بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. "Setitik air adalah fleksibel. Setitik air adalah kekuatan. Setitik air adalah keperluan." Begitulah kepentingan setitik air untuk kehidupan semua makhluk di dunia ini. Hanya setitik mampu merubah segalanya. Air yang menyelaputi lebih dari 70 peratus permukaan bumi ini juga membuktikan betapa pentingnya air kepada semua hidupan dan alam. Tanpa air... tiadalah kehidupan di dunia ini.
Tanggal 22 Mac setiap tahun merupakan Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day). Ia bermula pada tahun 1993 setelah di persetujui di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangs Bersatu (UN) sebagai satu hari untuk memberi perhatian dan kesedaran akan kepentingan air terhadap penduduk dunia. Ianya juga dapat memfokuskan segala isu berkaitan air dengan lebih berkesan selain memperbaiki dan mempertingkatkan persedian untuk masa hadapan.
Dari makanan dan tenaga sehinggalah kesihatan manusia dan alam sekitar, air menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan sosial dan pertumbuhan inklusif yang memberi kesan kepada kehidupan berbilion-bilion manusia seluruh dunia. Oleh kerana itulah air amat penting sebagai sumber pembangunan yang mampan untuk manusia sejagat, maka amat bertepatan dengan tema sambutan Hari Air Sedunia pada tahun 2015 ini.
Untuk sambutan Hari Air Sedunia, UN telah mengenal pasti cabaran yang akan datang lalu menetapkan tema untuk tahun-tahun berikutnya iaitu :
World Water Day 2015 |
Hari Air Sedunia 2015
Tema sambutan Hari Air Sedunia pada tahun 2015 adalah "Air dan Pembangunan Mampan" (Water and Sustainable Development). Air merupakan sumber utama dalam pembangunan. Melalui sumber air, pelbagai perkhidmatan disediakan, menyokong pengurangan kemiskinan, mempertingkat pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.Dari makanan dan tenaga sehinggalah kesihatan manusia dan alam sekitar, air menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan sosial dan pertumbuhan inklusif yang memberi kesan kepada kehidupan berbilion-bilion manusia seluruh dunia. Oleh kerana itulah air amat penting sebagai sumber pembangunan yang mampan untuk manusia sejagat, maka amat bertepatan dengan tema sambutan Hari Air Sedunia pada tahun 2015 ini.
- Air adalah kesihatan - Ketahuilah... Tangan yang bersih mampu menyelamatkan nyawa anda dan orang lain
- Air adalah semulajadi - Ketahuilah... Air adalah jantung kepada kitaran ekosistem alam semulajadi.
- Air adalah asas perbandaran - Ketahuilah... Setiap minggu, satu juta orang akan berpindah ke bandar-bandar.
- Air adalah industri - Ketahuilah... Lebih banyak air digunakan untuk menghasilkan kereta daripada untuk mengisi sebuah kolam renang.
- Air adalah tenaga - Ketahuilah... Air dan tenaga adalah sahabat yang tidak boleh dipisahkan.
- Air adalah makanan - Ketahuilah... Hanya untuk menghasilkan dua hidangan stik, sebanyak 15 000 liter air diperlukan
- Air adalah kemanusiaan - Ketahuilah... Setiap wanita menghabiskan berjuta-juta jam sehari membawa air.
Untuk sambutan Hari Air Sedunia, UN telah mengenal pasti cabaran yang akan datang lalu menetapkan tema untuk tahun-tahun berikutnya iaitu :
- Hari Air Sedunia 2016 - 'Air dan Pekerjaan' (Water and Jobs)
- Hari Air Sedunia 2017 - 'Sisa Buangan Air' (Wastewater)
- Hari Air Sedunia 2018 - 'Penyelesaian Mesra Alam Untuk Air' (Nature-based Solutions for Water)
Hargai Dan Pelihara Sumber Air
Kita semua memahami dan tahu akan kepentingan air kepada kehidupan kita. Hargailah air kerana ianya amat berharga. Kita semua telah mengalami keperitan dan kesusahan apabila tiadanya bekalan air bersih untuk keperluan harian. Begitu juga dengan bencana yang diakibatkan oleh air yang memberi dugaan besar kepada sebahagian dari kita. Oleh itu, elakkan pembaziran dan bersama menjaga kebersihan sumber air semulajadi serta alam sekitar.Selamat menyambut Hari Air Sedunia... Semoga kita semua tidak menghadapi sebarang masalah serius dalam pembekalan air bersih serta sumber air semulajadi kekal terpelihara.
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
17 comments - "Sambutan Hari Air Sedunia"
ada juga hari air sedunia untuk kesedaran air. , selalu dengar pesta air je dah la membazir.
Air penting utk kehidupan.. sememangnya kita bergantung kpd air. Semoga sambutan ini dpt meningkatkan kesedaran semua ttg nilai2 air bersih utk kehidupan dan menghindarkan pembaziran air dari berleluasa.
selamat hari air sedunia...air itu kehidupan...
air satu keperluan untuk hidup,.. selamat hari air sedunia
Jom Vote blog acik bagi msmw
Tak mampu nak bayangkan kehidupan kita tanpa bekalan air yang bersih atau tidak mencukupi. Sekarang ni belum nampak masalahnya tapi siapa tahu 50 tahun akan datang..
Air umpama nyawa kita
Biasalah... sambutan utk kesedaran sebegini kurang mendapat publisiti... huhu
terima kasih bro..baru aku tahu adanya hari air sedunia
Sambutan sebegini kurang diambil peduli tapi bila tak ada air atau tercemar, semuanya jadi kecoh. Terhantuk baru nak tegadah... Itulah kita...
Selamat hari air sedunia juga buat akak... :)
InsyaAllah...saya akan vote Acik :) Boleh menang lagi tahun ni...
Jika tidak ada kesedaran utk melakukan tindakan dari sekarang, tak sampai pun 50 tahun... sudah pasti bekalan air bersih amat kritikal.
Sudah tentu... tiada air tak bernyawalah kita...
Sambutan yg tidak mendapat publisiti...tidak hairanlah jika ramai yg tidak mengetahuinya.
terima kasih BM sebab bagi info tentang ini. sememangnya air adalah unsur yang penting baik kehidupan mahupun untuk alam.
yelah kan, takde air boleh mati woo
Selamat hari air sedunia. Memang susah klo tak der air.
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”