
Peluang Pendapatan Melalui Blog Menjana Kemungkaran
Menjadi seorang blogger kalau sekadar untuk bersosial, platform untuk menulis dan berkongsi pengalaman serta kemahiran... ianya tidak menjadi sesuatu yang menyukarkan. Anda hanya perlu terbitkan perkongsian dan beramah mesra. Tidak terikat dengan sebarang komitmen.
Namun, apabila seseorang blogger punya matlamat untuk menjadi seorang blogger yang berjaya iaitu dengan punya sasaran untuk mempunyai status yang tinggi dari sudut kualiti, jumlah trafik dan ranking serta menjadi platform untuk menjana pendapatan maka ianya bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya perlukan ilmu serta komitmen yang tinggi.
Persaingan di dunia blogging masa kini amat sengit apabila blog tumbuh bak cendawan lepas hujan. Perkembangan yang selari dengan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat di zaman ini.
Kemahiran dan kepakaran blogger-blogger generasi masa kini dalam menguasai ilmu serta kemahiran dalam pentas blogging ini telah menjadikan ianya satu persaingan amat sengit untuk meraih pengunjung dan populariti. Teknik SEO serta Code HTML bagaikan sudah tiada rahsia serta amat ramai yang pakar dalam mengaplikasikannya.

Wang Mengaburi Mata Dan Hati
Kemajuan dan kemahiran yang dikecapi adalah sesuatu yang sihat namun perkembangan ini telah mengurangkan perkongsian berkualiti dan bermanfaat apabila dilihat lebih menjurus kepada keuntungan menjana pendapatan semata-mata.

Kini, kebanyakan blog baru yang muncul bagaikan tiada jiwa dan boleh dikategorikan sebagai sampah! Walaupun hebat menempa populariti di media sosial dan sering berada di muka hadapan enjin carian namun apa yang disajikan amat meloyakan.
Perkongsian bak mendekatkan kita bahawa dunia kini sudah berada diambang akhir zaman. Kisah-kisah kemungkaran, fitnah, hiburan menjadi sesuatu yang sensasi (viral) lalu dieksploitasi dengan rencah-rencah propaganda tanpa perlu memikirkan kebenaran, kesalahan, keaiban dan kesan negatif tetapi paling diutamakan adalah jumlah trafik yang datang!
Apabila Iman Mulai Lemah
Nilai moral dan rasa tanggungjawab sudah tiada apatah lagi takut akan dosa dan balasan kerana segalanya ini berlaku akibat sudah pudarnya keimanan dan pegangan agama dalam diri blogger tersebut atau mungkin juga salah satu cara untuk menghasud dan melemahkan akidah umat Islam itu sendiri.
Apakan daya kita untuk menghalangnya. Inilah realiti kehidupan masa kini dimana yang mungkar disukai dan yang berilmu dipinggiri.
Walaupun hanya segelintir yang masih meneruskan perkongsian berilmu dan bermanfaat, namun perjuangan tetap diteruskan. InsyaAllah...walaupun sedikit ianya lebih baik dari langsung tiada. Semoga umat Islam dilindungi Allah SWT dan terhindar dari fitnah akhir zaman... amin.
9 comments - "Peluang Pendapatan Melalui Blog Menjana Kemungkaran "
seboleh bolehnya elak tulis sesuati yg cerita aib orang
Emma singgah sini ya :)
good info
http://emmadianastory.blogspot.com/2015/06/persiapan-hari-raya-bersama-lazada.html
Betul uncle..sebab pena blogger lebih tajam dari segalanya.....moga je cik akak tak macam....amin.....viral.berpada...
jadi, sentiasalah berhati-hati selalu apabila menulis.
nama lain blogger ni, blogger porn Malaysia..:D
saya masih belum merasa sesen pun dari blogging
pernah dapat sekali dari advertorial, tu saudara HH recommend
yang pasti saya menulis bukan sebab duit
saya rasa ini platform tuk meluahkan benda yang sukar diluahkan di dunia nyata
cuma rasa terkilan juga dengan mereka yang berblog sebab duit
halal haram letak tepi dah, janji income masyuk
sooner or later mereka akan sedar
Ya BM...semoga kita dijauhi dari fitnah akhir zaman.
@Nik Khazami Nik aziz: Saya agak setuju dengan pendapat saudari.
Jadilah blogger yg beretika agar selamat dunia akhirat...
Coretan anda amat-amat dihargai. Terima kasih bersama 'Relaks Minda - ilmu dikongsi bersama' - “Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza”