بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


MSMW Blogger Awards 2015 - Apa Yang Best? : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak bergelar blogger, mula mengenali adanya MSMW Awards ini pada tahun 2013. Pada ketika itu tak ambil peduli...Maklumlah baru sahaja salam kenal dengan dunia blog, apa yang nak dikesahkan sangat dengan Awards ni...

Bila masuk 2014, mula ambil tahu sedikit tentang MSMW ini apabila terdapatnya beberapa buah blog sahabat yang tercalon. Biasalah... mereka pancing undi maka buat pertama kalinya pun mengundilah. Macam undi bintang-bintang popular pula...hehe!

MSMW Awards 2015 - Apa Yang Best?
MSMW Awards 2015 - Apa Yang Best?

Kini, MSMW (Malaysia Social Media Weeks) ini sudah masuk tahun ke empat dianjurkan oleh sebuah organisasi (non-profit organization) iaitu Social Media Chambers (SMC). Objektif utama MSMW ini adalah :
  • SIMPLE approach towards building meaningful relationships
  • MEASUREABLE benchmarks on Public Relations & Awareness
  • ACHIEVABLE mission and goals to be built around the people
  • REACHABLE increase of visibility to the masses
  • TIMELY manner to approach and address the Gen-Y issues
  • ENCOURAGE & EDUCATE values for more social media users to ENGAGE in
  • REALISTIC results to be driven in established trust
Ianya bermatlamat untuk :
  • KEY MESSAGES outstretched faster reaching wider audience
  • IMPROVES branding effects of market positioning & brand acceptance
  • SOCIAL MEDIA’s economical friendliness valued
  • INCREASES global recognition and easy access to communities and connections
  • DISCUSSIONS between communities on a specific issue(s) encouraged
  • EMPHASIZES today’s crucial issues as to whether they should be pardoned or developed
  • NETWORKING for vital growth and exposure
(Saje jer biarkan dalam Bahasa Inggeris agar maksudnya tidak tersalah tafsir apabila dialih bahasa)

Setelah Empat Tahun MSMW

Setelah empat tahun, kelihatan MSMW ini semakin suram sambutannya dikalangan blogger. Rasanya ramai blogger yang tidak ambil tahu atau mengetahui tentang majlis ini. Ianya juga jelas terlihat melalui senarai pencalonan bagi setiap kategori yang agak kurang penyertaan blog-blog baru walaupun perkembangan blog di negara ini sangat hebat!

Lebih mengecewakan pula apabila kurangnya penglibatan blog-blog terbaik, ternama dan terkenal negara. Ianya jelas menjejaskan kualiti dan merendahkan status anugerah MSMW kerana pengiktirafan akhirnya tidak kepada yang benar-benar layak dan terbaik untuk setiap kategori yang dipertandingkan.

Senarai Kategori Anugerah

Berikut adalah senarai kategori anugerah yang dipertandingkan dalam MSMW Awards 2015. Sedikit berbeza dari tahun sebelumnya. Agak kecewa juga apabila melihat kategori individu berkurangan tetapi kategori korperat yang bertambah.

MSMW 2015 AWARD CATEGORIES - INDIVIDUAL SECTOR
  1. BEST NEWS BLOG
  2. BEST FOODIE BLOG
  3. BEST GADGET & TECHNOLOGY BLOG
  4. BEST GOSSIP & ENTERTAINMENT BLOG
  5. BEST LIFESTYLE BLOG
  6. BEST COMICS BLOG
  7. BEST PHOTOGRAPHY BLOG
  8. BEST SHOPPING BLOG
  9. BEST SPORTS BLOG
  10. BEST TRAVEL BLOG

MSMW 2014 AWARD WINNERS - INDIVIDUAL SECTOR
  1. Best Auto Blog - motoring-malaysia.blogspot.com
  2. Best Business Blog - abangensem.com
  3. Best Educational Blog - cikguhailmi.com
  4. Best Gadgets Blog - winniekepala.com
  5. Best Lifestyle Blog - akupenghibur.com
  6. Best Music & Entertainment Blog - munsyeed.com
  7. Best Micro Blog - instagram.com/denaihati
  8. Best Photography Blog - wazariwazir.com
  9. Best Spots Blog - boladaily.com
  10. Best Travel Blog - timetravelafif.b
  11. Best Foodie Blog - scuallcusine.co

MSMW 2015 AWARD CATEGORIES - CORPORATE SECTOR
  1. BEST AIRLINE SECTOR
  2. BEST AUTOMOTIVE SECTOR
  3. BEST BANKING & FINANCE
  4. BEST COSMETIC SECTOR
  5. BEST EDUCATIONAL SECTOR
  6. BEST LIFESTYLE SECTOR
  7. BEST FMCG SECTOR
  8. BEST FOOD & BEVERAGES SECTOR
  9. BEST HOSPITALITY & TOURISM SECTOR
  10. BEST LOGISTICS & TRANSPORTATION SECTOR
  11. BEST MARKETING CAMPAIGN
  12. BEST MARKETING CAMPAIGN (YOUTH)
  13. BEST MEDIA SECTOR
  14. BEST PROPERTY SECTOR
  15. BEST RETAIL CHAIN SECTOR
  16. BEST TELECOMMUNICATION SECTOR
  17. BEST SPORTS SECTOR
  18. BEST INNOVATIVE APP
  19. BEST OIL & GAS
  20. POPULAR SHOPPING MALL
  21. SOCIAL MEDIA AGENCY OF THE YEAR
  22. SOCIAL MEDIA CELEBRITY OF THE YEAR
  23. SOCIAL MEDIA ENGAGEMENT
  24. CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY
  25. URBAN WELLBEING ENGAGEMENT

Pemarkahan dan Penjurian

Kaedah pemarkahan dan penjurian juga tidak berubah. Masih mengekalkan 80% dari undian orang ramai dan 20% dari juri profesional. (10% site or blog content, 5% design and layout, 5% ethics and effectiveness). Undian orang ramai akan ditutup pada 5 April 2015. (Anda perlu login menggunakan akaun Facebook untuk mengundi di SINI)

Jika dilihat dari cara pemarkahan, jelas sekali status terbaik boleh dipertikaikan kerana undian orang ramai adalah penentu utama kemenangan. Bukankah anugerah ini lebih sesuai dinamakan 'Popular' daripada 'Best'?

Nilai Blogger

Best atau tidak MSMW Awards 2015 ini, ianya tetap merupakan satu-satunya penganugerahan dan pengiktirafan terbesar buat blogger di negara ini. Mungkin ianya perlu sedikit perubahan dan anjakan agar tidak menjadi semakin suram dan akhirnya tidak dipedulikan.

Bak rungutan salah seorang blogger otai ternama ini, walaupun MSMW 2015 tetap memberi impak positif kepada pemenang tetapi dengan hanya menggenggam 'trophy' dan 'title' ianya tidak mencukupi. Sewajarnya pemenang juga diberi ganjaran atau hadiah agar ianya lebih dihargai!

Ya! kalau menang Contest SEO - Malaysia Best Blog 2015 pun hadiahnya agak lumayan... kenapa tidak? Bukankah blogger kini sangat penting dan bernilai tinggi sehingga mampu menjana ekonomi dan merubah pandangan masyarakat dan negara.

MSMW Awards 2015 - Apa Yang Best?


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


28 comments - "MSMW Awards 2015 - Apa Yang Best?"

ramai jugak blogger yang saya kenal tersenarai dalam ni..moga lepas ni blogger mendapat tempat dan menerima ganjaran yang setimpal..nak jadi seorang blogger sebenar bukanlah mudah kan..

ZaridaIshak delete icon 11:28 PG

Belum sempat lagi tinjau semua calon.
pastinya ramai blogger hebat tercalon.

macam ada terdengar tentang award nih..tapi tak pulak membuat siasatan lanjut...hihi

jie susanos delete icon 11:46 PG

emm,mungkin btul anugerah msmw makin suram..jie pun blum tgk calon2 nya..mungkin hadiahnya makin kurang kot dari thun sblum2 ni...

BinMuhammad delete icon 12:15 PTG

Menjadi blogger itu mudah tetapi nak menjadi terbaik itu susah, memang wajar dihargai dan diberi ganjaran... tetapi bukankah pengiktirafan terbaik dan popular itu berbeza?

tak sempat tgk lagi nie..

BinMuhammad delete icon 12:18 PTG

Pasti terkejut apabila melihat senarai pencalonan... dan akan tertanya2 dan kecewa :(

BinMuhammad delete icon 12:19 PTG

Sedia maklum...memang ramai blogger yang tak ambil tahu... hehe

BinMuhammad delete icon 12:20 PTG

Hadiahnya bukan makin kurang tapi tiada perubahan...

BinMuhammad delete icon 12:21 PTG

Ada masa nanti... sempat-sempatlah ye... :)

wildan delete icon 1:05 PTG

Semoga ke depannya akan semakin baik dan bisa diterima semua pihak.

paridah delete icon 4:02 PTG

PENGANUGERAHANNYA MESTILAH SETIMPAL DGN KARYA BLOG YG MENANG TU...BARU RAMAI BLOGGER YG INGIN SERTAI MSMW NI...KAK JADI TUKANG UNDI JER..

ANIM delete icon 5:01 PTG

tunggu blog BM tercalon dan kami pasti akan mengundi!! hihi

Yana Yani delete icon 6:33 PTG

saya setuju pasal bab best dan popular tu
sebab tu saya maleh nak ambik port
kesudahannya yang popular juga akan memang
walau yang best sebenarnya sikit punya banyak

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
HAMIDIsP delete icon 8:23 PTG

Tiada kualiti dari segi pengundian mahupun kategori. Macam biasa kalau dah sebut produk hiburan Malaysia, hampir semuanya berkualiti setaraf made ini china. Cuma, bagi blogger cikai, hanya menangguk peluang untuk lebih dikenali ramai. Lebih dikenali dan disedari lebih bernilai berbanding kemenangan..~sekadar pendapat :)

hahahaha acik pun tak tahu blogger acik di mana kategori mana... rasa popular tak juga.. terbaik tak juga.. jadi jadilah blogger biasa yang sentiasa membaiki diri dan menulis kerana ALLAH.. mereka bagi ruang dan kesempatan untuk kita jadi ambillah peluang.. lagi pun masuk bukan kena bayar.. jadi terpulanglah . Memang blog acik kena hentam masa menang itu tapi ianya rezeki dari ALLAH. apa pun teruskan berblog dengan niat yang betul , bukan hanya mencari salah orang lain dan memperlagakan blogger..

BinMuhammad delete icon 10:17 PTG

Tidak sesekali mempertikaikan blogger yg bertanding, cuma pihak penganjur perlu berubah dan lakukan peningkatan agar MSMW ini menjadi lebih berkualiti dan dihargai. Pelik kan...ramai blogger hebat dan terkenal tidak masuk bertanding... kenapa agaknya?

Tapi acik tetap terbaik dalam niche anda... Rasanya ada peluang menang lagi nih! Semoga berjaya acik... satu undi dari saya :)

BinMuhammad delete icon 10:21 PTG

Setuju juga dgn SP, MSMW masih boleh menjadi satu tapak dan peluang yg baik untuk mengetengahkan blog agar lebih dikenali. Hanya yang bijak mencari peluang seperti SP tahu menilainya...

BinMuhammad delete icon 10:29 PTG

Tidak kot kalau nak mencalonkan diri kecuali tercalon disebabkan ada yg calonkan tu lainlah...

Hari tu seronok juga tengok senarai blog2 yg ada. BM tak masuk.. klu masuk info awal2.. saya pasti vote RM.. :)

tahun nie acik sekadar memeriahkan majlis,, sbb tak rmai yang join.. pertandingan ini baru lagi,., moga lepas nie ramai lagi akan join... dr liyana dulu pun menang dr pertandingan nie.. apa pon moga ada penambahbaikkan dr penganjur

Aretikz delete icon 10:56 PG

Kalau saya, tak boleh komen lebih.. sebab kira baru nak beraksi semula selepas lama berdiam.. tahu juga serba sedikit tentang award ni.. tapi mcm encik titan tu cakp.. memang banyak yg perlu diperbaiki..

Tanpa Nama delete icon 9:36 PTG

pernah dengar tai sama juga,tak ambik pot sangat. hehehehe.

nice sharing....

jom vote sahabat yang masuk kategori ada banyak sahabat yang masuk lagi tahun ini

Fiza Rahman delete icon 10:50 PG

Good luck lah buat mereka yang tercalon.

Mrs. A delete icon 4:51 PTG

Ialah mungkin best awards tu patut ditukar tajuknya kepada popular.
80% markah berdasarkan undian, siapa yang rajin kempen mungkin akan dapat meraih untuk yang banyak dan beroleh kemenangan. Anyway tahniah diucapkan kepada blogger-blogger yang tercalon.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap