بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada KeretaPerbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.

Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:

1. Cat Warna Solid (Solid paint)
Ianya merupakan pilihan jenis cat yang paling murah harganya. Ianya adalah cat asas tanpa sebarang campuran. Cat solid ini hanya disaluti lcquer coat (clear coat) di atasnya sebagai satu lapisan penghalang dari kesan calar dan cuaca.

Namun kini kebanyakan pembuat kereta menggunakan cat solid ini tanpa clear coat. Ini berikutan cat solid ini menggunakan campuran cat acrylic bersama dengan isocynate yang menjadikan lebih melekat, kuat dan tahan lama. Kos proses juga dapat dikurangkan.

Warna cat solid agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinar. Oleh itu pilihan warnanya juga tidak banyak. Paling biasa digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.

Sebarang baik pulih pula amat mudah dan murah bagi cat solid ini. Namun begitu, warna solid amat sukar bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - solid
Perodua Axia - Solid White

2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - metallic
Proton Iriz - Metallic Citrus Green

3. Pearlescent Paint (Cat Kilauan Mutiara)
Ianya adalah pilihan cat premium yang semakin digemari. Pearlescent Paint hanya menggantikan serbuk metal untuk cat metalik kepada kristal seramik (ceramic crystals).

Keistimewaan cat ini adalah selain dari bersinar dan berkilat, ianya mampu membiaskan cahaya lalu menukar warna yang berbeza mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan yang memberikan kesan dramatik dan menawan kepada badan kereta.

Pilihan warna cat pearlescent juga pelbagai tetapi yang paling popular adalah putih mutiara. Harganya juga agak mahal dan dianggarkan bermula dari RM2,500 dan ke atas bagi sebuah kereta sedan bergantung kepada kualiti cat tersebut.

Penjagaan dan kekurangannya lebih kurang sama seperti cat metalik cuma ianya mampu menyerlahkan status pemilik kereta serta lebih sesuai buat kenderaan mewah.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Pearl
Nissan Fairlady Z - Pearl White

4. Cat Kemasan Kusam/Mati (Matte Finishes)
Ianya jenis cat yang tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh merubah penampilan kereta kelihatan buruk dan tidak menarik. Warna cat sebegini lebih sesuai bagi kenderaan berprestasi tinggi atau mempunyai rekabentuk yang sporty.

Biasanya pilhan warna matte ini adalah hitam hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam tanpa kelihatan berkilat atau bersinar. Ini kerana sama ada kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi di dalam campuran cat tersebut.

Warna matte ini sangat mahal, sehingga melebihi RM10K jika mahukan kualiti yang terbaik kerana ianya memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa. Penjagaannya juga amat cerewet dan sebarang calar atau kesosakan akan jelas kelihatan. Malah untuk baik pulih juga begitu sukar.

Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Pada Kereta - Matte
Lexus LFA - Matte Black

Jenis Dan Warna Cat Kereta Pilihan Anda

Setiap orang punya citarasa dan warna kegemaran. Kadangkala untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut, ada yang tidak kisah tentang harga selagi mereka berkemampuan. Mungkin juga salah satu sebab lain adalah kerana mahukan perbezaan dan perhatian.

Harga cat sebuah kereta berwarna perak boleh mencecah harga lebih RM20K namun jika mahukan cat berwarna Liquid Metal, ianya boleh mencecah sehingga RM100K. Manakala yang paling mahal pernah dicatatkan adalah harga cat sebuah Bugatti Veyron yang bernilai melebihi RM800K hanya untuk cat kemasan berwarna carbon fibre!

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda dalam mengenali perbezaan warna dan jenis cat pada sesebuah kereta.

sumber rujukan: carwow

Terima kasih bersama Relaks Minda
 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


16 comments - "Perbezaan Warna Dan Jenis Cat Kereta"

noor azlan delete icon 8:18 PG

Assalamualaikum BM, belum tambah lagi dengan warna pelik2 kat kereta contoh macam millenium kan... meriah kereta2 kat Malaysia ni... :-)

suka Pearlescent Paint (Cat Kilauan Mutiara) ;)

paridah delete icon 8:55 PG

hmm..kereta pun ada cat kilauan mutiara..hebat..baru tau.

yangbaik delete icon 10:23 PG

Pearl white tu... cantik berseri.
letak sikit sentuhan hijau tambah serlah lagi.. :)

HAMIDIsP delete icon 2:32 PTG

Banyaknya pilihan warna yang kita tak tahu. Biasanya main hentam je..hehe

ummu hanan delete icon 7:50 PG

Cerita bab cat kereta ni memang failed.. hihi tahu bawak kete je.. Sabo jela..^_^

Khir Khalid delete icon 11:45 PTG

Ada planning buat projek restore kereta lama era 80an convert 'as new' utk koleksi vintage. Tngh kumpul2 nak cari cat yg puas hati, tahan lama dan berbaloi.Jenis pearlescent paint tu terbaiklah alang2 nak mengecat.. Thanks sharing BM.. :)

Fiza Rahman delete icon 1:36 PTG

Owhh...baru tau ☺☺

Tanpa Nama delete icon 2:22 PTG

Thanks atas ilmu yg diberi :)

TQ for info.
Rasa nak tukar skin keta jugak ni.
Dah boring 3 tahun warna ori tu.
drshikinzainal.blogspot.com

Tanpa Nama delete icon 12:35 PTG

Slmt pagi..boleh info mcm mana cara yg betul untuk memilih undercoat bila nak spray pearlescent paint?

This is helping thank you 🙏

Tanpa Nama delete icon 7:45 PG

merah solid tembak pearl pink lawa x agak² ye?

Unknown delete icon 8:34 PTG

Mohon pandangan utk cat Matte + Pearl?

Tanpa Nama delete icon 6:38 PTG

Tq info

Unknown delete icon 1:14 PTG

Warna matte ni perlu lapisan clear ke diatasnya

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap