بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Teknik Supaya Entri Tidak Putus TrafikTeknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana cara untuk anda mengekalkan trafik sesebuah entri agar sentiasa dikunjungi oleh pengunjung sepanjang masa walaupun sudah bertahun lamanya ia diterbitkan?

Sudah tentu entri berkaitan topik carian yang relevan sepanjang masa adalah jawapannya, namun terdapat satu lagi cara untuk anda memastikan entri tersebut tidak sepi dari terus menerima kunjungan.

Inilah cara dan teknik mudah yang ingin dikongsi bersama melalui entri ini agar anda juga mendapat trafik yang tidak putus-putus sepanjang masa.

Pageviews Over 100K

Lihatlah kepada entri yang telah mencatat pageviews melebihi dari 100K di Relaks Minda melalui data Blogger Stats ini :

Teknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik
  1. Kreativiti Dekorasi Ruang Tamu
  2. Harga, Variant Dan Spesifikasi Perodua Axia
  3. Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya
  4. Kreativiti Kitar Semula - Aktiviti Menarik dan Berbaloi
Sehingga ke hari ini, kesemua entri di atas masih menyumbang trafik yang baik dan sentiasa tersenarai diantara top 10 entri popular pada setiap bulan!

Jika diperhatikan, Topik entri pertama dan keempat adalah entri yang relevan menjadi carian sepanjang masa. Kedua-duanya sentiasa menyumbang trafik yang stabil sejak dari mula ia diterbitkan sehinggalah kini.

Manakala sumbangan trafik bagi entri kedua pula semakin menurun. Namun ianya masih ditahap yang tinggi walaupun tidak sehebat pada minggu pertama Axia dilancarkan. Topik entri sebegini pasti akan tiba saat penghujungnya apabila model Axia ini berakhir tetapi tempoh masanya masih panjang...

Entri ketiga pula adalah topik entri yang menarik untuk dihuraikan di sini. Entri: Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya sebenarnya adalah entri yang diterbitkan ketika masalah bekalan air yang berlaku di Selangor pada bulan Mac 2014.

Isu Hangat Hanya Seketika

Teknik Supaya Entri Tidak Putus TrafikNamun isu bekalan air ini umpama tiada kesudahan dan sering menjadi carian tertinggi di enjin carian. Perlukah untuk menerbitkan entri baru berkaitan dengannya setiap kali isu/masalah bekalan air berlaku? Topik seperti ini bukannya boleh menjadi satu rujukan terbaik selamanya kerana banyak blog dan sumber berita juga menerbitkannya. Lagipun selalunya ia akan terus dilupakan.

Maka oleh itu, sebenarnya tidak perlu untuk menerbitkan entri baru berkaitan isu ini pada setiap kali ianya berlaku.

Gunakan entri sedia ada ini dan olah isi kandungannya mengikut situasi semasa dan terbitkan semula! Sebab itulah anda akan melihat entri Terkini! Notis Gangguan Bekalan Air di Selangor-KL-Putrajaya sentiasa diterbit semula (update) dan terkini.

Teknik ini amat berjaya untuk meneruskan impak trafik dengan menarik semula pengunjung dan entri anda juga akan sentiasa relaven sepanjang masa!

Kelebihan Terbit Semula Entri

Ketahuilah juga, sebenarnya teknik terbit semula entri (Ingat! hanya menukar tarikh tetapi bukan url) sangat bagus untuk SEO dan SERP kerana entri anda sentiasa terkini dan relevan mengikut keadaan semasa. Enjin carian amat mengutamakannya kerana authority page yang telah kukuh dan dipercayai maka amat mudah berada di halaman hadapan SERP.

Apa yang penting adalah tajuk entri mestilah universal iaitu tidak terikat dengan masa (tarikh) sama ada hari, bulan mahupun tahun. Inilah teknik bagaimana sesebuah entri itu tidak akan mati atau sepi dari mendapat kunjungan... Pendek kata, trafik berterusan...

Entri Bermusim

Bagaimana pula dengan entri berkaitan isu/topik bermusim? Contohnya seperti Piala Dunia, Liga bolasepak, Program realiti tv dan sebagainya? Apabila tamat sahaja musimnya maka entri tersebut akan terus sepi tanpa pengunjung.

Maka apabila tiba musim baru... Nak terbit entri baru atau kemaskini dan terbit semula (update) entri lama sahaja?
Jawapannya sudah ada di ruangan komen dibawah... :) 
Teknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik


Terima kasih bersama Relaks Minda

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


25 comments - "Teknik Supaya Entri Tidak Putus Trafik"

Unknown delete icon 6:40 PG

Komen..komem...mata masih mengantok nie..bling-bling mata tengok banyak betul view tu..kIkiki,,

masih banyak yg perlu dipelajari nampaknya..terimakasih kerana berkongsi info..

paridah delete icon 9:18 PG

hmm masih terkial-kial meraih trafik..jgnkan 100k..1k pun susah...

Hana Syed delete icon 10:42 PG

terima kasih sharing maklumat

wahh makin hebat blog.. alhamdulilah ..terima kasih tips nya

weschairs delete icon 11:56 PG

Tahniah.. Byk tu

najiahs delete icon 12:22 PTG

Terima kasih.mmg jauh sgt la dengan blog ambe..

Jelas RM memang semakin menyengat.
Kalau takat seorg dua hilang dari memberi komen pun tapi yg datang beribu-ribu..

HAMIDIsP delete icon 2:28 PTG

Tips terbaik dari seorang pakar..:)

wahh hebatnya
http://kucenmaster.blogspot.com/

mselim3 delete icon 3:31 PTG

Assalammualaikum...BM,

terima kasih atas tip2 nie.. boleh amalkan nie... cuma tukar tarikh.. bukan url ..

mselim3

Unknown delete icon 5:55 PTG

Kemaskini dan terbit semula entri lama ikut peredaran masa lagi bagus rasanya...

Khir Khalid delete icon 6:05 PTG

Menarik ni.. wajar dicontohi dan dikut nasihat ni. T kasih atas perkongsian BM.. semoga blog RM terus sukses.. :)

Unknown delete icon 10:28 PTG

saya juga buat perkara yg sama . mcm BR1M , saya terbitkan semula entri lama dan ubah suai utk keperluan terkini . adakalanya jika saya tiada idea atau sibuk , saya cari entri lama yg pageview tinggi untuk diterbitkan semula ...

ewanthology delete icon 10:52 PTG

tq atas ilmu yg dikongsi

Dunia Zumal delete icon 10:56 PTG

Macam tu rupanya... thanks for sharing yer BM ^^

Memang hebat BM.

btulgk bm tuliskan ni..tak perasan plak nk buat mcm tu..

maria delete icon 3:51 PTG

kalau saya buat je artikel baru tapi back link kan ke artikel lama.tak tahu jawapan ni betul ke x..

yg terbit semua dan tukar date tu mmg ilmu baru buat saya.tq ye bm...

BinMuhammad delete icon 5:33 PTG

Terima kasih di atas semua komen anda... Amat2 menghargainya :)
OK... Ini adalah jawapan kepada persoalan di atas :

Bagi artikel topik bermusim, sebenarnya ia tidak perlu di terbitkan semula. Ianya adalah sumber backlink yang terbaik dan kuat bagi entri terbaru di musim baru dan mampu melonjakkan entri terbaru tersebut ke kedudukan terbaik di enjin carian!

Selain dari itu, carian untuk musim-musim yang lepas ini juga akan naik semula maka trafik juga akan kembali meningkat. Maka...biarkan sahaja entri tersebut... Namun sebaik-baiknya berilah kesegaran dan maklumat yang lebih pada entri lama tersebut.

Teknik olah dan terbit semula entri dengan tukar tarikh penerbitan amat bagus untuk meningkatkan semula kedudukan entri and di enjin carian... Maka, kemaskinilah entri lama anda (isi kandungan atau tajuk) agar relaven dgn keadaan semasa dan terbitkan semula untuk menarik semula pengunjung. (ingat! Jgn tukar URL)

Unknown delete icon 12:37 PTG

ok pakcik ku...hihi...anak-anak sentiasa ingat pesanan penaja blog

Tanpa Nama delete icon 1:20 PTG

tips yang berguna dari BM..

wan muliani delete icon 4:17 PTG

terima kasih atas perkkongsian yg diberi.

Saya da jadi pembaca setia da... banyk sngt yg saya da belajar... huhuhhhhu

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap