بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pesta Bunga atau Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 yang berlangsung mulai 30 May hingga 7 Jun 2015 di Presint 4, Putrajaya menawarkan pelbagai aktiviti melalui pameran, jualan, persembahan, bengkel dan pertandingan bunga tahunan ini menjadi tarikan yang istimewa setiap kali cuti sekolah menjelang tiba.

Pada tahun lepas, bunga Begonia menjadi bunga tema Festival Floria Putrajaya 2014. Tahun ini pula, Bunga Lily atau lilium diangkat sebangai bunga tema Festival Floria Diraja Putrajaya 2015.

Pesta Bunga - Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Pesta Bunga Lily @ Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Mulai tahun lepas juga tapak Festival Floria Putrajaya ini ditempatkan ditapak pameran kekal di Presint 4 dan bayaran masuk mula dikenakan. Pada tahun ini, bayaran masuk yang ditetapkan adalah RM1 untuk kanak-kanak, RM5 untuk dewasa dan RM10 bagi pelancong asing.

Berikutan tahun lepas merupakan tahun pertama tapak ini digunakan, pada masa itu keadaannya masih belum seratus peratus siap sepenuhnya. Maka pada tahun ini diharapkan tapak ini telah bersedia selengkapnya untuk menjadi tapak Pesta Floria yang hebat dan mempersonakan!

Anda semua pasti tidak dapat melupakan tarikan utama yang menjadi mercu tanda Festival Floria Putrajaya 2014 iaitu hiasan payung berwarna warni yang digantung pada jalan masuk utama tapak pesta! Pada tahun ini, apakah pula ya? Sama-sama kita nantikan...

Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015
Floria Putrajaya 2014

Pada Pesta Floria edisi kelapan ini, kita dijanjikan dengan pameran lebih daripada 400,000 pokok daripada pelbagai spesies, kultivar bunga serta tanaman hiasan bakal ditampilkan di tapak pameran seluas 11.2 hektar ini. Berbunga-bunga di hati peminat-peminat bunga!

Antara Aktiviti Serta Bahagian Pameran Hiasan Laman Dan Taman Bunga di Festival Floria Putrajaya 2015
  • Taman Bunga Kanak-kanak
  • Taman Bunga Diraja
  • Taman Bunga Lily
  • Taman Bunga Musim Sejuk & Musim Bunga (Winter & Spring)
  • Taman Bunga Innovasi
  • Taman Bunga Terapi (Spa)
  • Taman Bunga Glamping
  • Taman Bunga Perkelahan
  • Taman Bunga Persahabatan Malaysia-China
  • Taman Bunga Sekolah dan Universiti
  • Dewan Pameran (Pavilion)
  • Taman Pameran Kucing
  • Taman Bunga Pereka Hiasan Taman
  • Taman Bunga Badan-Badan Kerajaan, Korperat & NGO 
  • Taman Bunga Peserta Antarangbangsa
  • Seni Floria dan Kraftangan
  • Seminar dan Bengkel
  • Bazaar Jualan Bunga dan Tanaman
  • Pertandingan Bunga Orkid Antarabangsa
  • Pertandingan Rekabentuk Taman
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi

Berikut adalah video promo dan beberapa gambar Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 yang akan mengujakan anda semua untuk berkunjung ke pameran tersebut!



Pesta Bunga - Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015
Pesta Bunga - Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Pesta Bunga - Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Festival Floria Diraja Putrajaya 2015
Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015


Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015
Jom ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2015!
Terkini! Lihat banyak lagi gambar-gambar Floria 2015 hasil lawatan : Sehari di Festival Floria Diraja Putrajaya 2015

Jangan lupa juga, Magic Of The Night 2015 diadakan dari 28 hingga 31 Mei, 2015 di Marina Putrajaya, Presint 5, Putrajaya .

Sebanyak 17 Bot berhias menghiasi malam Putrajaya sepanjang 4 malam berturut-turut. Acara yang masuk tahun ke 5 penganjuran ini akan menampilkan bot-bot berhias dari hampir semua negeri di seluruh Malaysia serta satu dari daerah Suzhou, Republik Rakyat China. Tidak ketinggalan, persembahan bunga api yang menakjubkan!

Lihat juga apa yang menarik di Floria sebelum ini:

Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Terima kasih membaca artikel : Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015

18 comments - "Pesta Bunga - Festival Floria Putrajaya 2015"

Assalammualaikum... BM,

meriah nyer festival floria nie... best dapat gi jejalan dengan anak2 dan isteri nie, mesti diaorang suka..

mselim3

paridah delete icon 3:55 PTG

pesta bunga2 gini mmg rugi kalau tak dikunjungi...

Sangat cantik dan berwarna-warni. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung..:)

ini kalau siapa-siapa nak kahwin buat outdoor photoshoot ni memang ohsem ni...

Rozita delete icon 4:37 PTG

wah..terima kasih...tercari2 org yang boleh bagi info festival ni start pukul berapa...tq...

Waalaikumsalam...
Ya! Memang best... Bolehlah mselim jejalan juga nanti ya!

Betul tu kak...boleh luangkan masa menikmati keindahan bunga dan melapangkan fikiran...

Setahun sekali...memang rugi kalau tak berkunjung. Setiap tahun pasti ada sahaja keistimewaannya yg tersendiri

Betul tu Farah... lokasi terbaik nih!

Mesti dah tak sabar2 nak berkunjung nih! hehe... Mulai 28hb dah boleh beli tiket...

jalan2..best.

Jie Susanos delete icon 7:34 PTG

woo pesta bunga kmbali lg..jie syg thun lpas ada sana tapi lupa nk pergi..hihi

Nao Mei delete icon 6:44 PG

Bunga memang cantik..
Meriahlah nanti
Bunga yang ada pun pasti bunga yang jarang kita lihat kan

Nak pergi la tahun ni, anak-anak pastinya suka tengok banyak flowers

Khir Khalid delete icon 10:36 PG

Menarik juga ada masa jln2 sekeluarga tahun ni.. thanks sharing BM.. :)

saya pergi masa hari Permaisuri Agong datang merasmikan acara tu..memang ramai sangat orang

hampir setiap petang hujan . harap lanskapnya masih cantik dan terjaga ...

Ramai juga yang pergi floria poutrajaya tahun ni kan?

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap