بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google: Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita semua ketahui bahawa sumber trafik yang paling tinggi adalah dari enjin carian Google. Apatah lagi seorang blogger... Trafik dari Google adalah yang paling didamba.

Apabila inginkan trafik yang tinggi ini, maka pelbagai cara dan teknik dilakukan untuk menggoda enjin carian Google agar meletakkan entri anda berada dihalaman hadapan. Ya! Andai kita berjaya menguasai kata kunci yang sentiasa meletakkan entri berada dihalaman hadapan Google, ianya pasti akan membawa trafik yang lumayan.

Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google

Enjin carian Google bukanlah satu-satunya enjin carian (search engine) yang ada. Ada banyak lagi enjin carian namun ianya tidak sehebat dan setanding Google. Berikut adalah carta top 10 bagi bulan May 2015, kedudukan enjin carian paling popular di dunia.- ebizmba

Top 10 Most Popular Search Engine in The World

Top 10 Popular Search Engine1. Google
  • 1,100,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
2. Bing
  • 350,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
3. Yahoo! Search
  • 300,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
4. Ask
  • 245,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
5. Aol Search
  • 125,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
6. Wow
  • 100,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
7. WebCrawler
  • 65,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
8. MyWebSearch
  • 60,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
9. Infospace
  • 24,000,000 - Estimated Unique Monthly Visitors
10. Info
  • 13,500,000 - Estimated Unique Monthly Visitors

Jelas sekali, Google mendahului jauh di depan. Terlalu ramai yang menggunakan perkhidmatan Google! Pastinya anda juga... kan...

Maka tidak hairanlah begitu ramai blogger cuba memikat Google. Caranya adalah melalui SEO. SEO atau Search Engine Optimization menjadi syarat penting yang diguna pakai oleh Google untuk menetapkan kedudukan entri untuk berada dihalaman enjin cariannya. Ilmu yang perlu dipraktikkan jika trafik dan pasaran menjadi keutamaan.

Belajar SEO di sini :
  1. Kitab Teknik SEO Merah Jambu
  2. Juara SEO Local 

Enjin Carian Selain Dari Google?

Bagaimana pula dengan enjin carian lain? Tidakkah ada yang berminat untuk memikatnya? Walaupun jumlahnya tidak mencecah billion pengguna tetapi ratusan juta itu juga sebenarnya amat banyak! Tidak mahukah anda merebutnya walaupun sedikit?

Begitu jarang sekali melihat pakar-pakar SEO Malaysia berkongsi teknik dan panduan untuk memikat enjin carian selain dari Google. Sehingga kini, belum pernah juga melihat contest SEO untuk kedudukan di enjin carian selain dari Google... Adakah mungkin kerana jumlah pengguna yang sedikit maka ianya sering diabaikan?

Namun perlu diketahui juga bahawa setiap trafik dari enjin carian adalah trafik organik yang berkualiti untuk meningkatkan unique visitors dan menaikkan authority blog.

Memikat Enjin Carian

Sebenarnya algoritma yang diguna pakai oleh enjin carian lain juga serupa dengan SEO yang kita aplikasikan untuk Google. Apa yang membezakannya adalah sesetengah enjin carian ini, pemilihan dilakukan dengan melihat lebih terperinci dalam satu-satu cabang SEO atau niche yang ditetapkan oleh mereka.

Apa yang penting untuk blogger adalah sentiasa memberi input kepada enjin carian tersebut. Seperti Bing dan Yahoo, mereka juga ada 'Webmaster Tools' seperti Google. Daftar dan submit sitemap ke webmaster tersebut. Hanya itulah cara untuk memikat enjin carian ini.

Walaubagaimanapun ia terpulang kepada kepada matlamat blog. Selain dari itu adalah target lokasi pasaran atau pengunjung blog kerana sesetengah negara, populariti enjin carian berbeza-beza.

Sukar Tapi Tidak Mustahil

Dari pengalaman BM yang setahun jagung ini, adalah agak mencabar sebenarnya untuk menembusi halaman enjin carian lain berbanding Google. Cuma dalam beberapa bulan kebelakangan ini barulah dapat melihat sedikit perkembangan positif.

Amat gembira apabila dapat meletakkan enjin carian Ask, Bing dan Yahoo dalam top ten traffic referer. Namun... walaupun berjaya meraih trafik tetapi untuk berada dihalaman hadapan dengan kata kunci utama adalah amat sukar!

Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google
Relaks Minda - Top 10 Traffic Source from Google Analytic
Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google
Relaks Minda - Top 10 Page Traffic at Bing & Yahoo

Bagaimana dengan blog anda? Adakah enjin carian selain dari Google berada dalam senarai top 10? Bagaimana anda melakukannya? Cer cite...


Relaks Minda - "ilmu dikongsi bersama"

 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Terima kasih membaca artikel : Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google

11 comments - "Trafik Blog Selain Dari Enjin Carian Google"

Unknown delete icon 11:36 PG

Wah memang blog hebat.....bila agaknya cik akak nak jadi macam blog uncle nie..hahaha..tahniah uncle

Nak memikat hati enjin carian lain bukan mudah. Hebat. Dan terima kasih untuk tipsnya. =)

paridah delete icon 4:07 PTG

SALAM JUMAAT...TQ BERKONGSI INFO...BAB SEO NI KAK BACA JER TAU..HEH..HEH..

Unknown delete icon 5:03 PTG

pernah daftar kat google webmaster je
kat bing, yahoo, ask...dan yg lain2nya belum lg
info yg bermanfaat..trafik dri pelbagai sumber

info menarik. kena try ni

BinMuhammad delete icon 12:19 PTG

Blog cik akak lagi hebat! lah... Jgn jadi macam blog ni ye...nanti ke lautlah blog ni...haha!

BinMuhammad delete icon 12:21 PTG

Betul tu sebab mereka juga ada kriteria tertentu yang menjadi ukuran dan penilaian. Apa pun...jika entri original dan berkualiti, InsyaAllah....semua enjin carian suka!

BinMuhammad delete icon 12:22 PTG

Saya lihat entri-entri akak dengan kata kunci tertentu pun semakin banyak yang dah berada dalam kedudukan terbaik di enjin carian. Tahniah!

BinMuhammad delete icon 12:24 PTG

Teruskan menghantar sitemap. Trafik organik dari pelbagai sumber sangat bagus untuk blog! Macam suplement juge... :)

BinMuhammad delete icon 12:25 PTG

Semoga berjaya... InsyaAllah, yang penting entri mestilah berkualiti!

HAMIDIsP delete icon 9:47 PG

Baidu browser pun sudah mula popular sebab pengguna smartphone dan android yang semakin ramai..

Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”

 
Copyright © 2015 Relaks Minda - Ilmu Dikongsi Bersama - All Rights Reserved - About Me - Policy - Disclaimer - Sitemap