بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini bukanlah kisah dongeng seribu satu (1001) malam. Ianya kisah yang dicatat hampir setiap hari selama lebih dari dua tahun yang kini telah berjumlah menjadi seribu... Semuanya Bermula Dengan Satu dan Kini Telah Menjadi Seribu.

Hari ini, Jumaat 17 April 2015 bersamaan 27 Jamadilakhir 1436H... maka tercatat satu lagi sejarah buat blog picisan ini. Entri yang ke 1,000 diterbitkan. Ya... Entri ini merupakan entri Relaks Minda ke seribu semenjak entri pertama diterbitkan pada 10 September 2012.

Kalau diikutkan, jumlah tersebut amat sedikit berbanding rakan-rakan lain yang hampir seangkatan usia blognya. Namun, secara keseluruhannya... berjaya juga mencapai matlamat untuk terbit satu entri sehari. Dengan usia blog (pada hari ini) 940 hari, maka secara puratanya... berjayalah walaupun hakikatnya ada hari yang terbit banyak dan ada hari, langsung tak ada...

Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu
Screenshot entri ke 1,000 ini ditambah kemudian selepas entri ini diterbitkan

Buat masa ini, tiada entri yang dihapuskan. Entri-entri lama, walaupun boleh dikategori sebagai entri sampah... namun ianya masih dikekalkan. Semuanya akan menjadi satu kenangan terindah tatkala waktu bermulanya menjadi seorang blogger.

Informasi Blog Relaks Minda

Sedikit informasi blog sempena entri yang ke 1,000 ini. Sehingga ke hari ini; Melalui 999 entri, blog ini telah mencatatkan hampir 5.5 juta pageviews (data blogger stats). Hanya dengan 805 pageviews pada bulan pertama berblogging, kini tidak kurang dari 200K pageviews sebulan. Syukur... Alhamdulillah.

Kalau nak belajar cara mudah untuk dapat pageviews tinggi? Ketahuinya melalui entri berikut : Cara Tinggkatkan Pageviews dan Trafik Blog

Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu - relakssminda.blogspot.com

Refferal utama sudah tentunya dari enjin carian Google. Ini mungkin disebabkan beberapa entri terutama yang dibawah label dan kata kunci niche berjaya berada dikedudukan yang baik di enjin carian Google. Sedikit ilmu SEO yang dipelajari dan dipraktikkan berjaya memberi impak. 

Nak tahu bagaimana untuk kekalkan trafik entri lama? Ketahuinya melalui entri berikut : Teknik Entri Tidak Putus Trafik.

Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu - relakssminda.blogspot.com

Pengunjung utama blog ini sudah tentulah dari tanah air ku, Malaysia. Namun begitu, pengunjung dari beberapa buah negara luar juga turut menyumbangkan trafik yang amat baik terutama dari Indonesia, US dan India yang telah memberikan ratusan ribu pageviews.

Begitu juga pengunjung dari Singapore, Brunei dan Netherland yang semakin menunjukkan peningkatan ketara.

Jelaslah bahawa blog Bahasa Melayu juga mampu menarik perhatian pengguna media telekomunikasi global. Maka tidak hairanlah jika kini Google Adsense juga telah menerima blog Bahasa Melayu! Anda dah apply?

Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu - relakssminda.blogspot.com

Terima Kasih...

Segalanya bermula dari satu dan kini ianya telah menjadi seribu. Tidak pernah menjangka bahawa hari ini akan muncul dan dapat menikmatinya bersama anda semua... para sahabat dan tetamu Relaks Minda yang disayangai. Semoga ianya tidak akan berakhir di sini...

Tidak kira dari mana jua tetamu Relaks Minda datang, apa juga bangsa, agama dan budaya... Kehadiran anda semua ke blog ini amat-amat dihargai. Apa sahaja tujuan anda singgah ke blog picisan ini, semoga beroleh serba sedikit manfaat dan maklumat yang diinginkan.

Terima kasih dan semoga terus bersama Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama" Andai ada sebarang kesilapan dan kekhilafan, harap dimaafkan... sesungguhnya tidak mampu menjadi sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milikNya.

Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu - terima kasih
Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


23 comments - "Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi Seribu "

paridah delete icon 11:45 PG

WAH..TAHNIAH PENCAPAIAN BLOG BM SGT MENGAGUMKAN...KAK LBH AWAL BERBLOG TAPI TETAP JAUH DI BELAKANG HEH..HEH..

noor azlan delete icon 2:44 PTG

Tahniah.... Yang paling tak tahan draft je dah ada 20... huhu.. hebat (Y)

BinMuhammad delete icon 9:34 PTG

Hanya sekadar angka... Tapi yang lebih mengagumkan adalah kemesraan dan kerajinan akak sebagai blogger! Itu lagi hebat!

BinMuhammad delete icon 9:36 PTG

Draft tu bukan untuk publish... semuanya untuk rujukan jer bro! :)

Tanpa Nama delete icon 10:54 PTG

hebat lah BM.. tahniah..

yg akak pulak...buat proses clean & clear..100 lbh entri didelete..

aku separuh jalan lagi bro...baru nak cecah angka 500 entri

Pha Is delete icon 5:29 PTG

tahniah... pencapaian yg amat membanggakan.. saya dah sampai lebih seribu, tapi masih tak daapt lawan bro BM.. hehe

ANIM delete icon 1:43 PTG

bermula dari satu angka...sekarang berangka-angka...5 angka sehari tu...tergamam kak tengok.
tahniah...

dah banyak juga postingannya ya saya 300 lebih wah pageview sampai 12 ribu sehari banyak ya

aboya delete icon 7:53 PTG

Tahniah.. semoga makin berkembang maju!! Tumpang bangga & inspirasi utk saya blogger baru bertapak

lynmunir delete icon 8:58 PTG

Tahniah atas pencapai blog RM. Moga terus sucess selalu.

BinMuhammad delete icon 9:47 PTG

Hebat macam mana tu... baru ada 1,000 entri jer :)

BinMuhammad delete icon 9:49 PTG

Leceh kalau delete entri sebab kena delete juga di Google Webmaster dan semua internal link entri tersebut. Kalau tidak ianya akan mengganggu kesihatan blog di enjin carian :-s

BinMuhammad delete icon 9:51 PTG

Insya Allah... harinya pasti akan tiba kalau masih aktif berblogging ler... :p

BinMuhammad delete icon 9:56 PTG

Wah! dah dapat lawan ler tu (h)... Blog ni baru jer sampai 1000

BinMuhammad delete icon 10:00 PTG

5 angka tu kalau nilainya RM... Saya belanja akak :-d

BinMuhammad delete icon 10:02 PTG

Alhamdulillah... Terima kasih kerana sentiasa bersama Relaks Minda :)

BinMuhammad delete icon 10:04 PTG

InsyaAllah... Semoga anda berjaya menggapai impian. Jika ada usaha, pasti kan berjaya. :>)

BinMuhammad delete icon 10:06 PTG

Semoga Lynn juga akan success selalu ya (o)

Alhamdulillah tahniah BM. Semoga terus sukses dan sentiasa berinspirasi berkongsi kebaikan di alam maya ini utk manfaat bersama.. :)

HAMIDIsP delete icon 2:41 PTG

1,000 artikel berkualiti yang dikongsi di blog BM ini bukanlah angka yang sedikit. Bayangkan 10 tahun akan datang (Insyaa-Allah), mampu menjadi rujukan yang luarbiasa berkualiti buat pembaca. Semoga terus sukses berblog.. :)

Fiza Rahman delete icon 1:39 PTG

Tahniah BM. Bilalah saya boleh dapat PV mcm tu ☺

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap