بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejak penghujung tahun 2014, nama Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) juga secara ringkasnya Islamic State (IS) merupakan satu pertubuhan kumpulan militan yang menjadi sangat terkenal dan amat digeruni diseluruh dunia.

Asalnya pertubuhan ini dalam bahasa Arabnya adalah “al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām”. Syams secara mudahnya diterjemahkan kepada Syria tetapi secara sejarahnya meliputi Syria, Jordan, Lebanon serta termasuk Palestin.  Negara utama penggerak IS ini adalah Iraq, Syria, Libya, Nigeria, dan dibantu oleh Lebanon serta Mesir.

Pertubuhan Kumpulan IS bukan sahaja beroperasi di dunia Arab, malah kini ianya semakin menunjukkan belangnya di negara-negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Kumpulan IS telah diistihar sebagai pertubuhan sesat serta mengancam keselamatan dan keamanan negara.

Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) - Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) - Islamic State (IS)

Berikutan dengan itu, apa sahaja berkaitan IS telah menjadi satu isu yang diberi perhatian dan amat sensetif.

IS Isu Sensetif

Sensetifnya IS ini sehinggakan ianya mengundang fobia dan ketakutan yang tidak diduga. Agama Islam semakin dipandang serong bagi mereka yang tidak memahami Islam yang sebenarnya. Sebut sahaja "Islam" akan dianggap IS... Maklum sajalah... perkatan Islam itu sendiri ada huruf 'IS'LAM.

Jangan terkejut, ianya adalah realiti pemikiran sempit sesetengah manusia yang begitu fobia dan takut akan IS ini.

Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) - Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) - Islamic State (IS)

Alkisahnya... Seorang rakan telah diminta oleh satu panel badan bahasa untuk menukar semula perkataan dalam buku teks latihan baru untuk sekolah hanya kerana menggunakan nama seseorang sebagai 'Ismah' dalam satu ayat. Alasannya... ianya sensetif! Tidak mahu ada kaitan dengan IS dan dikuatiri membawa pengaruh pada pelajar.

Terkejut dan ketawa besar apabila mendapat cerita ini! Nampaknya sesiapa yang punya nama ada huruf 'is'... anda harus berwaspada kerana anda mungkin disyaki anggota IS dan mungkin akan mempengaruhi anak-anak dengan pertubuhan militan IS ini!

Nama seperti Ismail, Ishak, Islah, Iskandar dan yang sewaktu dengannya mungkinkah akan diharamkan penggunaannya disekolah-sekolah!? Bagaimana dengan nama pelajar atau bapa pelajar tersebut? Adeh!... Adakah pemikiran pelajar sekolah kita semuanya terlalu lurus begini atau kita sendiri yang telah menjadikan mereka sebegitu?

Adakah ini juga punca orang barat menjadi begitu fobia dengan pertubuhan IS dan menentang Islam hanya disebabkan oleh adanya perkataan 'is'... dalam perkataan mereka? (ex: What 'is' your name?). Nampaknya pelajar-pelajar kita perlu belajar Bahasa Inggeris tanpa guna perkataan 'is'... hehe...

Jangan Sempitkan Minda

Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) - Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) - Islamic State (IS)Entri ini bukan bermotif untuk menyalahkan tetapi untuk kita renungkan bersama sebagai pedoman. Tidak menafikan bahawa pertubuhan IS @ ISIS ini haram, sangat ganas dan melampau serta dikuatiri akan berleluasa dalam masyakat kita. Ianya mesti dibendung segera.

Namun perlulah dilakukan dengan cara dan reaksi yang intektual dan bersesuaian. Janganlah sesekali kita berfikiran terlalu kolot dan mengikut emosi dalam membuat sebarang tindakan serta keputusan. Fahami dan kaji kesannya secara lebih menyeluruh dan mendalam kerana kesilapan yang kecil sekalipun akan mengundang masalah dan menjadi satu isu yang besar.

Janganlah kita dihantui oleh ketakutan dan fobia yang melampau sehingga menyempitkan minda sehingga membuat tindakan dan keputusan yang salah. Terlalu sensetif pun tidak wajar namun tidak sensetif pun tidak boleh juga. Oleh itu jalan terbaik adalah fahami dan perlulah bijak dalam membuat sebarang penilaian.


Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُme اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


7 comments - "Takutkan Militan IS (ISIS @ ISIL) Yang Melampau!"

Memang sensitif isu IS ni.... Mudahan Malaysia akan sentiasa aman.. Amin...

malaysia masih aman.tapi kita kena berwaspada.

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html

paridah delete icon 2:34 PTG

PERLU WASPADA PENGARUH IS NI TAPI XPERLULAH SEMPITKAN MINDA DGN PERKARA XMASUK AKAL GITU...

ummu hanan delete icon 6:46 PG

Lucu baca, hanya kerana nama Ismah..^_^ Tapi setuju dgn perkongsian BM. Kite juga harus tangani masalah ini secara bijak dan profesional. Bukan menimbulkan perasaan fobia di kalangan orang yang kadangkala tak tahu pun pucuk pangkalnya di mana. Tak bagus juga untuk reaksi pada non-muslim..

Begitulah pintarnya Barat dan Zionis memainkan peranan dalam mencipta kewujudan IS dan menjadikan agama Islam sebagi kambing hitam keseluruhannya.

Khir Khalid delete icon 11:51 PTG

Teruk betul pemikiran sampai mcm tu jadinya hhmmm... Kalau kita lahir dan membesar di kalangan msykt IS ni mungkin lain pandangan kita ttg perjuangan tersebut. Maklumlah, insan yang dibesarkan dengan dentuman bom dan lintasan peluru takkan sama kefahaman dan tindakannya dgn kita yg rata2nya membesar dengan buku dan pensil. Tak perlulah kita takutkan IS sampai hilang kewarasan akal yg sepatutnya kita guna utk memperjuangkan kebenaran melalui pendirian kita sendiri... wallahualam...

Fiza Rahman delete icon 1:38 PTG

Adoiiii...sampai macam tu sekali fobia nya. Kena ikut logik jugak lah ☺

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap