بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setiap dari kita yang bekerja makan gaji mesti mahukan majikan yang terbaik yang bukan sahaja mampu memberikan gaji yang lumayan tetapi juga menjaga kebajikan pekerja serta ahli keluarganya. Jika majikan bagus, seseorang pekerja pasti sanggup untuk setia bersama sehingga ke umur persaraan.

Syarikat apakah yang menawarkan peluang pekerjaan terbaik atau lebih tepatnya sebagai Majikan Terbaik di Malaysia (Malaysia Best Employers)?

Majikan Syarikat Terbaik Malaysia 2015
Best Employers Malaysia Awards 2015

Baru-baru ini, Aon Hewitt Mengumumkan Anugerah Majikan Terbaik - Malaysia 2015 (The Best Employers Awards - Malaysia 2015) mengikut kategori atau sektor peniagaan. Pengiktirafan ini mengiktiraf sesebuah syarikat tersebut adalah majikan terbaik apabila:
  • Ia mampu memberi inspirasi dan komitmen yang tinggi sehingga meningkatkan prestasi yang membanggakan kepada pekerjanya.
  • Ia mampu mengemudikan perniagaan melalui amalan yang berkesan
  • Ia mampu menguruskan perniagaannya dengan cara yang terbaik untuk membina kejayaan jangka panjang dan mampan.

Matlamat anugerah ini adalah untuk menjadi tanda aras buat majikan agar menjalankan amalan inovatif dan berdaya saing bagi mendorong para pekerja untuk meningkatkan prestasi, urusan serta perniagaan dengan harapan agar ianya dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak diantara pekerja dan majikan. Ianya juga penting bagi Malaysia untuk bergerak ke arah produktiviti yang maksimum bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi. "

Best Employers Malaysia Awards 2015

Berikut adalah syarikat serta organisasi yang memenagi anugerah sebagai Majikan Terbaik di Malaysia bagi tahun 2015 :

Best of the Best Employer Malaysia Awards 2015
  • Starbucks Coffee Malaysia
Best Employers Malaysia Awards 2015
  • American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.
  • DHL Express Malaysia
  • Eco World Development Group Berhad
  • FedEx Express
  • Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie
  • Marriott International, Malaysia
  • S P Setia Berhad
  • Sime Darby Property Berhad

Special Recognition Awards - Best Employer Malaysia Awards 2015

Best Employer – Commitment to Engagement
  • Marriott International, Malaysia
Best Employer for Generation Y
  • American Express (Malaysia) Sdn. Bhd.
Best Employer  for Women
  • McDonald’s Malaysia

Penilaian pemenang adalah berasaskan faktor dan kriteria berikut :
  • Business and People Challenges
  • Employee Engagement
  • Compelling Employer Brand
  • Effective Leadership
  • High Performance Culture

Untuk lebih terperinci bagaimana penilaian ini dilakukan, sila ke link berikut : http://www.bestemployersasia.com/

Majikan Terbaik Pilihan Anda

Benarkah majikan yang memenangi anugerah ini adalah majikan yang terbaik di Malaysia? Itu anda kenalah tanya pekerja-pekerja syarikat tersebut atau rasai sendiri pengalaman bekerja dengan syarikat-syarikat tersebut.. Jika dilihat kepada senarai pemenang, tidak dinafikan kesemuanya adalah syarikat yang berstatus global, kukuh dan punya reputasi yang hebat.

Namun begitu (sekadar pandangan peribadi), untuk menilai Majikan Terbaik adalah terlalu subjektif bagi setiap orang kerana setiap dari kita pasti ada kriteria serta persepsi tersendiri dalam menilai Majikan Terbaik untuk diri sendiri. Betul tak?

Bagaimanapun, anugerah ini tetap dapat dijadikan garis panduan dan salah satu pengiktirafan yang wajar dicapai sebagai salah satu cara untuk memikat pekerja terbaik mahu pun meningkatkan prestasi pekerja sedia ada. Ianya juga dapat mengukuhkan nama, status dan reputasi syarikat di mata pengguna dan membuka lebih peluang untuk mengembangkan perniagaan dan pasaran yang lebih luas.

Majikan Syarikat Terbaik Malaysia 2015
Menuju ke arah yang lebih baik

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Sebaik dan sebagus manapun majikan tersebut, tetap ada kelemahan dan ketidakpuasan hati pekerjanya. Apabila kita bekerja dibawah arahan dan melakukannya untuk syarikat maka sampai masanya pasti akan terasa bosan dan membebankan kerana segala usaha dan penat lelah hanya untuk syarikat. Mulalah terbayangkan jika segalanya itu dilakukan untuk diri sendiri, pasti hasilnya akan lebih terasa nikmat.

Kerja sendiri dengan menjadikan diri sebagai majikan dan juga pekerja adalah lebih memberi kepuasan namun yakinlah... setiap dari kita telah ditentukan rezekinya,maka bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan. Bekerjalah dengan ikhlas sebagai satu tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilakukan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.

Anugerah Blogger Terbaik Malaysia 2015

Sebagai seorang blogger, andai dapat menjadi pemenang dalam salah satu kategori Anugerah Malaysia Best Blog - MSMW 2015 juga adalah satu pencapaian yang amat dibanggakan. Tidak kiralah walaupun ianya diiktiraf terbaik melalui undian namun ianya tetap menjadi satu-satunya anugerah yang mengiktiraf komuniti blogger di Malaysia. Apa lagi... Blogger! Jangan lupa lakukan tanggungjawab anda untuk mengundi!


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


22 comments - "Majikan Syarikat Terbaik Malaysia 2015"

Unknown delete icon 10:42 PG

oke deh saya tunggu kunjungan balinya,,Obat Jelly Gamat Gold G

Macam-macam anugerah award diadakan. Semuanya adalah utk mencapai sasaran menjadi yg terbaik dari kalangan yg ada. Biar maju manapun sykt melihat sykt lain yg berjaya mendpt award pasti ada keinginan utk mendapat award juga. Begitu jugalah kalangan blogger yg berjaya pasti ada keinginan mahu mendptkannya. BM boleh kalau melihat dari cara persembahan yg dipaparkan..

kriterianya lain ya dair award tahun-tahun sebelumnya

Nurulhidayah delete icon 12:32 PTG

Teringin nak kerja sendiri.. dalam planning.. in shaa Allah :)

paridah delete icon 2:53 PTG

KALAU JADI MAJIKAN UNTUK DIRI SENDIRI KAN LBH MUDAH...SEMOGA BERJAYA DLM MSMW...

starbuck tu best of the best tue

Wah..ini untuk Swasta sahaja ni. tetapi kerajaan pun majikan terbaik juga kepada kebanyakan pekerja di Malaysia. Apapun, berniaga jika betul caranya akan memberi kelebihan yang lebih banyak

Bunda_nora delete icon 8:43 PG

Kalau kita berniaga sendiri ni yang untungnya kitalah boss kitalah pekerja...best kan..

HAMIDIsP delete icon 8:56 PG

Jangan lupa undi blog SP di MSMW 2015 ye..:)

BinMuhammad delete icon 10:52 PG

Betul tu...melihat syarikat lain dapat anugerah, mesti kita rasa cemburu...

p/s: rindu pd komen kak zakie... :)

BinMuhammad delete icon 10:53 PG

InsyaAllah...semoga dimakbulkan Allah :)

BinMuhammad delete icon 10:54 PG

Tak masuk bertanding dalam msmw... suke low profile jer :)

BinMuhammad delete icon 10:55 PG

Bolehlah bro apply keje kat situ...hehe

BinMuhammad delete icon 10:57 PG

Hehe... kakitangan kerajaan mesti kata kerajaan adalah majikan terbaik...
Betullah tu.

BinMuhammad delete icon 10:58 PG

Tapi ramai yang nak jadi boss tapi tak mahu jadi pekerja...hehe...

BinMuhammad delete icon 10:59 PG

SP pun bertading juga... Tahniah! InsyaAllah...saya akan undi SP

BinMuhammad delete icon 11:00 PG

Rasanya setiap tahun memang kriterianya berbeza-beza...

Khir Khalid delete icon 6:59 PTG

Bukan mudah nk jadi majikan terbaik ni. Apa pun, yg terpilih pastinya menjadikan penganugerahan itu sbg satu komitmen jangka panjang yg baik. Begitu juga dgn berblogging... jom kita mengundi.. :)

Tanpa Nama delete icon 8:37 PTG

komitmen harus tinggi untuk menjadi majikan terbaik. tanggungjawab besar tu.

wildan delete icon 2:27 PTG

Rupanya ada juga acar seprti itu.

Yana Yani delete icon 6:22 PTG

kebanyakkan yang tersenarai adalah nama yang setiap tahun ada

Fiza Rahman delete icon 11:04 PG

Untunglah siapa yang bekerja di syarikat yang tersenarai tu.

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap