بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp
Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anda inginkan kereta Perodua anda kelihatan lebih menarik, ranggi, sporty, bergaya dan berbeza? Untuk memenuhi kehendak ramai, kini Perodua memperkenalkan GearUp, satu jenama bagi barangan bodykit dan aksesori (accessories) dalaman original dari Perodua untuk modifikasi model Axia

Bodykit dan aksesori ini juga didatangkan untuk kedua-dua jenis variant iaitu Standard dan SE. Bagi GearUp bodykit untuk Axia Standard ianya merangkumi  front grille, bumper kit, rear bumper kit, side skirts dan rear spoiler. Manakala untuk Axia SE dan Advance, ianya juga menawarkan bodykit yang sama kecuali rear spoiler yang sudah siap ada padanya.

GearUp aksesori dalaman pula menawarkan sarung kerusi dengan gaya dan rekabentuk yang menarik. (bukan material kulit tapi PVC). Selain itu beberapa aksesori untuk kemasan dalaman juga ditawarkan. 

Perodua Axia Standard GearUp
Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Perodua Axia SE GearUp
Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Berminat dan terpikat dengan rekaan bodykit dan aksesori dalaman GearUp dari Perodua ini? Maka masanya untuk anda mengumpul wang! Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan :

Harga Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Sekarang ini sedang diadakan package promosi dengan penjimatan harga yang menarik. 3 Packages GearUp tersebut adalah:
  • Type A - Combo Package (Axia Standard Bodykit + Aksesori) : RM2,999 (Jimat RM516)
  • Type B - Standard Package (Axia Standard Bodykit) : RM2,200 (Jimat RM375)
  • Type C - Combo Package (Axia SE Bodykit + Aksesori) : RM2,399 (Jimat 406)

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp

Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUpNamun begitu, harga 3 packages GearUp ini hanya dalam tempoh promosi sahaja. iaitu dari 16 April 2015 sehingga 31 Ogos 2015. Dalam tempoh ini juga, setiap pembelian bernilai RM500 ke atas akan menerima jaket ekslusif GearUp secara percuma!

Kesemua produk GearUp ini mendapat jaminan (warranty) Perodua selama enam bulan. Namun harus diingat! Segala kos pemasangan dan 6% GST belum dimasukkan sekali dalam harga yang ditawarkan!

Belilah... Jika...

Kepada pemilik Perodua Axia yang sedia ada atau baru memasang cita-cita untuk memilikinya, maka dengan kehadiran produk GearUp bodykit dan aksesori original dari Perodua ini pasti mengundang tarikan dan mungkin juga keresahan.

Namun, segalanya terpulang kepada anda... Jika ianya berbaloi dan tidak membebankan... Belilah... Dapatkan juga harga terkini Perodua selepas GST sini : "Harga Perodua Selepas GST". 

Kereta dah cantik bergaya... jangan lupa ketahui pula cara menjaganya...
Panduan lengkap jaga kereta

Dengar cerita, GearUp untuk model Myvi akan dilancar bulan hadapan dan pasti akan ada juga seterusnya untuk model Alza! Siap sedialah kumpul duit...kalau tak mahu air liur dok meleleh nanti... hehe

Informasi dari Paultan.org

p/s: Berbelanjalah ikut keperluan bukan ikut kemahuan... :)

Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


18 comments - "Bodykit dan Aksesori Original Perodua Axia - GearUp"

noor azlan delete icon 8:38 PG

Jiwa tua2 ni berfikir 2,3 kali nak make up kereta... :-)

paridah delete icon 10:28 PG

KALAU MAMPU MAKEUP KETA CANTIK2 OK JER...TAPI AXIA YG DH SEDIA SIAP PUN KEMAS CANTIK

BinMuhammad delete icon 9:42 PTG

Tapi kalau dapat kereta antik mesti suka kan...hehe :-)

BinMuhammad delete icon 9:44 PTG

Ini semua bagi memenuhi selera dan jiwa orang muda. Macam kita ni kak, tengok ajer le.
Permintaan dan pasarannya ada, sebab tu Perodua buat.

Tanpa Nama delete icon 10:56 PTG

mampu telan liur je buat masa ni..heheheheh..

Sesiapa berminat boleh contact saya..saya tolong jualkan je :)
- Shah

ANIM delete icon 1:44 PTG

tuan punya kereta pun tak mampu nak make up...lawan toke la kalau kereta pun nak make up..

memang sangat cantik model kereta ini boleh untuk keluarga kecik

Baru bergaya sikit. Klu ada bajet alang2 tak salah makeup sikit. Tu pun klu planning nk pakai lama.. baru updated sikit.. jiwa muda selalu hehee..

Fiza Rahman delete icon 2:42 PTG

Cantik...tapi di mata jer. Tang poket tak cantik ☺☺

Fiza Rahman delete icon 3:32 PTG

Cantik ☺

nampak sangat cantik dan kena dengan harga

liyana talib delete icon 11:07 PTG

salam. saya nak tanya. kalau saya hanya ingin membeli side skirting boleh ke ? saya tanya satu set elegant tu. tp hanya mahu membeli side skirting sahaja.

Tanpa Nama delete icon 1:52 PG

Bring2 day mhal bos spoiler skirt bumper dpan blkang

Unknown delete icon 10:41 PG

Awesome....gearup👍 perubahan yg nyata syabas perodua.

Unknown delete icon 10:41 PG

Awesome....gearup👍 perubahan yg nyata syabas perodua.

Saffuan delete icon 4:45 PTG

Pelan2 nk makeup kereta

Saffuan delete icon 4:47 PTG

Pelan2 kita nak makeup pon

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap