بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Jadual & Keputusan Terkini Bola Sepak Sukan SEA 2015, Singapura: Sukan SEA (SEA Games) edisi ke 28 ini akan bermula pada 5 hingga 16 Jun 2015. Temasya sukan dwi tahunan yang melibatkan negara-negara Asean ini berlangsung di kota singa, Singapura.

Bagi perlawanan bola sepak, ianya bermula lebih awal iaitu pada 29 Mei 2015. Pada Sukan SEA kali ini, Malaysia diundi berada dalam kumpulan B dan akan bersaing dengan juara bertahan Thailand, Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste. Manakala Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Filipina pula diundi dalam kumpulan A.  

Bolasepak Sukan SEA 2015, Singapura

Mampukah Skuad Bola Sepak Kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun atau Harimau Muda yang di bawah bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee ini bagi merampas kembali pingat emas setelah gagal dalam temasya dua tahun lepas dan seterusnya membawa pulang menyeberangi tambak bagi menebus kepergian Piala FA ke Singapura baru-baru ini? Kita doakan kejayaan mereka... Malaysia Boleh! tapi malang... dah balik awal da...

Bola Sepak Sukan SEA 2015

Berikut Adalah Kedudukan Penuh Setiap Pasukan Dalam Kumpulan A dan B
Jadual & Keputusan Terkini Bola Sepak Sukan SEA 2015
Myanmar dan Indonesia (kumpulan A), Thailand dan Vietnam (kumpulan B) layak ke peringkat separuh akhir 

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT SEPARUH AKHIR SUKAN SEA SINGAPURA 2015
13 Jun 2015

Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B
  • Myanmar [ 2 ] mn [ 1 ] Vietnam

Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A
  • Thailand [ 5 ] mn [ 0 ] Indonesia


KEPUTUSAN PENENTUAN PINGAT GANGSA SUKAN SEA SINGAPURA 2015
15 Jun 2015 - 2.00pm
  • Vietnam [ 5 ] mn [ 0 ] Indonesia

Live Streaming @ Relaks Minda (sila refresh jika tidak kelihatan)


KEPUTUSAN PERLAWANAN BOLA SEPAK FINAL (PENENTUAN PINGAT EMAS DAN PERAK) SUKAN SEA SINGAPURA 2015
15 Jun 2015 - 8.30pm
  • Myanmar [ 0 ] vs [ 3 ] Thailand

Live Streaming @ Relaks Minda (sila refresh jika tidak kelihatan)


Skuad Harimau Muda 2015

Berikut adalah senarai pemain Skuad Bola Sepak Malaysia Bawah 23 Tahun (Harimau Muda) untuk Sukan SEA 2015 kali ini.
  • Harimau Muda (Bawah 23) - Mohd Farhan Abu Bakar, Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris, Syahrul Azwari Ibrahim, Muhamad Faizat Mohamad Ghazli, S. Kumaahran, Nazirul Naim Che Hashim, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Adam Nor Azlin, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik.
  • PKNS FC - Mohd Arip Amiruddin
  • Felda United FC - Shahrul Mohd Saad dan Muhammad Ferris Danial Mat Nasir
  • Johor Darul Takzim II - Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan
  • Kedah - Muhammad Syazwan Tajudin, Muhammad Syafiq Ahmad, Muhammad Farhan Roslan dan Mohamad Firdaus Muhamad
  • Pahang - D. Saarvindran dan Nor Azam Abdul Azih
  • Selangor - Muhammad Nazmi Faiz Mansor dan Saiful Ridzuwan Selamat (Selangor)
  • Sabah - Md Rozaimi Abd Rahman
  • JDT - Gary Steven Robbat, Mohamad Amer Saidin dan Mohamad Fandi Othman
  • Perak - Mohammad Nurridzuan Abu Hassan Saari
  • T-Team - Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar
  • Kelantan - Muhammad Syazwan Yusoff


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”


9 comments - "Jadual & Keputusan Terkini Bola Sepak Sukan SEA 2015"

Nao Mei delete icon 6:42 PG

Bola lagi..kiki..harintu cik akak menonton kelantan lawan lion xII..hihi..
Sampai tdo dibuatnya...

paridah delete icon 8:54 PG

SEMOGA KEMENANGAN MEMIHAK KEPADA KITA...INSYA ALLAH.

Tak mengikuti sangat bola2 ni BM..

mata camey delete icon 1:41 PTG

3 hari lagi.... Gudluck coach Ong Kim Swee..

Lagi 2 hari sebelum sepak mula...semoga HARIMAU terus mengaum!

Khir Khalid delete icon 10:34 PG

Seronok juga ni.. nak tahu setakat mana kekuatan malaysia di rantau asia tenggara ni.. :)

Tanpa Nama delete icon 12:26 PTG

tak taulah ape nak jadi bolasepak malayia ni..
FAM kena belajar dari persatuan renang dan jimnastik

Tahun ni tiada rezeki buat Pasukan Malaysia untuk layak ke peringkat akhir Sukan Sea

Kathy R'bain delete icon 10:47 PTG

sedih.. peringkat kumpulan pun tak lepas..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap