anda amat dihargai dan sesuatu yang begitu sukar sekali untuk dibalas...
Komen Terbanyak - Sahabat Paling Mesra
Akhir sekali adalah penghargaan buat pengomen terbanyak sepanjang bulan Mac 2014. Anda semua merupakan sahabat yang rajin dan mesra. Wajar menjadi contoh terbaik untuk menjadi seorang blogger yang berjaya! Jangan contohi BM yang pemalas ni! huhu...
Komitmen untuk meninggalkan komen walaupun kadang kala tidak berbalas namun tetap setia memberi sokongan. Terima kasih kepada semua sahabat blogger yang telah sudi mengomen. Walaupun sepatah perkataan... ianya amat-amat dihargai. Semoga ikatan ukhwah akan terus berpanjangan dan berkekalan.
Kepada 16 Sahabat Paling Mesra... Blog anda akan terpapar di bloglist "Sahabat Paling Mesra" di bahagian sidebar blog ini bersama dengan beberapa blog pilihan sepanjang bulan April. Kunjungilah mereka... anda pasti dilayan mesra.
Top 16 Sahabat Paling Mesra - Mac 2015 |
Terima Kasih Pengomen
Komen...komen...komen... Kenapa entri blog perlu ada komen? Persoalan ini boleh anda rujuk melalui entri : Kenapa entri blog perlu ada komen?Tidak kiralah sama ada Komen Terbaik, Terpanjang, Terbanyak atau Paling Lama Online... mahupun Komen Terpendek, Tersikit atau Sekejap jer online... Anda semua adalah tetamu Relaks Minda yang amat-amat dialu-alukan dan dihargai! Jutaan terima kasih kerana tanpa anda... Blog ini akan sepi dan mati...
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
28 comments - "Komen Terbaik, Terpanjang, Terbanyak, Paling Lama Online"
panjang ke pendek ke, yang penting meriah dah harmoni.jangan komen negatif udah la ye
http://kucenmaster.blogspot.com/2015/03/cost-per-unique-visit-from-nuffnang.html
KOMEN JGN XKOMEN SBG TANDA KEMESRAAN YG TERJALEN SESAMA BLOGGER YG SALING SAPA MENYAPA...
Assalammualaikum... BM,
panjang nyer dia komen... banyak nyer idea mencurah2... ke ladang gandum.
mselim3
ketika ada idea..akak catatkan komen..jika kepupusan idea..jd silent reader ja hehe
bestnya yang pengomen paling mesra tersenarai di sidebar, bertuah dapat link dari blog hebat seperti relaks minda
banyak nyer jadi silent reader jer... tak der idea dan kadang-kadang tak sempat nak komen panjang lebar, simpan komen dalam hati jer... :D
Tahniah buat yang tersenarai. Lately bz sket. Tu yang selalu buat komen marathon ☺
seronok baca komen terbaik dan terpanjang tu. cerita tambahan dari entri.
eh..terbaca nota tu.. ni blog saya tuan.. http://ctfand.com he he
Komen jangan tak komen tapi komenlah berdasarkan entri yang dibaca.
Pernah gak terima komen tapi confuse nampak sangat sekadar tinggalkan komen untuk dijejaki.
Sedeh! entry ditulis tak dibaca barang kali.
tahniah semua pengomen tegar blog BM....
saya pun kalau boleh nak komen byk2 tp masa mencemburui... blog nak, biz pun nak... hihi
Biasanya SP komen pendek je. Artikel ditulis BM biasanya terlalu bagus untuk ditokok tambah..:)
tajuk entri buat aku tertanya-tanya.... hahaha..
yana yani memang blogger yang hebat bila membei komen sebab komennya selalu panjang lebar dan menepati tajuk dan isi entri. bukan skadar melepas batuk di tangga. kathy pula selalu marathon komen di sebabkan line internet selalu bermasalah dan jika dapat blogwalking kathy akan bedal habis-habisan komen walaupun simple saja isi komennya.
YA! Bener sekali... Kita kan bangsa yang berbudi bahasa... :)
Cik akak punya pasal... saya kecualikan! haha... :>)
Akak lah antara pengomen yang paling mesra! Terima kasih Kak Paridah...
Waalaikumsalam...
Haha... memang mencurah2 ideanya.. Hebat kan!
kadang-kadang nak komen panjang tapi takut pulak orang kata over...
sudahnya...pendek tapi ada makna...boleh gitu?
Kita serupalah kak... Singgah tetap singgah!
Anda pun boleh juga...selalu2lah berkunjung kesini dan komen :)
wahh..paling lama tuhh..
Alhamdulillah.. disebalik huru hara waktu berblogging bulan lepas, dapat juga tersenarai yg pertama.. satu komen je beza dgn Kathy & YY.. berkejar2an di situ huhu.. :D
Apa pun, tahniah & t kasih BM.. Tahniah juga buar rakan2 lain yg tersenarai. Salam ceria bulan April.. :)
Komen sahaja dah boleh entri... Menarik kan...
Tak boleh gitu...hehe
Kalau nak komen panjang ke... pendek ke...yg penting ikhlas, gitu boleh :)
KK tetap pengomen terhebat di sini, sentiasa bertahta di hati Relaks Minda.
Terima kasih dan amat2 menghargainya
waaaaaaoo mantapppppp
terimakasih atas informasinya bos,sangat menarik sekali
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”