بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Model Baru Perodua Sedan 2016

Model Baru Perodua Sedan 2016: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika sebelum ini syarikat pengeluar kereta terlaris di Malaysia, Perodua hanya mengeluarkan model kereta kecil atau "compact car" hanya dalam segmen "hatchback" tetapi kini ia telah mengorak langkah setapak lagi dengan memasuki segmen baru iaitu "sedan".

Ianya akan menjadi realiti kerana ketika ini jurutera Perodua sedang giat berusaha untuk membangunkan dan merealisasikan model kompak sedan pertama mereka. Ianya dijangka dilancarkan pada awal tahun hadapan (2016).

Model Sedan Perodua mula menjadi bualan apabila Perodua memperkenalkan model konsep Buddyz pada KLIMS13 (Kuala Lumpur International Motor Show 2013). Ianya memberi petunjuk awal akan perancangan Perodua untuk memasuki segmen sedan ini.

Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz
Perodua sedan konsep - Buddyz

Kemudian tak lama selepas KLIMS13, kecoh pula tentang brochure Perodua sedan bernama "Jaguh", namun ianya ternyata palsu. Jelas sekali model "Jaguh" tesebut adalah photoshop model kereta Toyota Etios.

Perodua sedan - Jaguh

Namun, ianya tidak mustahil kerana Toyota adalah pemegang saham terbesar Perodua dan kemungkinan untuk Perodua menggunakan model Etios ini sebagai sedan pertama mereka adalah amat besar sekali.

Informasi Terkini Perodua Sedan (21 May 2015)

Presiden Perodua merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan beberapa maklumat terkini mengenai model terbaru mereka iaitu Perodua sedan yang kini dikenali dengan nama kod D63D. Untuk maklumat, kod D54T adalah kod untuk Myvi, D46T untuk Alza dan D87A untuk Axia.

Projek Perodua Sedan ini telah diluluskan dan kini dalam peringkat prototaip. Perodua telah menilai enjin, platform dan transmisi yang ingin digunakan dan ianya sudah pasti adalah dari Toyota / Daihatsu.

Rekabentuk Perodua sedan ini akan direka sepenuhnya oleh pihak Perodua. Ianya dijangka berada dipasaran pada tahun 2016 dan selewat-lewatnya sebelum tahun 2019.

Impak Perodua Sedan

Dengan kehadiran model sedan dari Perodua, ianya pasti akan memberi saingan yang sengit pada Proton yang telah sekian lama menguasai segmen sedan ini. Satu perkembangan yang akan memeriahkan industri automotif negara serta memberi impak baik dan buruk buat kedua-dua jenama tempatan ini.

Apa pun, kita nantikan berita dan informasi selanjutnya mengenai perkembangan Model Perodua Sedan 2016 ini dari masa ke semasa. Adakah sambutannya nanti akan sehebat Myvi dan Axia?

Gambaran Perodua Sedan oleh Theophiluschin.com
Model Baru Perodua Sedan 2016
Model Baru Perodua Sedan 2016

Lakaran gambaran terbaru Perodua Sedan
Model Baru Perodua Sedan 2016

Kemaskini: 12 Julai 2016
Ketahui akan Ciri-ciri, spesifikasi, harga dan variant Perodua Sedan yang akan dikenali dengan nama Perodua Bezza yang akan dilancarkan pada penghujung Julai 2016 di sini: Perodua Bezza Sedan 2016

Model Baru Perodua Sedan 2016

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

sumber : paultan.org

7 comments - "Model Baru Perodua Sedan 2016"

yangbaik delete icon 10:57 PG

semakin segak kereta Malaysia sekarang nie... :)

Fiza Rahman delete icon 1:21 PTG

Menarik lag plak tengok. Tapi bila ada GST ni kena fikir banyak kali kalau nak tukar kera baru :-(

paridah delete icon 2:22 PTG

wah hebat produa sedan baru ni..

Menarik dan nampak mantopp jer bila tgk gambar ..tapi kalau tgk yg sebenar tak tau lagi macam mana..

Menarik dan nampak mantopp jer bila tgk gambar ..tapi kalau tgk yg sebenar tak tau lagi macam mana..

Khir Khalid delete icon 12:47 PG

Makin banyak pilihan sekarang.. asalan tidak bersaing sesama jenama keluaran sendiri sudahlah. Menjadi kebanggaan buat kita juga dlm industri automotif..

Unknown delete icon 9:39 PTG

Perodua setakat ni bagus dari segi kualiti dan harga.. Tak mcm proton kualiti tak kena dengan harga..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap