بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cara Mudah Dapat Ranking No. 1 di Halaman GoogleAssalamualaikum dan salam sejahtera. Wah! Pasti ramai blogger inginkan entri mereka berada dikedudukan tempat pertama (ranking No. 1) di enjin carian Google. Ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana perlu memenuhi segala syarat yang ditetapkan oleh enjin carian tersebut.

Segala syarat-syarat tersebut terkandung dalam ilmu SEO (Search Engine Optimization). Ada lebih dari 200 teknik SEO yang perlu dipraktikkan dan dipenuhi untuk menjamin entri anda pasti berada di tempat pertama dan di halaman pertama enjin carian Google. BloggerLelaki amat rajin untuk menyenaraikannya untuk anda... maka, lihatlah sendiri di SINI

Susahnya! Ya, memang susah... tetapi kenapa ianya masih menjadi sesuatu yang paling diinginkan oleh seseorang blogger? Sudah tentu terlalu banyak kelebihan, kebaikan, keuntungan dan keistimewaan yang boleh diperolehi apabila berada di tempat pertama dihalaman enjin carian Google ini. Apa pun, ianya bergantung kepada matlamat sebenar seseorang blogger tersebut.

Ada yang ingin berada di tempat pertama sebab mahu memenangi kontest SEO seperti Contest Malaysia Best Blog 2015 anjuran OhDuit.com...Tapi sebab yang paling cliche adalah untuk meningkatkan trafik blog! Ya! tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah sebab paling utama dan tepat kerana melalui limpahan trafik inilah juga cara terbaik untuk seseorang blogger itu mencapai matlamatnya yang sebenar.

Berada Di Tempat Pertama Carian Google

Adakah cara mudah dan untuk berada ditempat pertama di halaman enjin carian Google ini? Bila sebut ada cara mudah, pasti ramai yang ingin tahu. Sebenarnya anda sudah pun berada di tempat pertama di enjin carian Google! Percayalah! Kalau tak percaya... anda tulis nama blog anda! Gerenti anda akan berada di tempat pertama dan di halaman pertama enjin carian Google! Cubalah sekarang!

Cara Mudah Dapat Ranking No. 1 di Halaman Google

Bukan sengaja nak kenakan anda semua... tapi terimalah hakikat bahawa tidak ada sesuatu perkara pun yang anda inginkan di dunia ini boleh dapat dengan mudah. Segalanya perlukan usaha dan ilmu. Nak makan pun perlukan pergerakan dan tenaga untuk menyuap makanan ke mulut... Tidak mungkin makanan itu masuk sendiri ke mulut!

Cuba pula anda tulis di carian google untuk tajuk penuh entri anda... ianya pasti berada di muka hadapan halaman enjin carian malah mungkin ada yang berada di tempat pertama. Namun cuba pula anda tulis dua atau tiga patah perkataan dari tajuk tersebut... Adakah entri anda masih berada di halaman pertama?

Kini, kita juga faham bahawa untuk berada di tempat pertama enjin carian sebenarnya tidak akan membawa sebarang makna jika ianya bukanlah yang menjadi kata kunci bagi sesuatu carian.

Panduan Dapat Rangking No.1 Google

Kini anda boleh pelajari cara dan strategi mudah untuk mempelajari teknik SEO bagaimana untuk mudah berada dimuka hadapan Google malah ditempat pertama! Ianya telah dibongkar dan didedahkan! Dapatkannya sekarang!

Saya syorkan dua ebook berikut untuk anda cuba kerana ianya telah terbukti berjaya dan berkesan serta digunakan oleh ramai blogger dan usahawan perniagaan secara online:
  1. Kitab Teknik SEO Merah Jambu
  2. Juara SEO Local 

Perlunya Usaha Dan Ilmu

Oleh itu... sebenarnya, tiada cara mudah untuk entri anda berada di tempat pertama di enjin carian Google yang menggunakan kata kunci carian ramai atau bertepatan. Ianya sudah semestinya perlukan usaha dan ilmu. Mulakan dengan mempelajari mengenali apakah itu SEO terutama Teknik On Page SEO.

Namun ketahuilah juga, jika telah ditetapkan syaratnya perlukan 200 perkara yang perlu dilakukan untuk tingkatkan SEO maka lakukanlah! Hanya itu yang akan menjamin hasrat anda tercapai. Kalau tidak mampu...lakukan apa yang terdaya kerana semua orang pun seperti anda juga... Mana mampu buat semua... Maka siapa yang lebih sedikit usahanya itu akan berjaya... InsyaAllah...

Cara Mudah Dapat Ranking No. 1 di Halaman Google

Namun, sekurang-kurangnya kini anda tahu, anda juga sebenarnya berada di tempat pertama enjin carian Google...


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


29 comments - "Cara Mudah Dapat Ranking No. 1 di Halaman Google"

terima kasih nasihatnya... memang benar kita perlu cari ilmu dan berada di page pertama itu penting untuk menilai kekuatan blog kita..

mselim3 delete icon 12:39 PTG

Assalammualaikum... BM,

bukan senang nak senang.. tiap usaha. Terima kasih nasihat nie...

HAMIDIsP delete icon 1:01 PTG

Memang bukan mudah dan sangat banyak lagi perlu dipelajari.

sitirohaida delete icon 1:55 PTG

kalau takde usaha ,macam mana nak dapat ilmu kan...

paridah delete icon 3:42 PTG

heh..heh...cari ilmu seo di blog BM jer..fhm juga sikit2...tq

kak T delete icon 5:07 PTG

tak jemu2 belajar

urmm... ye la.. at least ade jugalah page pertama kalau type nama blog sendiri kan? ahhaha.. thanks BM :))

BinMuhammad delete icon 8:39 PTG

Itulah impian setiap blogger sejati...

BinMuhammad delete icon 8:41 PTG

Waalaikumsalam mselim3,
Benar sekali!...bukan senang nak senang...

BinMuhammad delete icon 8:43 PTG

Ya...Masih banyak yg perlu dipelajari kerana ilmu itu tidak pernah ada penghujungnya...

BinMuhammad delete icon 8:44 PTG

Tepat... Usaha dan ilmu tangga kejayaan!

BinMuhammad delete icon 8:45 PTG

Kan dah ada kat page pertama tu... :>)

BinMuhammad delete icon 8:46 PTG

Tak pe... sikit2 lama2 jadi bukit :)

BinMuhammad delete icon 8:47 PTG

Itulah semangat yang perlu ada pada diri kita semua! Syabas Kak T!

BinMuhammad delete icon 8:48 PTG

Hehehe... Memujuk hati agar jangan terlalu kecewa! :)

Khir Khalid delete icon 10:40 PTG

Ilmu yg perlu dipelajari dan diperkasa secara berterusan. Rugi klu jadi blogger tapi tak praktikkan walaupun penulisan hanya untuk diri sendiri. Saya berpendapat tujuan utama bukanlah utk rating semata2 tetapi agar apa yang kita kongsikan dpt tersebar dgn baik kpd golongan yg disasarkan.. in shaa Allah. T kasih atas perkongsian ini. Akan belajar dan terus belajar walaupun ada kalanya terasa penulisan spt robot klu diikutkan utk memenuhi ciri2 200 yg ada tu hehee.. :D

saya lebih yakin tuan admin tulis entri ini kerana tuan orang yang hebat dalam ilmu SEO sekarang...terima kasih kerana berkongsi

Rahasia-rahasia SEO yang perlu didalami untuk meningkatkan traffic

Tanpa Nama delete icon 8:32 PTG

masih berusaha mencapai kedudukan tersebut. terima kasih atas ilmu yang BM kongsikan dlm entri mahupun secara soal jawab.

wildan delete icon 2:24 PTG

Impian yang pasti bisa didapat dengan usaha dan doa.

Yana Yani delete icon 6:29 PTG

wahaha...saya tak sangka saya berada dalam carian utama =)

Unknown delete icon 9:26 PTG

hahaha.... sentiasa di nombor satu la jwpnya... bukan senang nk dpt nombor 1 nie....lain laa blog relaks minda nie...

Fiza Rahman delete icon 10:58 PG

Memang susah lah BM. Kena usaha dan terus usaha.

Ila delete icon 8:13 PG

Pernah sekali dapat first page google, memang rasa macam Nak lompat bintang. Tapi mmg susah la Bm😁😁😁

khansta delete icon 4:04 PTG

Makasih gan infonya,,menarij untuk di simak dan saya tidak segan berkunjung ke blog anda

reezluv delete icon 12:36 PTG

setakat ni keyword untuk blog Malaysia bagi aku masih lagi senang..berbanding kalau nak compete dengan blog luar

terimakasih banyak gan... sangat membantu nih...

Huhuhuhu... dah sebulan study SEO... Penat, stress dan kadang2 putus asa... tapi insyallah.... klo x putus asa Allah akan buka jalan... betul tak BM??? huhuhuhuhu

BinMuhammad delete icon 10:34 PTG

Ya... InsyaAllah, teruskan usaha. Jgn stress sangat kerana SEO ini bukan boleh pandai dalam masa yg singkat. Ianya ilmu berterusan. Istiqamah...
Semoga berjaya!

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap