بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Teknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana cara untuk anda mengekalkan trafik sesebuah entri agar sentiasa dikunjungi oleh pengunjung sepanjang masa walaupun sudah bertahun lamanya ia diterbitkan?
Sudah tentu entri berkaitan topik carian yang relevan sepanjang masa adalah jawapannya, namun terdapat satu lagi cara untuk anda memastikan entri tersebut tidak sepi dari terus menerima kunjungan.
Inilah cara dan teknik mudah yang ingin dikongsi bersama melalui entri ini agar anda juga mendapat trafik yang tidak putus-putus sepanjang masa.
Sudah tentu entri berkaitan topik carian yang relevan sepanjang masa adalah jawapannya, namun terdapat satu lagi cara untuk anda memastikan entri tersebut tidak sepi dari terus menerima kunjungan.
Inilah cara dan teknik mudah yang ingin dikongsi bersama melalui entri ini agar anda juga mendapat trafik yang tidak putus-putus sepanjang masa.
Pageviews Over 100K
Lihatlah kepada entri yang telah mencatat pageviews melebihi dari 100K di Relaks Minda melalui data Blogger Stats ini :- Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu
- Harga, Variant Dan Spesifikasi Perodua Axia
- Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya
- Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi
Jika diperhatikan, Topik entri pertama dan keempat adalah entri yang relevan menjadi carian sepanjang masa. Kedua-duanya sentiasa menyumbang trafik yang stabil sejak dari mula ia diterbitkan sehinggalah kini.
Manakala sumbangan trafik bagi entri kedua pula semakin menurun. Namun ianya masih ditahap yang tinggi walaupun tidak sehebat pada minggu pertama Axia dilancarkan. Topik entri sebegini pasti akan tiba saat penghujungnya apabila model Axia ini berakhir tetapi tempoh masanya masih panjang...
Entri ketiga pula adalah topik entri yang menarik untuk dihuraikan di sini. Entri: Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya sebenarnya adalah entri yang diterbitkan ketika masalah bekalan air yang berlaku di Selangor pada bulan Mac 2014.
Isu Hangat Hanya Seketika
Namun isu bekalan air ini umpama tiada kesudahan dan sering menjadi carian tertinggi di enjin carian. Perlukah untuk menerbitkan entri baru berkaitan dengannya setiap kali isu/masalah bekalan air berlaku? Topik seperti ini bukannya boleh menjadi satu rujukan terbaik selamanya kerana banyak blog dan sumber berita juga menerbitkannya. Lagipun selalunya ia akan terus dilupakan.Maka oleh itu, sebenarnya tidak perlu untuk menerbitkan entri baru berkaitan isu ini pada setiap kali ianya berlaku.
Gunakan entri sedia ada ini dan olah isi kandungannya mengikut situasi semasa dan terbitkan semula! Sebab itulah anda akan melihat entri Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya sentiasa diterbit semula (update) dan terkini.
Teknik ini amat berjaya untuk meneruskan impak trafik dengan menarik semula pengunjung dan entri anda juga akan sentiasa relaven sepanjang masa!
Kelebihan Terbit Semula Entri
Ketahuilah juga, sebenarnya teknik terbit semula entri (Ingat! hanya menukar tarikh tetapi bukan url) sangat bagus untuk SEO dan SERP kerana entri anda sentiasa terkini dan relevan mengikut keadaan semasa. Enjin carian amat mengutamakannya kerana authority page yang telah kukuh dan dipercayai maka amat mudah berada di halaman hadapan SERP.Apa yang penting adalah tajuk entri mestilah universal iaitu tidak terikat dengan masa (tarikh) sama ada hari, bulan mahupun tahun. Inilah teknik bagaimana sesebuah entri itu tidak akan mati atau sepi dari mendapat kunjungan... Pendek kata, trafik berterusan...
Entri Bermusim
Bagaimana pula dengan entri berkaitan isu/topik bermusim? Contohnya seperti Piala Dunia, Liga bolasepak, Program realiti tv dan sebagainya? Apabila tamat sahaja musimnya maka entri tersebut akan terus sepi tanpa pengunjung.Maka apabila tiba musim baru... Nak terbit entri baru atau kemaskini dan terbit semula (update) entri lama sahaja?
Jawapannya sudah ada di ruangan komen dibawah... :)
Terima kasih bersama Relaks Minda
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا
كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga
Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga
Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
23 comments - "Teknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik"
masih banyak yg perlu dipelajari nampaknya..terimakasih kerana berkongsi info..
hmm masih terkial-kial meraih trafik..jgnkan 100k..1k pun susah...
terima kasih sharing maklumat
wahh makin hebat blog.. alhamdulilah ..terima kasih tips nya
Tahniah.. Byk tu
Terima kasih.mmg jauh sgt la dengan blog ambe..
Jelas RM memang semakin menyengat.
Kalau takat seorg dua hilang dari memberi komen pun tapi yg datang beribu-ribu..
Tips terbaik dari seorang pakar..:)
wahh hebatnya
http://kucenmaster.blogspot.com/
Assalammualaikum...BM,
terima kasih atas tip2 nie.. boleh amalkan nie... cuma tukar tarikh.. bukan url ..
mselim3
Kemaskini dan terbit semula entri lama ikut peredaran masa lagi bagus rasanya...
Menarik ni.. wajar dicontohi dan dikut nasihat ni. T kasih atas perkongsian BM.. semoga blog RM terus sukses.. :)
saya juga buat perkara yg sama . mcm BR1M , saya terbitkan semula entri lama dan ubah suai utk keperluan terkini . adakalanya jika saya tiada idea atau sibuk , saya cari entri lama yg pageview tinggi untuk diterbitkan semula ...
tq atas ilmu yg dikongsi
Macam tu rupanya... thanks for sharing yer BM ^^
Memang hebat BM.
btulgk bm tuliskan ni..tak perasan plak nk buat mcm tu..
wah...menarik
kalau saya buat je artikel baru tapi back link kan ke artikel lama.tak tahu jawapan ni betul ke x..
yg terbit semua dan tukar date tu mmg ilmu baru buat saya.tq ye bm...
Terima kasih di atas semua komen anda... Amat2 menghargainya :)
OK... Ini adalah jawapan kepada persoalan di atas :
Bagi artikel topik bermusim, sebenarnya ia tidak perlu di terbitkan semula. Ianya adalah sumber backlink yang terbaik dan kuat bagi entri terbaru di musim baru dan mampu melonjakkan entri terbaru tersebut ke kedudukan terbaik di enjin carian!
Selain dari itu, carian untuk musim-musim yang lepas ini juga akan naik semula maka trafik juga akan kembali meningkat. Maka...biarkan sahaja entri tersebut... Namun sebaik-baiknya berilah kesegaran dan maklumat yang lebih pada entri lama tersebut.
Teknik olah dan terbit semula entri dengan tukar tarikh penerbitan amat bagus untuk meningkatkan semula kedudukan entri and di enjin carian... Maka, kemaskinilah entri lama anda (isi kandungan atau tajuk) agar relaven dgn keadaan semasa dan terbitkan semula untuk menarik semula pengunjung. (ingat! Jgn tukar URL)
tips yang berguna dari BM..
terima kasih atas perkkongsian yg diberi.
Saya da jadi pembaca setia da... banyk sngt yg saya da belajar... huhuhhhhu
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”